Tuesday, November 6, 2012

Kebebasan beragama..!!Bapa borek anak rintik. Jika disokong puak2 ini...tunggulah natijah buruknya.

Mengapa....mengapa.....??

Pakteh cuba memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama baru2 ini. Pakteh juga menanti apa kata Presiden PKR iaitu Wan Azizah (Emak kepada Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah). Pakteh juga amat2 ternantikan kenyataan dari Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim ( Bapa kepada Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah dan Suami kepada Presiden PKR iaitu Wan Azizah)

Fikiran Pakteh pada awalnya bersangka baik iaitu ada media tersalah lapor. Kerana apa Pakteh bersangka begini?.
Kerana isu sebegini amat-amat besar implikasinya kepada umat Islam di Malaysia yang manoritinya kaum Melayu. Kesan DOMINO yang sejak dulu dirancang kini mula sampai ke penghujungnya dan semarak api yang mula membakar mangsa kini semakin kuat.

Rupa2nya forum sebegini serius dibuat dalam sebuah gereja. Melihat kepada penganjurnya...apakah kita masih terfikir ini satu kebetulan dan mereka semuanya seperti Lim Guan Eng yang turut menjadi panelis juga amat berikhlas hati terhadap agama Islam. Satu persoalan dari Pakteh...mengapa buat disitu dan mengapa mereka ITU yang menganjurkannya?...mengapa....

Rasanya Pakteh tak perlu ulas panjang kerana Agendadily telah mengupas isu ini sehampir mungkin dengan maksud yang Pakteh ingin sampaikan.

Ikuti petikand ari Agendadaily


Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.
Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.
Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.
Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.
Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.
Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.
Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya.
Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tank Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka.
Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.
Kalau rajin sila google nama Full Gospel Tabernacle, buka laman webnya, kita akan dapati ia juga ada sidang dalam Bahasa Malaysia. Siap dengan jadual lagi.
OHMSI pula memang diketahui umum think tank Kristian yang sebelum ini pernah anjur forum tajuk The Christian and the Malaysian General Election 2008.
Ia bukan pergerakan agama sahaja, melihat kepada seranai panelis yang dijemputnya termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan ia amat minat dengan politik.
Oh ya.. forum The Christian and the Malaysian General Election 2008 dibuat sebelum PRU ke 12 iaitu 26 Januari 2008.
Apa maknanya semua ini? maknanya kemana undi orang kristian hendak pergi...
Sebab itu, jangan terkejut apabila Nurul Izzah 'tunjuk belangnya' dalam forum tersebut. Siapa tahu belang itu adalah untuk meraih undi.

Petikan penuh sila baca di Agendadaily

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih