Friday, May 21, 2010

Mesyuarat Pemuda, Wanita n Cawangan

Salam...
Dalam kesibukan Pas dok kata depa masih kuat, di pihak UMNO sedang berlangsung mesyuarat di peringkat cawangan. Minggu ni pakteh juga akan bermesorat n rasanya ada beberapa usul yang boleh diketengahkan samada utk tindakan Bahagian atau Pusat.
Beberapa kelemahan yang berlaku sepanjang proses utk mengadakan mesyuarat cawangan wajar dijadikan iktibar oleh UMNO Bahagian. Perlu difahami bahawa masih ada ahli yang kerana xdapat telur sebiji, undi boleh beralih arah dan pakteh harap, ini dapat diambil kira dan jika dapat diadakan postmortem lagi baik.
rata2 mengharapkan Ustaz Azizan membubarkan DUN namun bersediakah UMNO. Jangan hanya sekadar laungan tetapi akhirnya berlaku seperti SIBU. Strategi yang benar2 tersusun amat penting dan pakteh masih terbayangkan bagaimana figure yang diberikan kepada wakil calon UMNO utk Parlimen Sik dlm PRU yg lalu begitu tepat dengan data2 yang pakteh percaya ramai tidak menjangkakannya dan akhirnya terbukti...parlimen Sik jatuh ke Pas.

kata pakteh: Malu bertanya sesat jalan....bertanyalah pada yang tahu dan arif..
SELAMAT BERMESORAT KEPADA SEMUA CAWANGAN

Thursday, May 13, 2010

ADUN Kubang Rotan Lagiii

Beberapa hari lalu pakteh ada bersama dalam satu majlis d Sik. Dikhabarkan ADUN Kubang rotan telah datang berceramah d Sik dan berharap ADUN Belantik mati...
Inikah sifat dan perangai seorang Adun?
memang benarlah seperti rakan mereka YB Radzi yang dah keluar...mereka diminta berceramah dan menghina UMNO/BN

Nnt free pakteh sambung lagi...sibuk sikit minggu ni...

Tuesday, May 4, 2010

Gempar !!! dua lagi DUN PR akan lompat keluar...!!

Berita dari angin sepoi-sepoi bahasa
Dalam waktu terdekat akan ada lagi DUN dari PR akan keluar parti. Khabar dari angin sepoi2 bahasa begini boleh menjadi angin ribut d pihak Azizan yang memang sedang menyiapkan dirinya untuk menjadi ketua pembangkang.
Isu-isu yang panas kebelakangan ini di Kedah meningkatkan lagi rasa tidak puas hati ramai kalangan DUN PR terhadap kepimpinan PAS (Azizan) di Kedah. Keegoan Pas untuk meminta maaf kepada Sultan Kedah dalam isu penghinaan dalam persidangan DUN, kegagalan menangani permasalahan asas "AIR" dan kerumitan menguruskan pelaburan berskala tinggi seperti di Kulim Hi-Tech membuatkan segelintir ADUN PR yang sayangkan Kedah dan rakyat mula melihat BEBAS/BN adalah Alternatif yang terbaik untuk mengajar Pas Kedah.
Jika bukan dari selatan Kedah, jika bukan dari sekitar Sungai Petani yang pesat membangun dibawah BN dahulu, mungkin dari kawasan SELAMAT Pas.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih