Saturday, March 20, 2010

YB Tajudin di Kg baru Nami

Assalamualaikum.
19 Mac 2010, Yb Tajuddin iaitu ADUN Belantik telah meninjau permasalahan penduduk di Kg Baru Nami.
Program yang diadakan dalam suasana yang santai itu memberi peluang kepada penduduk untuk meluahkan isi hati serta mendengar sendiri apa kehendak yang diinginkan. Program seperti sebenarnya akan membantu menguatkan sokongan kepada YB Tajudin sekiranya dilaksakan secara konsisten.
Namun begitu seperti yang dimaklumkan.....Tugas beliau sebagai Adun, Ketua UMNO dan tugas2 d peringkat negeri pasti akan mengekang program sebegini.
Apapun...tahniah kpd YB kerana beberapa masalah penduduk dapat diatasi segera.

p/s: Heran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi peruntukan kepada beberapa penduduk yang KAYA sedangkan semalam...warga emas dan yang uzur tidak berdaya diketepikan....betoika puak sana main wayang dalam soal seperti ini?...rasanya betoi.

Sunday, March 7, 2010

Pencuri Balak d Sik berselindung disebalik ternakan Keli?

Assalamualaikum.
Hari ini di Sungai Pau, Sik Kedah berlangsung perasmian ladang ternakan keli. Entah mengapa...saya terpanggil untuk mempertikaian projek ternakan keli ini. Saya difahamkan untuk pelaksanaan projek ini, hutan simpan terpaksa dimusnahkan. Ramai yang bertanya mengapa hutan simpan yang kaya dengan KAYU BALAK BERMUTU TINGGI dipilih sebagai lokasi ternakan?. lebih satu kilometer terpaksa diredah untuk sampai ke lokasi ternakan.
Pakteh terfikir sekiranya ini hanya matlamat utk menghalalkan cara dimana Balak diambil disepanjang laluan ke tapak projek. paling penting...tapak projek terpaksa dicuci (dicuri balaknya)...semata2 utk projek ikan keli...
Pakteh rasa begitu hiba membayangkan pokok2 balak yg disimpan selama ini oleh pemerintah dahulu....dicuri dengan sedemikian rupa. Pakteh juga yakin, projek ini rugi atau untung tidak menjadi persoalan kerana hasil balak telah mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda....
p/s: Mungkin SPRM perlu tinjau2 projek ini.....apa kata pegawai perhutanan dan perikanan????...berbaloika.....cukuplah kerugian di Papua New Guine...jgn buat di Sik pulak....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih