Bila Pakteh tulis tajuk Setiausaha Politik (SETPOL), ramai kalangan pembaca blog Pakteh akan terus teringatkan Tn Haji Sanusi Md Noor, Orang kampung Pakteh yang kerjanya ialah Setiausaha Politik MB Kedah, Ostat Azizan.
Sebenarnya tidak....bukan SETPOL secara khusus yang Pakteh maksudkan tetapi secara umum. Ini bermakna SETPOl dari PR dan BN akan terkait dengan cerita Pakteh. Masih ada kisah-kisah menarik Setpol MB Kedah namun buat masa ini, biarlah dia tolong Ostat Azizan dalam kereta yang sudah ada PEMANDU yang baru. Sekurang-kurangnya jika terus dibiarkan....dapat juga bernafas walaupun kedua-duanya dalam kategori nazak dan hanya menunggu masa untuk dikafankan PEMANDU sendiri.
Bagi orang politik, jawatan Setpol itu sendiri seolah-olah bermaksud pengganti diri kepada bos. Contohnya Setpol MB Kedah, Sanusi.....apa sahaja perlakuannya dianggap sebagai tindakan Ostat Azizan. Begitu juga halnya dengan Setpol DS Najib, Setpol DS Hishammudin atau mana-mana Setpol menteri. Sebab itu kadang-kadang rakyat bawahan lengit (meluat) tengok gelagat Setpol yang terlebih sudu dari kuah malah jangan pelik jika Pakteh katakan Setpol boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan seseorang pemimpin politik.
Contoh lagi.....Tindakan Setpol MB Kedah menyerang puak-puak Pas yang rakus dalam GLC dan menegur secara terbuka melalui blog mengundang rasa tidak puas hati puak kapitalis Pas ini (Boleh kenang kembali saat Mahfuz Omar panas pungkoq di Kedah sehingga letak jawatan dalam satu agensi, apa komen Setpol ketika itu). Puak kapitalis Pas tidak melihat ini teguran Sanusi tetapi teguran MB Kedah. memang betul teguran itu dan ada asasnya namun apakah kapitalis Pas ini sekadar berpuas hati dan mengangguk?......tidak. Akhirnya Ostat Azizan dianugerahkan PEMANDU dengan alasan banyak sangat tolong puak UMNO.
Contoh lagi....Apabila Dato' Dr Wan Azmi Ariffin, bekas Ahli Parlimen Sik tidak dicalonkan semula pada PRU12 untuk Parlimen Sik, alasan terkuat ketika itu ialah Datuk Osman Desa Setpol Paklah. Apabila Penghulu Mail tidak dicalonkan semula di DUN Jeneri, alasan terkuat ialah Datuk Hj Hasbullah Setpol PM. Betul Hj Hasbullah dan Osman Desa orang kuat Paklah sehingga diberi kepercayaan sebagai Setpol PM. Tetapi apakah itu cukup?
Lupa pulak Pakteh nak habaq.....sengaja Pakteh berikan contoh Setpol yang ada kaitan dengan Sik dan tidak ada kena mengena dengan artikel semalam berkaitan senarai calon PRU13. Apa kaitan Sanusi, Man Desa dan Hj Hasbullah?...kaitannya cuma dua iaitu ketiga-tiga mereka bertugas sebagai Setpol dan ketiga-tiganya ada kaitan dengan Sik.
Jika dibaca suhu politik secara mudah dan kuno, Osman Desa dan Hj Hasbullah boleh menang mudah kerana mereka Setpol PM. Gambarannya ialah jika Parlimen Sik diwakili oleh Setpol PM, seolah-olah kawasan Sik ini ber-ahli parlimen-kan PM. Begitu juga keadaannya apabila Sanusi merebut jawatan dalam pemilihan Pas kawasan Sik, jika beliau dipilih seolah-olah pilih Ostat Azizan.
Tetapi adakah pelakar strategi ini lupa bahawa.....rekod lama Setpol2 ini di Sik masih dikenang orang?.
Apakah pelakar strategi ini tidak menilai bagaimana rekod Setpol ini dengan masyarakat Sik. Akar umbi hanya kenal pemimpin tetapi tidak kenal Setpol pemimpin. Hal ini berlaku kepada Man Desa dan Hj Hasbullah bilamana akar umbi tidak menerima beliau.
Kes Sanusi berbeza kerana beliau dikenali dan aktif dalam politik cuma seperti Pakteh katakan dalam artikel terdahulu.....usaha menjatuhkan Ostat Azizan turut menengelamkan Sanusi.
Masih ramai SETPOL-SETPOL yang berminat untuk terjun dalam dunia politik seperti tuan mereka. Seharusnya untuk berbuat demikian, mereka perlu bertindak secara aktif untuk dikenali rakyat dan ada baiknya membantu secara berterusan sehingga nama SETPOL dikagumi bukan kerana TUANnya hebat tetapi kerana SETPOL ini memang hebat. ramai sebenarnya SETPOL2 yang berada disekeliling kita namun kerana niat asal mereka sekadar membantu TUAN mereka, rakyat tidak mengetahui jasa mereka dalam menyusun gerak kerja TUAN mereka.
Atas faktor itu, Pakteh sarankan.....dekati rakyat dan tunjukkan kemampuan melalui parti yang diwakili sebelum ingin terus terjun ke dunia politik menjadi wakil rakyat dalam PRU13 kerana natijahnya terlalu besar.
Harus diingat...Sik pernah menghukum 2 SETPOL Perdana Menteri..........................Sejarah tidak terjadi hanya untuk diingati tetapi WAJIB diambil segala peristiwa itu sebagai pengajaran untuk tindakan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment