Sambungan dari siri 1 yang disiarkan pada 28 February 2012
Diawal pemerintahan Pas Kedah mungkin tidak ramai menyedari bahawa Pas Kedah sebenarnya mempunyai masalah dalaman yang besar. Ramai tidak nampak musibah itu termasuk pendokong Pas sendiri kerana lubang keluar yang betul-betul tepat belum ditemui. Bukan hari ini sahaja masalah dalaman Pas melanda di Kedah atau seluruh negara namun kerana imej Pas adalah parti pembangkang, segalanya kukorbankan termasuk hasrat hati dan keinginan diri yang segenap lapisan pemimpin inginkan pencapaian diri yang lebih baik.
Bukan tidak ada yang merungut apabila DS Azizan Razak berkelana jauh bertanding di kerusi Parlimen Sik P 013 menentang Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin pada tahun 2004. Ramai menjangkakan pada waktu itu Allahyarham TS Hamid Othman, mantan Menteri dan mantan Ketua UMNO Bhg Sik akan membuat comeback dan jangkaan ini turut berada dalam kotak fikiran DS Azizan Razak. Ada yang redha dan ada yang membantah namun Pas amat yakin akan terus menguasai parlimen Sik seperti dibuat pada tahun 1999 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
Natijahnya, UMNO bertindak bijak meletakkan tokoh "Winnable Candidate" bilamana Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin, Bekas ADUN dan Exco Kanan Kedah diangkat sebagai calon UMNO di Parlimen Sik. Ramai berpandangan sekiranya individu lain termasuk TS Hamid Othman, Pasti DS Azizan Razak akan memenangi kerusi Parlimen Sik. Akhirnya orang Pas Sik sedar...Azizan Razak yang dikatakan strategis boleh terkena di Parlimen Sik.
Ini adalah bibit awal perasaan terpendam kalangan panglima perang malah sehingga ke peringkat tertinggi kalangan Pas Kedah. Namun seperti pakteh katakan diawal tadi, naluri terpendam itu tersimpan rapi kerana Pas adalah pembangkang dan lubang untuk hasrat itu keluar tidak ada.
Wajah sebenar Pas Kedah mula kelihatan apabila Pas menang di Kedah dan DS Azizan Razak diangkat menjadi Menteri Besar. Siapa yang tidak cemburu malah Pas Kedah sedikit terleka untuk memikirkan bahawa kalangan mereka kini bukan sahaja ada Pas tetapi ada DAP dan PKR.
Apabila Tn Haji Sanusi Md Noor, Setpol MB Kedah yang juga Ketua Penerangan Pas kedah tertewas di Sik dalam pemilihan parti Pas, Pakteh menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan adakah ianya sekadar aturcara biasa dalam demokrasi berpolitik. Tidak......Pakteh terfikirkan yang lain. Hinggalah apabila pelbagai insiden dan masalah timbul di Kedah, selain UMNO dipersalahkan, Pakteh amat menyedari hasrat Anwar bin Ibrahim untuk menguasai segenap tampuk kepimpinan Pas.
Masih tak faham?. PRU12 Paklah meletakkan Datuk Osman Desa di P 013 Parlimen Sik walaupun majoriti pengundi masih ingin Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin kerana apa?. Kerana beranggapan title Setpol Perdana Menteri akan memberi kelebihan kepada Osman Desa. Akhirnya apa jadi?. Apabila pengundi menolak Paklah, Osman Desa turut terkena tempiasnya.
Lagi bukti?. Datuk Osman Desa masih tidak mengambil pengajaran dari penolakan rakyat kepada Paklah lalu memilih untuk terus bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik menentang calon pilihan ramai atau calon "Winnable Candidate" Datuk Mohd Tajuddin Abdullah YB DUN Belantik. Datuk Osman Desa ditolak oleh UMNO Sik bukan kerana namanya Osman Desa tetapi kerana hubungkaitnya sebagai Setpol Perdana Menteri iaitu Paklah. Apabila Paklah ditolak bermakna...Setpolnya juga ditolak apatah lagi Datuk Tajuddin Abdullah diterima baik oleh semua kepimpinan UMNO Sik.
Boleh faham?
Bila Pakteh sedar tangan Anwar meraba-raba di Kedah?
Pakteh dah lama sedar namun apabila Malaysiakini mula menyiarkan wajah DS Azizan Razak dengan mimik muka yang tidak sepatutnya sepertia kebiasaan, Pakteh amat-amat sedar.....tangan Anwar ada disebalik apa yang berlaku di Kedah. Tidak siapa dapat menafikan hal ini. Bagaimana akhbar pro PR boleh berbuat demikian kepada MB Kedah yang bernaung dibawah PR?. hanya dengan arahan tertentu melalui skill tertentu dan tindakan tertentu...maka segala cara digunakan untuk merendahkan imej DS Azizan Razak
Mengapa MB lebih percayakan Penjawat Awam berbanding Exconya sendiri?
Tentu ramai sedar DS Azizan Razak dikatakan lebih pentingkan ahli perniagaan UMNO berbanding PAS. benarkah begitu?. Sebenarnya apabila menduduki tampuk kuasa, Ahli Pas atau UMNO akan terikat dengan perundangan, terlekat kepada prosedur dan pekeliling kerajaan. Sebab itu samada MB Pas atau MB UMNO, mereka tetap dituduh mementing seteru sedangkan yang berlaku adalah berbeza. Sebagai MB, Mana-mana individu tidak akan bertanyakan awak parti mana tetapi mementingkan apa syarikat A. B C boleh lakukan atau boleh laburkan untuk kemakmuran Kedah. Dalam konteks ini Pakteh memuji MB Azizan dan juga Setpol MB Tn haji Sanusi Md Noor yang bertindak secara profesional, Ini Pakteh tahu secara peribadi seperti yang disampaikan kepada Pakteh oleh ramai ahli perniagaan. Cuma terkadang kelihatan bias kepada Pas itu...normal dan lumrah, yang penting, asasnya kuat bertindak secara profesional.
Penting juga diingatkan kebanyakkan ahli perniagaan tidak menjenamakan diri mereka sebagai Pas, UMNO, DAP atau PKR. Mereka akan bertindak mengikut arus kerana bagi mereka, keuntungan dan kestabilan dalam perniagaan lebih penting dan kebetulan kebanyakkan ahli perniagaan ini sudah puluhan tahun berurusan dengan kerajaan BN/UMNO, maka kelihatannya mereka mesra BN/UMNO...adakah salah mereka meneruskan perniagaan diwaktu PAS?. Adakah salah MB Azizan turut memberikan sokongan kepada ahli perniagaan ini? Adakah perlu ditutup semua perniagaan yang kelihatan mesra BN/UMNO?
Sebenarnya, MB Azizan Razak lebih percayakan penjawat awam terutama dari MBI, Malah boleh dikatakan semua urusan kewangan perlu dibawah pengetahuan MBI sebelum Exco2 Kedah melaksanakan sesuatu projek. Apa puncanya?. begitu banyak senarai projek yang hasilnya tidak seberapa malah ada yang sekadar indah dari rupa. Atas faktor ini, DS Azizan memberi kepercayaan kepada MBI untuk menguruskan hal ini.
Apa Exco dah buat?
Buat Duit. Anda cari berapa projek yang ada di Kedah dan berapa banyak yang gagal?. Akhirnya MB Kedah sedar, lebih baik percayakan orang kuat MBI dari percayakan Exco sendiri.
Siapa pula rujukan utama MB Kedah?
Percayakah anda Tun Mahathir Mohamad menjadi rujukan penting untuk DS Azizan Razak?. Walaupun bukan hari-hari keluar minum tea tarik bersama tetapi idea dan pandangan Tun Mahathir dijadikan garis panduan oleh DS Azizan Razak untuk mentadbir Kedah.
Faktor-faktor yang Pakteh nyatakan saling berkait dan akhirnya, gabungan hasrat Anwar menguasai kepimpinan Pas dan hasrat panglima Pas ingin menjadi Ketua menjadi pencetus kepada pemberontakan dari dalam oleh Exco Kanan Kedah. Jika sebagai pembangkang, tidak ada laba besar yang dapat ditagih, hari ini dengan hidangan kerusi MB Kedah jika memang PRU13, mana-mana panglima tidak akan segan silu mencatas ketua apatah lagi disokong dan dilakar strategi oleh Anwar bin Ibrahim.
Akhirnya....hanya yang terkuat dan bijak mengatur strategi akan menang. buat masa ini DS Azizan Razak berjaya dipusingan pertama 28 Februari 2012, kejayaan pusingan pertama belum menjamin menjadi pemenang melepasi garisan penamat.
nanti Pakteh sambung dalam episod 3
Kandungan episod 3
- UMNO
-Blogger
- Akar UMBI
- PRU13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
1 comment:
eden saran kan azizan bubar dun kodah dan ado kan pilihanraya .kito lihat dan tengok apo nak jadi. UMNO mosti ambil alih kodah dari siberdebah tu .
rakyat dah muak dongan sandiwara pr ni. dah tak tau memrintah nak berlagak pulo. ado yang lotak conditions untuk jadi exco. apo punyo baral daaa.
Post a Comment