Pakteh akui Pakteh dah tua...
Mata dah rabun...nak ligan ayam masuk reban waktu senja pun dah tak nampak...rabun-rabun ayam mata Pakteh ni.
Lutut Pakteh dah terasa sengal-sengalnya. Berpuluh tahun mengabadi diri menebang buluh, mencari rotan, menebang teja malah menakek depu@karas juga bukan perkara asing. Pakteh sekarang tak ubah seperti hutan di Kedah yang botak sana sini, kelarah sana sini......Bezanya cuma...Pakteh dah tua...Hutan kedah masih kategori hutan muda.
kaki tangan yang sebelum ini megah menunjuk-nunjuk kini sudah tidak mampu lagi bertindak sehebat dulu. Pakteh amat terasa berbedaannya menjadi tua dan dimamah usia. Apa boleh buat, kita sebagai hambaNya perlu redha dengan ketentuan. Saat akan dijemput pasti sampai...cumanya Pakteh yang sudah tua ini tentulah mungkin lebih awal dari anak muda yang lain.
Pakteh memang tua namun Pakteh masih boleh mengingat dengan baik. Mungkin ini rahmat yang masih tersimpan dalam diri Pakteh. Ingatan yang baik ini amat penting untuk Pakteh terus mengingati bahawa Pakteh masih mempunyai Makteh. Harus diingat....Pakteh memang tua namun pada mata Pakteh...Makteh sentiasa muda. Wajahnya masih tetap ayu....seayu ketika mula-mula Pakteh berjumpa Makteh dulu. Redup matanya memandang Pakteh memberi harapan bahawa Pakteh tetap Muda dalam usia yang Tua.
Harapan Pakteh yang tua ni....bertindak perlu mengikut zaman malah amat penting untuk mampu menyelesuri zaman. Apa yang Pakteh bimbang cuma kita bertindak melebihi zaman tanpa mahu menoleh kebelakang walau seketika. Pada zaman ini, tatkala generasi Y diangkat sebegitu hebat untuk menakhoda perjuangan, Pakteh risau kita terlalu berlebihan.
Suara banyak pihak inginkan wakil rakyat BN/UMNO dari kalangan yang lebih fresh, muda dan baru. Pakteh amat menyokong idea ini namun secara khususnya Pakteh berpandangan idea "Winnable Candidate" masih wajar dan amat perlu dikekalkan. Tidak rugi bertindak memilih Winnable Candidate tetapi amat rugi memilih yang fresh jika akhirnya membawa kepada kekalahan. Sehubungan itu, gabungan muka baru, lama, fresh dan kitar semula masih lagi praktikal bagi Pakteh. Entahlaaah.....orang tua seperti Pakteh ni hanya melahirkan kerisauan.
Pakteh pernah keluarkan artikel berkaitan hal ini dulu, dan kali ini Pakteh tetap keluarkan lagi artikel yang hampir serupa. DAP, PKR dan PAS telah lama mengamalkan winnable candidate. Contoh terbaik ialah Karpal Sigh, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh lagi yang kesemuanya sudah seusia Pakteh atau bahawa insani...sudah dimamah usia.
Pakteh percaya nama yang Pakteh sebutkan tadi akan kekal muncul sebagai calon pilihan PR untuk menang mewakili PR.
Atas faktor itu, Pakteh melihat masih ada tokoh dalam UMNO/BN yang perlu ditampilkan sebagai calon biarpun sudah berada dalam kategori warga emas. Cuma janganlah pula warga emas UMNO/BN melonjak ingin dicalonkan. Faktor Winnable Candidate perlu diutamakan dan lebih memalukan jika calon warga emas tewas apabila dicalonkan berbanding calon fresh.
p/s: Kadiaq Kulim tu warga emas dan bukan winnable candidate...so....kecewa dan kluaq parti...jangan jadi lagu tu noooo...ingat pesan Pakteh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
1 comment:
kedah ada 2 kawasan mamak.baling dgn kulim bandar baru.
2-2 bukan calon boleh menang.yg ada 2-2 calon boleh kalah.
Post a Comment