Thursday, March 22, 2012

Anwar terkantoi: Apa lagi bukti PAS nak? semua dah depan mata...


Pakteh kaitkan dengan PAS kerana medianya cuba spin dan buckup Anwar. Pakteh dah mula naik kesian dengan keldai tunggangan Anwar ni. Artikel yang baik dari AIDC dan Pakteh merasakan tidak perlu untuk pakteh tokok tambah untuk artikel ini kerana maksud dan hasratnya menyampaikan penipuan Anwar terpampang dengan jelas. Pakteh hanya ingin meminta rakan taulan dari parti Pas membaca artikel ini dengan mata hati.....dan bukan secara buta hati.
SUMBER: AIDC
Mengenali stail politik Anwar Ibrahim, dia ada muslihat tertentu apabila sengaja memperbesarkan sesuatu isu.
Dalam kes Salman Rushdie, nampaknya Ketua Pembangkang ini amat berminat supaya isu tersebut diperdebatkan, dilanjutkan dan dibicarakan mungkin dalam versi berbeza di luar negara dan dalam negara.
Apa umpannya..apa muslihatnya, sedangkan satu dunia sudah mengetahui prinsip Anwar Ibrahim dengan Salman Rushdie ?
“Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Anwar dalam twitternya, 16 Mac yang turut dipanjangkan ke blog rasminya.
Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu ? Adakah bermaksud Anwar memboikot program ‘India Today Conclave’ kerana penganjur itu turut menjemput Salman Rushdie ?.
Orang awam yang terpedaya dengan muslihat permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud sebenar Anwar kerana dia tetap hadir program anjuran kumpulan media India,indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.
Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi tragedi ‘Apology Tour‘, jika dirinya dianggap kontroversi kerana memboikot program anjuran kerajaan UK yang memberi gelaran ‘Sir’ kepada Salman Rushdie yang turut menjemput pemikir Zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu.
Dulu, pada akhir tahun 1990-an, ketika berstatus Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar sanggup selewengkan wang rakyat sebanyak RM38 million untuk membayar pelobi Zionis, APPC (Asia Pacific Policy Centre) semata-mata untuk membawa Henry Kissingger ke Malaysia dan kini, dalang di sebalik penganjuran program di India itu sudah mengenal pasti siapakah individu-individu yang sepatutnya dijemput di dalam program ‘India Today Conclave’.

Salman Rushdie

Anwar Ibrahim

Henry Kissinger
Anwar Ibrahim, Henry Kissingger dan Salman Rushdie, antara tokoh-tokoh yang dijemput.
“Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi”, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” lapordailymail.co.uk, 16 Februari yang menunjukkan Anwar hadir dalam program tersebut.
Jadi kenapa Anwar menghantar twitter yang berbunyi seperti memboikot program kerana satu individu bernama Salman Rushdie, sedangkan hakikat sebenarnya, dia hadir ke program itu ?
Itu sekadar strategi untuk menarik sentimen ‘Islam’, selepas dia turut bersekongkol dalam program itu dan mungkin mengetahui sentimen umat Islam membantah kehadiran penulis bukuSatanic Verses itu.
Ini taktik biasa publisiti murahan yang hanya berbunyi dalam Bahasa Melayu di twitter dan blog peribadinya, tetapi tidak mendapat liputan di media antarabangsa.
Ini taktik serampang dua mata atau politik depan-belakang.
Khoo Kay Peng faham strategi politik Anwar itu, sebab itu penganalisis politik pro PR itu berkata Anwar Ibrahim wajar ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushdie dan bukan menjauhkan diri.
“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo seperti dilaporkan FMT.
Ada asas kuat kenapa penganalisis politik pro PR berfikiran begitu. Mungkin, maksudnya, apa beza antara Anwar dan Salman, kedua-duanya pejuang liberal dan kedua-duanya reformis agama.
Asas Salman Rushdie Dijemput

Imran Khan membatal hadiri program sebab membantah kehadiran Salman Rushdie
Ada perbezaan besar antara tindakan Imran Khan, pemain kriket tersohor dunia yang berasal dari Pakistan dengan tindakan Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM dalam menghadapi isu Salman Rushdie.
Imran yang turut dijemput menghadiri program ‘India Today Conclave’ memboikot dengan membatalkan penyertaannya ke program itu di saat-saat akhir setelah mengetahui jemputan yang sama dibuat kepada Salman Rushdie.
Pemain kriket Muslim yang popular itu membuat keputusan membatalkan penyertaannya pada 14 Mac, setelah media antarabangsa pada 13 Mac melaporkan Salman Rushdie akan turut serta dalam program tersebut.
“Dia (Imran Khan) kini telah memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak akan hadir kerana dia tidak boleh menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie, individu yang telah menyebabkan kecederaan tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia”, lapor dailymail.co.uk.
Aroon Purie, editor-in-chief kumpulan penganjur itu memberitahu media bahawa dia kecewa denganpembatalan Imran di saat-saat akhir itu.
“Kami amat kesal apabila Imran Khan tidak akan datang ke India Today Conclave disebabkan penyertaan Salman Rushdie. The India Today Conclave adalah platform kebebasan dan bebas dalam pertukaran idea.
“Kami tidak menyokong pandangan mana-mana penceramah kami tetapi kami berdiri untuk kebebasan bersuara (freedom of expression) dalam semua yang kita lakukan, ia adalah satu prinsip penting dalam sebuah negara yang bebas (free nation) dan media yang bebas (free media)”, katanya.
Tindakan Imran mendapat liputan meluas di media antarabangsa.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya ke program itu mendapat liputan meluas di media antarabangsa, tetapi dalam masa sama dia menyatakan ‘bantahan’ kepada Salman Rushdie di twitter dan blognya dalam bahasa Melayu yang tidak mendapat liputan media antarabangsa.
Sebab itu semasa bercakap di India Today Conclave, Salman Rushdie mengkritik Imran, bukannya Anwar Ibrahim.
“Seorang penulis British menyifatkan Imran Khan sebagai diktator yang sedang menunggu. Saya gembira tiada orang lain membantah kali ini kecuali Imran Khan. Imran takut berdepan dengan ‘bayangan’ saya. Imran tahu yang dia akan berkongsi pentas dengan saya.
“Imran tidak pernah membaca ‘The Satanic Verses’. Imran bukan seorang yang liberal”, kata Rushdie seperti dilaporkan wespeaknews.com.
Dari satu sudut Salman Rushdie ingin memberitahu individu-individu yang hadir ke program itu tidak memboikotnya kerana mereka adalah manusia liberal yang telah membaca bukunya, Satanic Verses.
Rushdie menekankan bahawa kehadiran dalam program itu menunjukkan penganjur benar-benar memahami konsep kebebasan bersuara.
Politik Belakang-Depan
Walaupun, Anwar cuba menunjukkan sikap ‘anti-Salman’ yang tidak mendapat liputan meluas di media antarabangsa, namun dia gagal membuktikan fakta bahawa dia pernah mempertahnankan Salman Rushdie di Jakarta, dua tahun lalu.
Pada 11 Oktober 2010, tercatat dalam sejarah, dengan bukti rakaman ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu adalah pro-Salman Rushdie ketika berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia.
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rushdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
Tajuk yang dibawa Anwar, “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” sudah menjelaskan hala tuju pemikiran Ketua Umum PKR itu.
Tanpa perlu dihuraikan Anwar, semua orang sudah tahu siapakah musuh-musuh kebebasan, iaitu golongan fundalmetalis, intelektual dan ulama yang berpegang kepada Islam.
“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu, kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, kata Anwar di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya.
Menariknya, Anwar cuba mengambarkan apakah halatuju pemikirannya, walaupun kelompok Islam Liberal Indonesia, termasuk Ulil Abshar Abdalla (juga hadir mendengar pidato Anwar) sudah mengenal pasti identiti dirinya dan memberi tajuk yang sesuai untuk diucapkannya.
“Dan saya tidak mahu menyebut seolah-olah saya ini…err..err..nak guna istilah LIBERAL, salah faham pula nanti..”, kata Anwar sambil disambut gelak ketawa yang berpanjangan dari kelompok Islam Liberal Indonesia.
Kenapa kelompok Islam Liberal Indonesia mentertawakan Anwar bila Ketua Umum PKR itu takut-takut mengaku sebagai Liberal ?
Itu satu versi Anwar membela Salman Rushdie ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia. Ada satu bukti yang menunjukkan Anwar mengamalkan politik ‘belakang depan’ adalah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.
Versi stand Anwar berbeza 360 darjah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.
Ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia, Anwar mendakwa bertempur dengan golongan agama yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun bila berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia, Anwar mendakwa pula ‘bertempur’ dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia.
“Sebab saya di Jakarta …tak sama sesaudara.
“Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.
“Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah”, kata Anwar secara serius ketika berhadapan dengan kelompok ABIM, jika dibandingkan dengan gelak ketawa hadirin ketika berhadapan kelompok Islam Liberal.
“Walaupun dia, Ulil Abshar, dia pertahankan, dia kata tak betul…Saya tak pernah hadir mesyuarat mereka. Mereka ada hadir beberapa pertemuan saya dan ada perbalahan. Mereka mengatakan, dia terkejut, sepertimana yang disebut oleh Ulil Abshar, dia terkejut mengapa orang yang dianggap berfahaman terbuka (Anwar) begitu keras menolak lingkaran liberal”, jawab Anwar berbelit-belit dengan permainan kata-kata mengikut kesesuaian kelompok mana yang sedang dihadapinya.
Itulah Anwar Ibrahim, boleh ‘jadi’ sesiapa sahaja, bergantung kepada keadaan, suasana dan tempat
Boleh ‘jadi’ Sivaji The Bos, Presiden Barrack Obama, Paul Wolfowitz, hatta Salman Rushdie.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih