Thursday, January 19, 2012

Rakyat Kerdil Ditindas Anwar Ibrahim - Tun Mahathir

Fikir-fikirkan....Renung-renungkan...Inilah keadilan yang dibawa Anwar
Ikuti tulisan Che Det dibawah
.........................................

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sumber Che Det

6 comments:

Anonymous said...

Itu belum jadi PM lagi, kalau dah jadi PM, tak tau la aku apa nak jadi.

Anonymous said...

lawak la..cuba bincang kesemua isu atau skandal pentakbiran negara yg mencaturkan masa depan rakyat malaysia dari era 80an hingga sekarang.Kwsp pn tak boleh bantu pencarum mengahadapi krisis ekonomi hingga belaku lambakan nilai hartanah yg di rampas masa tu.Kereta usah cakap la ketika itu.Nak tampung kos hidup pakai kad kredit.Sekarang pemegan kad kredit menanggung hutang sampai kini,kerana tak mampu bayar.Rakyat yg derita syarikat yg besar di selamatkan,berapa mewah hidup mereka sehingga sekarang.Mereka kenal ker muka2 duit pencarum yg kena bil out dulu.

Anonymous said...

Shell pn depa pulun,ingatkan koperasi berkepentingan ramai yg dapat.Tamak tamak tamak

Anonymous said...

hutang isi rumah setakat nie RM 466 billion.Time krisis ekonomi 96-97 kadar jenayah,cerai,muflis,pesakit mental,bunuh diri.hilang tempat tinggal,pengangguran,semuanya meningkat dll....perghh sapa nak jawab masa kt akhirat nanti,derita rakyat masa tu,yg dapt duit bil out senang hati sampai sekarang...

Anonymous said...

Masa tukan Anwar Brahim jadi menteri kewangan yg terhebat dan tersohor didunia am nya dan di Malaysia khasnya....

Pakteh said...

Eh eh...isu mahkamah diputar ke isu semenjak era 80an..hehe..

Mencatur masa depan negara sejak era 80an adalah pemimpin UMNO dan sejak 1982 ialah Mahathir Mohammad. Siapa boleh nafikan kejayaan beliau? Dunia dah akui....terima ja hakikat tu...

Shell.....maaf...xfaham....hehe

Krisis ekonomi 1997-1998 tu seluruh dunia mengiktiraf kejayaan Mahathir menangani krisis tersebut. Anwar...hahaha...bacalah sejarah tunjuk pandainya yang hanya sekadar mengikut telunjuk IMF

Apapun ceritanya.....Kes liwat 2.0..Anwar dapat buat rayuan berkali-kali, penangguhan berpuluh kali. hanya apabila Saiful minta rayuan sekali......seluruh pengikut totok Anwar termasuk peguam yang kononnya berwibawa MINTA JANGAN DIBUAT RAYUAN......
inilah keadilan ala Anwar...
Sedap untuk aku
sakit untuk kau...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih