Friday, January 20, 2012

Anwar LUDAH muka Nik Aziz

Jarang Pakteh nampak Nik Aziz berkeadaan begitu. Nik Aziz adalah ahli politik yang bijak dan licik. Setiap jawapan dan buah fikirannya sukar diduga malah memberikan kesan yang besar kepada sesuatu isu. Fikirkan bagaimana Nik Aziz mampu melontarkan idea
Berkawan dengan syaitan
Doakan kemusnahan lawan
Butakan mata lawan
Syurga & Neraka
Perokok sama seperti haiwan

Dan segala macam buah fikiran Nik Aziz yang mampu membuatkan lawan terkedu. Samada terkedu kalah atau terkedu memikirkan betoi ka bengong ka Nik Aziz....Namun..Nik Aziz pasti ada jawapan. Itulah kehebatan ahli politik veteran yang cukup hebat ini.

Cuma semalam apabila Pakteh melihat Nik Aziz sekadar berkata " itu negeri dia, saya tak boleh komen apa-apa" (ayat lebih kurang ja...). Pakteh pulak yang terkedu...
Kasihan pun ada
Pelik pun ada

Pagi ini Pakteh mula menyelami perasaan ramai pimpinan Pas. Mereka sebenarnya MALU BESAR malah tidak ada jawapan yang tepat bagaimana Exco berkaitan Islam dipegang Khalib Ibrahim dan Pas hanya layak untuk pegang Exco adat istiadat ja.

Malu...malu beb......bagaimana Pas yang puluhan tahun bersembang sakan mengatakan mereka lebih Islam tiba-tiba disepak terajang oleh Khalid Ibrahim (baca Anwar Ibrahim) dengan begitu mudah. Apakah tidak mungkin sekiranya puak-puak ini memerintah......Pas hanya sekadar melukut di tepi gantang..itupun kalau masih mampu melukut.....kalau terus berkubur seperti yang terjadi kepada PARTI CAP KEPALA LEMBU?. apa nak jawab.....

Memang benar kata Hassan Ali....parasit yang menguasai Pas kini telah meracuni seluruh perjuangan asal Pas.

Sebab itu seorang yang selama ini hebat memberikan komen untuk seluruh negara terkelu lidah untuk memberikan jawapan bagaimana wakil Pas tidak dilantik sebagai Exco agama di Selangor. Mursyidul Am Pas hanya nak jawab untuk negeri Kelantan sahaja...eh..eh...itu title MB boleh la...tapi title Mursyidul Am tu sama taraf dengan Ketua Umum....takkan yang tu pun tak boleh bagi jawapan...

Sebenarnya tuan tuan dan puan puan.........percayalah....memang tidak ada jawapan...

eh eh.....Apa Khalid Ibrahim nak buat dengan title Exco agama???........Oi........apa lagi....membereskan apa yang Hassan Ali dok tahan selama ni......TUNGGULAH NATIJAHNYA WAHAI RAKYAT SELANGOR.....



2 comments:

Anonymous said...

Sia sia budak2 pas panjat pokok..panjat tiang gantung bendera PR...jasamu tak dikenang !

Ghazali said...

Memang benar, inilah ludahan yang paling teruk kena tepat kepada muka pemimpin-pemimpin PAS sama ada di Selangor atau pun di mana-mana negeri di Malaysia dan juga PAS peringkat kebangsaan.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih