Tuesday, January 31, 2012

Kata-kata Pakteh semakin menjadi kenyataan... apa kata PAS Kedah?

Sejak awal Pakteh menulis, sering Pakteh usulkan agar PAS meninggalkan Anwar. Sejak 2008 lagi Pakteh usulkan perkara ini kerana Pakteh telah nampak kesannya kepada PAS sekiranya Anwar dibiarkan terus menguasai PAS.

Apa boleh buat, sebagai blogger ahli UMNO yang memang menulis pun bertujuan mempertahankan UMNO dan menjatuhkan PAS, usul Pakteh dipandang enteng apatah lagi status Pakteh yang hanya kais pagi makan pagi dengan menebang buluh.

Bagi Pakteh, meninggalkan Anwar bererti menjauhkan diri dari DAP. Sejak awal Pakteh telah nampak hasrat Anwar memperkudakan PAS. Buka mata hati dan nilaikan sendiri apa dah jadi dengan PAS

1. Ahli PAS paling ramai dalam pakatan haram PAS, PKR dan DAP namun mengapa bukan Tuan Guru Haji Hadi yang diangkat menjadi Ketua Pembangkang? Yaa...PKR ada ahli parlimen teramai...eh eh...itu dulu..kini DAP paling ramai...Ini bermakna, ianya bergantung kepada semangat setiakawan PR. Jadi....mengapa dipilih Anwar?......Bukan Hj Hadi?

2. Berapa banyak cabang dan ranting PKR ada? Berapa tenaga sukarela yang PKR ada? Percayalah....segala usaha yang menggerakan aktiviti ceramah dan perhimpunan diperah keringat unit-unit dalam PAS. Segala-galanya diperkudakan tenaga PAS namun siapa dapat nama?. Anwar..Anwar..Anwar....yaa..Anwar

3. Jika ahli PAS paling ramai, mengapa ahli parlimen PKR yang menjadi majoriti?. Kerana Anwar bijak memperbodohkan PAS untuk meletakkan calon ditempat yang sesuai. Mengapa PAS tidak menuntut 2/3 kerusi parlimen PR diserahkan kepada PAS?. atau...agihan kerusi mengikut jumlah ahli. Tapiiiii biar ahli yang betul la.....PKR ni mana ad aahli betoi........ahli atas kertas ja....ini berbeza dengan PAS yang ahlinya boleh dikenalpasti.

4. Sejak berkawan dengan Anwar, Mat Sabu diangkat menjadi Timbalan Presiden, tokoh profesional agama disepak terajang keluar. Apakah ini pilihan hati nurani ahli PAS atau terbawa-bawa dengan ideologi Anwar yang bijak mempromosikan imej Mat Sabu tanpa disedari ahli PAS. Apakah imej Mat Sabu memberikan mesej aura yang baik untuk mengangkat PAS menjadi wadah terbaik pilihan rakyat?. Sebenarnya tidak tetapi menjunam jatuh ke paras terendah dalam sejarah perjuangan PAS.

5. Sejak berkawan dengan Anwar, PAS bukan lagi memperjuangankan Islam tetapi mengikut bontot Anwar yang dipegang telinganya oleh DAP melalui Ketua Peguamnya Karpal Sigh. Anwar menjadi boneka DAP dan PAS mengikut bontot Anwar....amat malang apabila Islam ingin diserahkan kepada PAS. Amat menghairankan PAS menjadi juara menyokong kalimah Allah oleh kristian dan pelbagai lagi benda pelik berlaku kepada PAS sejak dibawah kekuasaan Anwar.

6. Mengubah hala tuju PAS dari memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan merupakan titik tolak kepada keyakinan Pakteh bahawa PAS kini sudah hampir 100% dikuasai Anwar. Ahli-ahli biasa mungkin tidak sedar.  Hanya beberapa kerat panglima dalam PAS yang sedar termasuk Presiden PAS namun apakan daya, tangan terikat mulut terkunci kaki terpaku badan membeku lidah kelu. Itulah rekod terburuk pernah dibuat oleh PAS sehingga ahli biasa yang berjuang mati-matian demi Islam terasa diperbodohkan.

7. PAS sendiri terasa bodoh apabila terpaksa menyokong Anwar dalam isu serbuan ke gereja. Jika tidak bersama Anwar, PAS pasti akan meraih laba yang besar dari perjuangan suci Hassan Ali. Namun apakan daya, Anwar lebih berkuasa dalam PAS maka, tindakan Hassan Ali dilihat salah.

8. Pas amat sakit hati apabila dipijak kepalanya oleh Azmin Ali. Bagaimana budak hinggusan yang diangkat menjadi Timbalan Presiden berhak menyergah dan mengarah PAS agar memecat Hassan Ali. Ali PAS seluruh negara terkejut besar apabila hanya dengan sergahan kecil, PAS menurut seperti budak kecil lantas memecat Hassan Ali.

9. Terkini, Dakyah Anwar mula bermain-main di Kedah bilamana Ostat Azizan pula yang diserang. Jika diselami secara mata hati, mana mungkin ahli PAS akan menyerang seorang yang bertitle Ostat apa lagi kini bergelar Menteri Besar. Pakteh amat pasti, mainan ini bertujuan mengurangkan pengaruh Ostat Azizan di Kedah lantaran itu sekiranya Kedah masih ditangan PAS, boneka yang setia 100% kepada Anwar akan naik mengisi kerusi MB.

10. Akhirnya....apabila Anwar nak ubah undang-undang lapuk agar kumpulan LBGT bebas beraksi, PAS hanya mampu menunduk kepada dan menyokong Anwar. Tidak ada seranah kasar attau caci maki kepada Anwar. Minggu ini apabila secara terbuka Anwar menyokong Israel.....PAS hanya mampu komen dari jauuuuhhhhh....itupun Ketua Pemuda bagi sipi-sipi dan malu-malu...eh eh...timbalannya pula tidak percaya.

Kerana itu tuan tuan dan puan puan.....

Pakteh menentang Anwar bukan kerana namanya Anwar
Pakteh menentang Anwar bukan kerana partinya PKR
Pakteh menentang Anwar kerana susuk tubuh inilah perosak bangsa
Pakteh menentang Anwar kerana susuk tubuh inilah pengadu domba
Pakteh menentang Anwar kerana susuk tubuh inilah raja segala boneka

Kita tidak perlu masuk DAP untuk mencari bala
Kita tidak perlu sokong Israel untuk mendapat derita

Cukup dengan menyokong ANWAR.....pasti kehancuran akan segera tiba kerana...
Dalam Anwar ada DAP
Dalam Anwar ada Israel

PAS Kedah....masih nak taat dan taksub dengan Anwar?

4 comments:

Anonymous said...

Ahli-ahli biasa pun dah sedar sekarang, cuma tunggu masa saja untuk bagi undi prorest dlm pru13 ini. Cuba banding berapa ramai org yg memakai kopiah puteh skrg dg 5 thn dulu mithalnya. Mereka sebenarnya tidak lagi bangga hendak menonjolkan diri mereka sebagai penyokong PAS oleh sebab2 yang Pak Teh nyatakan di atas.

Calon Bebas said...

Pak teh;

Melayu tak hilang kuasa kerana pengundi Melayu hampir 60% drp keseluruhannya.

Yang hilang kuasa kuasa ialah UMNO atau PAS.

Kenapa kalut-kalut.Biar kerusi Parlimen/DUN dimiliki Melayu.Disitulah bentuk sebuah kerajaan.

Anonymous said...

PRU 13 nanti.kita tengok sapa calon dulu.parti no 2.

kalau calon pun kelabu asap kaki betina kaki judi balun bini orang kaki songlap takpayah lah kot.

p
arti sudah tak penting lagi.

tok teh

Pakteh said...

Walaupun 60% pengundi adalah Melayu, namun tetap terpecah dan majoriti pengundi Melayu ini dari UMNO dan PAS. Jika terpecah...siapa yang lebih layak memerintah?

Kualiti calon diutamanakn namun parti yang diwakili juga penting. Apa guna calon hebat tapi ketua umumnya dan umum awal-awal akan sokong Israel.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih