Monday, January 16, 2012

Pendedahan PAS Sik....penceramah tahap bakul sampah

Entah dimana silapnya, di kawasan Sik yang mempunyai Ketua Penerangan Peringkat Negeri, ceramah di bangunan Pas hadapan Kompleks Tabung Haji Sik pada 13 Januari 2012 menjadi begitu memualkan. Pakteh tak kisah kalau di nak pi pemuhong rakyat di tempat lain tapi kalu mai depan umah Pakteh kemudian nak putar sana sini, Pakteh rasa sakit hari jugak. Sepatutnya Ketua Penerangan Pas Negeri membawa penceramah yang  baik dan bagus untuk kawasan Sik, barulah rakyat Sik mendapat maklumat yang baik dan berkesan. Jangan dok berkira sangat soal politik dalaman hangpa tu...Pakteh tau la tempat tu Group Cikgu Uda punya tapi apa salahnya demi rakyat Sik, cari penceramah yang boleh buat penjelasan tentang segala isu dengan tepat dan betul.

Pakteh nak tergelak pun ada, sakit hati pun ada, kesian pun ada. Isu RM500 yang Kerajaan (dibawah pemerintahan BN) berikan kepada rakyat dijadikan topik pilihan. Disaat rakyat sedang ternanti-nanti subuh menjelma untuk menerima RM500, penceramah Pas pi dok muhong kata ada rakyat kena bayaq RM50, RM30, RM 20 untuk dapat borang. Kerajaan dah kata borang tu free.....

Untuk makluman tuan tuan dan puan puan....di kawasan Pakteh pun dengar ceritanya ada juga yang sanggup bayar RM5 untuk dapatkan borang. Sapa tu????.....hehehe...ahli PAS yang malu-malu kucing kononnya tak mau terima wang pemberian BN. Duit RM500 tu untuk rakyat.....bukan untuk ahli UMNO sahaja....disediakan oleh kerajaan yang kebetulannya BN. Betul-betul pusing punya PAS daaaa....

Penceramah tu jugak dok pusing kononnya Kerajaan BN susahkan rakyat kerana perlu isi borang untuk dapatkan RM500. Oiiiii...ingat ni zaman Hang Tuah ka sapa-sapa pun bulih ngap....sekeping borang yang terlalu mudah dan dibantu oleh pelbagai agensi untuk isi pun hang bising.....takdak isu cakap takdak isu....jangan dok mai pemmuhung orang Sik...tak kisah la sapa yang dengar tu Pas ka UMNO tapi orang Sik.

Kalau nak ungkit bab borang ni.....bukan ka PAS dok JAJA BORANG kot kawasan GULAU baru baru ni. Ladang Rakyat..eh eh....Borang untuk dapat tanah.......erm...apsal kena isi borang?...bagi ja la pada sapa yang nak....
Betul-betul pusing punya penceramah......Cikgu Uda...lepas ni jangan dok bawak mai penceramah lagu tu...buat malu orang Sik ja...

Eh eh....ada lagi.......15 Januari 2012....ramai yang dah terima baucer RM500...uih....mana nak letak muka ni....? Lain kali..kalau perkara baik tu...terima ja....itu duit rakyat yang dikembalikan kepada rakyat. Bukan duit UMNO...bukan duit BN.....terima ja....hehe

p/s: Dok cari sapa la yang sanggup bayaq RM50 untuk dapat RM500....tapi x jumpa lagi.

2 comments:

Anak Bukit Hijau said...

Assalam.

Belah Sik tu ramai juga yang layak terima BR1M RM500.

Kalau sehelai borang dapat RM50, tentu lumayan tu.

Belah kawasan aku "depa" kata jangan ambik, rasuah, haram.

Tapi aku tengok "depa" yang awal-awal cari dan serah borang

Anonymous said...

Pakatan Rakyat bila nak bagi kondom, ky jelly, ubat kuat utk penyokong mereka seluruh negara?

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih