Thursday, December 9, 2010

Edisi Najib:!! Calling untuk Bashah dan KJ



Ketika sedang asyik menatap wajah makteh sekitar jam 11.00 malam, seorang sahabat menghubungi pakteh. Katanya Betoika?....aik..tu nama blog pakteh...apa yang betoi? tanya pakteh....

Menurut sahabat pakteh...dari suara atasan UMNO sudah mengesahkan bahawa Ketua Perhubungan UMNO negeri sudah SAH milik Bashah dan yang akan menolongnya Mukhriz. Katanya lagi 28 Disember 2010 ni Najib akan umum perkara tersebut. Sambil ketawa sahabat pakteh kata.."elok la tu...orang bodo jadi ketua orang cerdik...". Entah apa maksudnya pakteh pun tak tau...

Pakteh kata takkan Mukhriz nak balik mai Kedah jadi penolong pengawas ja?. Pakteh kata lagi...Kalu Mukhriz balik mai Kedah ni...rakyat memang syok tapi dia pasti kena kepak/pangkaih/cantaih sampai mampoih. Pakteh dok nampak kalu Mukhriz balik jadi Pengawas ka penolong pengawas ka...nasib dia mungkin seperti dijangka. Cuma sinar yang diharapkan adalah manis mulut dari Kebanyakkan Ketua yang mengakui bahawa mereka orang Mukhriz (dalam pemilihan yang lalu).

Bila buka blog pagi ni, terbaca pulak blog Azli Shukri yang menulis tentang KJ bakal jadi Menteri penuh dan kemungkinannya di KBS. Dalam bab KJ ni, baca la ulasannya di blog2 lain yang Pro BN. Insyaallah. kata hati pakteh senada dengan kebanyakkan blog tersebut. Gambar di atas ni sebagai langkah awal KJ untuk menghidupkan dunia anak muda...

kata pakteh: betoika?....betoi la kot kalau dah KJ sanggup jalan ke parlimen dan beraksi ala2 brad pit atas stage tu..

10 comments:

Lie Bistari said...

Dalam UMNO memang ramai yg bodo pun.....tapi depa pandai cari duit.Bila ada duit baru kemas jadi ketua.Kalau tak ada duit tak payah gebang lah.Tak ada duit dalam umno ulat taik pun tak mai dekat.Yang pandai ada juga .Tapi bodo juga sampai kena pancung rapat.Itulah kisahnya dalam parti kesayangan ku hari.Ada duit jadilah ketua.Tak ada duit faham sendiri.Yang paling terok ialah kumpulan bulok duit.Rosak parti tempat bangsa melayu berteduh.

Pakteh said...

Lie Bistari:

Dalam apa keadaan pun UMNO masih lagi parti terunggul untuk membela bangsa Melayu. Memang ada yg bermatlamatkan duit tetapi masih ramai lagi yang berjuang dan berkhidmat secara ikhlas.

Keikhlasan itu yang mempertahankan UMNO sehingga kini. Bab yang kebuloq duit dan kaki bodek n mata duitan tu...mana2 parti pun ada dan parti UMNO memang tidak terkecuali.

detguaq said...

Kalau itu sudah keputusan najib, aku tidak pakssa kepada orang lain, tapi aku kena terima dan kemudiannya fokus dng PRU13 nanti. Aku kenalah sokong UMNO Kedah dan berharap serta berdoa supaya gandingan ini boleh mengubah nasib UMNO/BN sehingga dapat merampas kembali negeri ini dari pemimpin yang chengey lagi peghongoih.

Pakteh said...

Det
Apa yang pakteh dengaq tu tak semestinya betul cuma sekadar 1 info dari beberapa info yang masuk ke telinga pakteh.

apapun keadaannya..kita tetap lagu ni jugak...UMNO dulu kini dan selamanya..

Anonymous said...

betuika.. aku kurang yakin la ngan Mat Bashah ni... Sbb bila die bagi komen pun org lain boleh gelak...Tgk die bagi komen pasai MAIK, nak saman pasal pembalakan haram.. semua tu last2 kena atas muka die sendiri.. erm.. alamat susah la UMNO nak amik balik KEDAH pada PRU13 nnti..

pak su said...

Pakteh..Dato Najib tahu lengkap apa yg sedang berlaku UMNO Kedah>Dia pun pikiak habis dah.Pemimpin UMNO tak payah dok berlakunlah.Pertama kehendak Ketua Bahagian yg ada kepentingan peribadi.Kedua kehendak kepala orang ramai dan rakyat yg nak beri undi.Bila dia campor tolak tunggulah keputusan nanti.Cuma yg mana keutamaan Dato Najib nak ikut.Selera Ketua Bahagian yg banyak khaplah ke atau selara rakyat.Hantam sajalah Dato Najib yg mana elok pada kehendak nya.Yg arif dengan Kedah ini rakyat sahajalah.

Dot said...

assalamu'alaikum pakteh,

det,

kalau betoi, nampak gaya kena ghondoi jugakla umno kedah dgn perlantikan ni. betuila kata kawan pakteh tu..yg bodo pimpin yg cerdik! jauh beza bashah dgn mukhriz...

*awat aku tengok bashah seghupa ja tubuh badan dgn dato johari ha? depa ada kaitan ka? satu lagi nak seghupa jugak dgn mb selangor, khalid...

Pakteh said...

Anon 22:01, Pak su, Anti Bohmau:

Harap-harap DS Najib memilih kehendak rakyat, Bab orang kata dah sah tu...seperti pencalonan PRU la..selagi tak dipilih sebagai calon pada hari penamaan, boleh harap tapi tak boleh yakin...Last minute boleh berubah siapa sebenarnya Ketua...

tikus kasturi said...

Konpom dah hai Bashah.Hangpa dok heran apa.Dia orang harapan PM hangpa tau tak.Yang lain kebanyakan orang KJ.

Pakteh said...

Tuan Tikus Kasturi:

Memamg ramai orang KJ, sebab tu akar umbi termasuk Pakteh melihat Mukhriz adalah pilihan terbaik.
Walau dah disahkan tapi belum dumumkan. Soal orang harapan PM tu...ehtahla...sapa yang kata lagu tu..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih