Monday, December 27, 2010

Edisi Panas: Rombakan Kabinet hari ini... !!!!

Pakteh terjaga awal tadi...jam 4.30 pagi..selepas subuh bari sambung semula mimpi indah...mimpi Malaysia belasah Indon di gelora bung karno..

Dalam asyik dibuai mimpi...ada panggilan masuk...kalau setakat ajak minum pakteh dah tak layan. Tapi selepas salam terus berbunyi...rombakan kabinet hari ni...Ketua Perhubungan UMNO negeri pun hari ni...terus hilang mengantuk...

Pakteh nak kata tipu...banyak berita dari nombor panggilan ni adalah tepat...lagipun hanya beberapa hari lagi nak masuk tahun baru, DS Najib dah janji sebelum tahun baru Ketua Perhubungan Negeri di beberapa negeri akan dapat ketua baru.

Bila soal kabinet pula...pakteh teringatkan Ketua Pemuda...alahai..apalah nasibnya. Begitu juga menteri yang jaga penerangan...kalau setakat didesak oleh rakyat baru nak tunjuk bola live jam 8.00..bermakna menteri ni dah gagal menyelami kehendak rakyat. Sepatutnya kalau menteri tu lebih muda...pasti menyedari rakyat ingin menonton bola tepat pada masanya..bukan selepas didesak...

Pakteh juga teringatkan harga minyak Ron 95 yang dijanjikan takkan naik tahun ni tapi tiba-tiba naik 5 sen. Begitu juga menteri yang jaga ISA...orang dah kata Isamudin Suka Amaran (ISA). Isamudin lebih cemerlang di tempat lain....badan dah tinggi, elok cuma lembut dalam action.

pakteh nak sambung tidoq..hari ni pakteh cuti...nak temankan makteh selesaikan beberapa urusan dia...
apapun..tidoq pakteh lebih nyenyak selepas Malaysia kalahkan Indon....Tahniah Malaysia kerana berjaya maling 3 gol dari Indon...

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih