Friday, October 7, 2011

UMNO Kedah menang 100% part 3

Sambungan part 3 ni dah kira terakhir la kot, mungkin ya mungkin tidak.

Jika dilihat betapa dasyatnya pemerintahan Pas di Kedah, UMNO/BN dari awal lagi boleh menang besar. Sebaik sahaja Pas menang di kedah, mereka telah mencorakkan warna kekalahan cuma UMNO/BN lambat pickup disamping isu kepimpinan Paklah&KJ yang lebih kuat bermain dalam kotak akal ketua Bahagian dan gerombolannya. 2008 dihabiskan dengan percuma untuk menjatuhkan Paklah walaupun Pakatan Haram pembangkang telah menjatuhkan Paklah&KJ.

2009 lebih teruk jadinya apabila berbunuhan karektor demi kelangsungan jawatan samada di peringkat Cawangan, Bahagian, maupun Pusat. Natijahnya...Pas yang nazak selepas PRU12 mendapat antibodi yang memberikan sedikit kelegaan. Perubahan karektor dari Paklah kepada Najib dan kekalutan menyusun orang2 aku dan orang2 hang di semua peringkat membuatkan 2009 terlepas begitu sahaja.

2010 mungkin dianggap permulaan untuk bertindak terutama dalam kes Kedah, sayangnya UMNo Kedah lebih sibuk menyusun sapa nak jadi Ketua Perhubungan UMNO negeri dan itu sahaja sudah cukup membuang masa sehinggalah akhirnya AB dan MM dipilih. Ironi kepada perlantikan mereka berdua ialah kelihatan sedikit pergerakan untuk melumpuhkan Pas, cuma jika diusahakan lebih awal, Pas mungkin sudah tidak mampu mendapatkan antibodi lagi dan terus mati.

Diperingkat akar umbi, usaha menawarkan pilihan terbaik dari UMNO berbanding Pas terus berjalan dan ada cawangan yang secara aktif berbuat demikian. Pakteh percaya, jika tidak ada isu besar yang melanda UMNO di Kedah, Pas pasti tumbang. Biarpun maskaz Pas semakin berseri, biarpun kompleks pas semakin indah....ianya hanya menggambarkan luaran, hati nurani ahli pas dibawah begitu tertekan malah tertanya-tanya apakah Pas masih relevan dalam arus politik masakini. Ini dari kalangan yang ingin berfikir...bagi penyokong totok berdarah hijau.....mati idup balik 20 kali pun....mereka tetap pangkah pas....lupakan puak ekstrim ini.

Pakteh masih menunggu faktor x atau booom faktor yang benar2 menjamin kata2 Ahmad Bashah bahawa UMNO/BN akan sapu bersih Kedah dalam PRU13.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih