Monday, August 8, 2011

Ramadhan -- Terjebak

Ramadhan – Terjebak

Ramadhan sering bertandang saban tahun. Mugil dan menggairahkan menanti kedatangannya malah sering aku terpanggil untuk turut serta menyambut kedatangan Ramadhan. Bukan tidak pernah melihat Ramahan berlalu namun kali ini terasa kelainannya. Mungkinkah Ramadhan kali ini memberikan petanda petaka kepada penunggu setianya atau sekadar satu perasaan polos terikut-ikut dengan rentak tari iklim semasa di bumi berpijak ini.

Terpana tanpa bicara melihat laporan wacana minda memaklumkan ada umat Melayu Islam sanggup berteduh di gereja semata-mata demi kelangsungan hidup. Ini bukanlah yang pertama, aku amat percaya malah sudah sebati mainan catur gerombolan yang hidupnya hanya mahu merosakkan Islam. Bukankah telah terpalit sejarah hitam kejatuhan Melaka, Indonesia dan Filipina?. Agendanya mungkin kemewahan dunia namun betapa rakyat menurut kemahuan agama gerombolan ini sehingga gereja menjadi tempat sejarah yang perlu dilawati ketika menyentuh bumi Melaka. Jika itu sejarah lama untuk direnung oleh makrifat minda yang tersedia lemah,

Ingati semula tuntutan IFC yang benar-benar melukakan. Luka itu lebih perit apabila ada umat Islam sendiri yang turut memperjuangkannya. Bukankah pelik apabila IFC inginkan anak-anak Islam tidak diiktiraf keislamannya sehingga berumur 18 tahun?. Tidak terfikirkah kalangan umat Islam yang menyokong ini apa jadi dengan anak yang lahirnya tidak diazankan atau diqamatkan?. Sudah besar panjang anak lelaki Islam itu, masakan tidak dikhatankan? Mana mungkin anak yang umurnya sudah melebihi 18 tahun baru diberikan Nur Hidayah untuk mengenal Allah?. Jika Al-Quran diajar sejak kecil pun masih tergelincir nilai moralnya, mana mungkin dapat diatasi sementelah menunggu umur 18 tahun. Bukankah sebelum 18 tahun lagi ramai anak yang telah khatam Quran, yang tahu mandi junub, yang tahu bersembahyang, yang tahu aurat itu haram. Masakan semuanya harus bermula seusia 18 tahun?. Mengapa terlalu baghal untuk menyedari jarum halus yang dicucuk ini? Sudah bebal sangatkah kalangan umat Islam yang menyokong IFC ini?

Serbuan JAIS di sebuah gereja diawal ramadhan benar-benar menginsafkan. Entah sudah berapa banyak umat Islam Malaysia ini dikristiankan. Kristian tidak perlu lagi menggunakan NATO atau sebarang tindakan ketenteraan untuk menjajah Malaysia kerana dengan kemiskinan, umat Islam dengan mudah dipesongkan. Memang salahnya ramai umat Islam yang kaya-raya terleka dengan kemewahan lantas terasa kotor memandang insan seagama yang bergelandangan. Insan kotor ini akhirnya dikutip atas nama ehsan namun agenda besar yang menanti adalah begitu bobrok dan memualkan.

Ramadhan yang sepatutnya memberi ketenangan kepada aku kini berbaur-baur. Perasaan tidak senang dengan gelagat kotor dan jijik politikus yang sanggup meratah daging insan seagama demi sejemput dokongan. Amarah yang membuak-buak terbit dari kesemat dendam kepada gerombolan yang menjadikan agama sebagai mainan malah dipertaruhkan seumpama perjudian. Tidak pernah tercatat pakar judi sentiasa menang dan dikala itu, agama setakat dipinggiran perca kain yang dibungkus untuk dibuang oleh lahanat agama. Inilah pelacur agama yang jasadnya hanya memikirkan dokongan dunia semata-mata. Aku akui UMNO ada banyak salahnya namun kesilapannya lebih mudah diperbaiki dan diperelokkan. Aku suka akar umbi PAS yang ikhlas berjuang namun kelibat totok yang busuk lagi membusuk kini merajai takhta kemudi PAS dan amat sukar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan dunia dan akhirat.

Parti yang asalnya memperjuangkan Islam kini hanya inginkan Kebajikan dan membiarkan rakan haramnya berbuat sesuka hati tanpa menoleng kepala menangkis kata. Arak yang dimarah sanggup dipohon kemaafan dan kini aku menanti akhiran kepada serbuan di gereja. Layak benarkah PAS merajai agama atau sekadar polemik kotor semata-mata. Sejarah lama mengukir bayangan, PAS hanya akan menurut malah mungkin menunduk mengikut sahaja. Aku menerima adat berpolitik dengan relahati tetapi aku merengus dengan kepalsuan yang dimomokkan sehingga Agama hampir tergadai.

PKR diambang kehancuran namun aku lebih benci dengan parti ini yang ingin membawa kehancurannya bersama dengan keruntuhan sebuah Negara. Bolehkah seorang rakyat yang cintakan agamanya sanggup berterusan memburukkan Negara dimata dunia malah seringkali berdusta dalam berbicara. Mengapa terlalu suka menipu dan memberi berita palsu sedangkan keadilan menjadi wacana sepanjang waktu?.

Adalah tidak mustahil PAS dan PKR kini menjadi alat kepada agenda menghancurkan Negara. Jika agama rasmi Negara boleh dihina sedemikian rupa, apa jadi jika Putrajaya dihuni oleh lain agama?. Sanggupkah melihat anak muda berumur 18 tahun keatas boleh layak ke masjid?, bagaimana jika bertudung tidak dibenarkan? Bolehkah memikirkan sembelihan cara Islam itu tidak dibenarkan?. Apa jadi jika anak kecil tiada lagi status agamanya?.....Aku tak mampu menjawab kerana apa yang dicari oleh PAS kini terlalu jauh dari apa yang terzahir. AKu hanya kasihan melihat akar umbi berjuang secara ikhlas hati tetapi tanpa sedari mereka sekadar boneka mainan pemimpin sendiri.

1 comment:

Non ulu sik said...

Suara PAS adalah suara DAP.Suara Dap adalah suara PAS.Puak PAS di kg mana faham.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih