Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan--bulan mensucikan diri

1 ramadhan / 1 Ogos
Pakteh sambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini dengan suasana yang berbeza. Kesihatan yang kurnag memuaskan. Jarang Pakteh tertinggal untuk bersolat tarawikh pada malam pertama tapi tahun ini, tarawikh berlalu dengan hanya kedengaran imam membacakan surah penuh kesyahduan. Indahnya bacaan imam tahun ini dengan lenggok yang benar-benar menusuk kalbu. Malam kedua..masih sama, Pakteh masih gagal untuk berkunjung ke Masjid yang jaraknya hanya sekitar 100 meter dari rumah. Mujurlah badan masih bertahan untuk berpuasa pada hari pertama namun derita tidak dapat makan ubat begitu perit. Baiknya kata alim ulama, kesakitan itu menjatuhkan dosa-dosa kecil dan mungkin sambutan ramadhan kali ini diberikan sebegitu kepada pakteh.

Diakhir Syaaban, kampung2 dalam mukim Sok dan sebuah pusat pengajian di bandar hilir menerima kunjungan Presiden kerabat diraja Kedah. tujuannya murni iaitu memberikan bantuan sempena ramadhan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Syukur Alhaldulillah. Semalam pakteh terbaca di TV1 Persatuan Kerabat Diraja Kedah menyumbangkan kurma untuk seluruh masjid dalam daerah Sik. Mengapa Sik?...Mungkin ini masih awal kerana daerah2 lain akan sampai gilirannya kemudian.

Cuma jika dibaca mengikut suhu politik, Presiden Persatuan Kerabat Diraja Kedah secara berterus terang ingin menjadi calon di Sik....

Betoika?....blog pakteh pernah mengulas isu ini...

ramadhan bulan yang mulia...penuhilah ia dengan amalan yang bersyair kejujuran

3 comments:

paktam@ said...

>semakin hari..umur kita semakin susut???...masa untuk menyedut oksigen semakin kurang
>semua org rasa mcm tu...kecuali sapa2 yg rasa nak tongkat langit !!!
>so jgnlah kita dok fitnah-memfitnah..apatah lg sesama Islam.
>jgn la kita bertuankan org bkn islam sebagai pemimpin selagi dikalangan kita sendiri masih ada yg lebih layak
>jgn dok kata kita saja yg betoi..hak org lain buat semuanya salah

>selamat menyambut dan berpuasa dalam bulan yg penuh barakah ini!!

Pakteh said...

sama2 la paktam....

paktam@ said...

>dengaq kata ostad azizan masuk ijn...
>sama2 kita doakan..semoga beliau sihat kembali...amin

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih