Wednesday, June 4, 2014

Jangan tersilap ramalan, Dyana boleh menjadi Samsiah Fakeh


Ramai rakan meramalkan Dyana akan terkulai layu sebaik mencapai kemuncaknya. Dyana akan mudah dipatah-patahkan. Dyana akan berpaling dan mencari kelangsungan hidup melalui UMNO. Benarkah begitu?

Mengapa terlalu memandang rendah jiwa seorang perempuan?. Lupakah dengan "Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia" "Disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya" Malah sejarah membuktikan hati wanita menjadi begitu kuat dan kebal apabila terdesak dan didesak.

Sejarah mungkin berulang. Apalah sangat pedoman dari UiTM untuk Dyana berbanding Samsiah Fakeh yang menerima ilmu agama di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Jika samsiah Fakeh yang dilihat mempunyai jiwa Islam yang lebih kental, tertarik dengan ajakan Komunis,  Dyana yang hidupnya bermewah dengan kesenangan Ibu, sudah pasti mudah dibeli jiwanya oleh DAP. Namun yang lebih penting, wanita yang berani menongkah arus pasti mempunyai "sesuatu" yang sangat kuat dalam dirinya. Samsiah Fakeh sudah teruji dengan segala macam cabaran yang lelaki sendiri tidak mampu hadapi....Malaysia moden kini akan perlu menghadapi seorang lagi wanita yang keberaniannya belum teruji namun sudah ada ciri-ciri itu melalui pengamatan di PRK Teluk Intan.


Jawatan Dyana dalam DAP tidak jauh bezanya dengan jawatan Mohamed Razali Abd Rahman yang membuat pendedahan tentang DAP sedikit waktu dulu. Dyana sudah pasti akan melalui pengalaman yang sama dan akan dikaderkan untuk menjadi pejuang DAP yang sejati. Dyana akan lebih berbahaya dari Mohamed Razali kerana Samsiah Fakeh sudah membuktikannya. Masa akan menentukan telahan ini betul atau salah
Dipihak UMNO? siapa yang ditonjolkan? 
PKR mempunyai Nurul Izzah dan DAP mempunyai Dyana........UMNO? Mengapa Puteri begitu longlai selepas Azalina?. Bersediakan puteri-puteri UMNO untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dan Dyana?. Buat masa ini, Nurul Izzah jauh kehadapan dan Dyana sedang belajar untuk mengekori Nurul Izzah....Puteri UMNO sekadar memerhati langkah Dyana tanpa ada usaha untuk turut mengejar. 

Tuesday, May 13, 2014

Hot ! Memalukan...!! Apapun alasan, rakyat marhain lebih bermaruah

Baru sehari Pakteh menulis tentang pahit getir rakyat bawahan meneruskan kehidupan dalam persekitaran harga komoditi yang merudum dan harga barangan meningkat. Semalam UMNO dan negara dikejutkan dengan perletakan jawatan bekas MB Terangganu dalam apa sahaja jawatan dalam UMNO.

Khabarnya....hanya kerana kenduri anak, Ahmad Said berpatah arang dengan UMNO. Pakteh sebenarnya tidak bersetuju dengan peralihan kepimpinan di Terengganu dalam situasi UMNO tidak kuat malah adanya pergolakan dalaman namun tindakan menikam UMNO yang selama ini memberi beliau segala kemewahan pangkat, harta dan darjat....tindakan ini memualkan.

Darjat rakyat bawahan lebih tinggi berbanding beliau....

Rakyat bawahan telah lama mengimpikan membeli ikan kembung tanpa mengeluh kekurangan duit. Keluhan ini sekadar keluhan kepada pemimpin tanpa terdetik untuk keluar dari parti yang selama ini menaungi rakyat.

Itulah hakikatnya jika perjuangan bukan berlandaskan kepada keinginan membantu rakyat. kesilapan membuat keputusan mungkin berlaku diperingkat pusat tetapi kini, keputusan itu adalah tepat kerana selama ini Terengganu sekadar mempunyai MB yang tiada nilai kesetiaanya pada parti.

Monday, May 12, 2014

Mesorat Cawangan: Mana perginya denyut nadi rakyat?

Alhamdulillah
dalam kesibukan menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan...sempat juga menghadiri mesyuarat UMNO cawangan pada minggu lalu. Apa yang berlaku dalam mesyuarat biarlah tercatit dalam agenda namun apa yang pakteh ingin kongsikan ialah beberapa perkara penting yang perlu membuka mata banyak pihak.

Ketika membuat ucapan penagguhan, seorang ahli yang tidak ada jawatan di peringkat bahagian, diperingkat negeri apatah lagi diperingkat negara melontarkan satu keluhan berat. Beliau bertanyakan kepada ahli mesyuarat bagaimana Putrajaya dipertahankan dalam PRU13 yang lalu?. Beliau bertanyakan kawasan mana yang memberi undi kepada UMNO/BN agar BN terus bertahan di Putrajaya dan Presiden UMNO terus menjadi Perdana Menteri.

Agak mudah untuk menjawab persoalan ini kerana kebanyakan kawasan kampung yang majoritinya Melayu memberikan undi kepada UMNO/BN. Kawasan yang pesat membangun malah dianggap maju secara jelas menunjukkan  sokongan yang jitu kepada Pembangkang. 

Ahli yang bertanya tadi terus mengutarakan soalan, jika orang kampung yang daif ini yang memberikan undi kepada UMNO/BN, mengapa kini apabila menjadi pemerintah dan bergelar Perdana Menteri, kawasan yang menjadi pembangkang diberikan limpahan kemewahan dan orang kampung dibiarkan melarat?. Beberapa projek mega kerajaan pusat lebih terarah kepada kawasan PR dan orang kampung hanya menelan liur. Secara lebih dekat beliau memberikan contoh SIDAM di Kedah yang dimenangi Pembangkang, menerima projek PRIMA dan sudah pasti ada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. 

Pertanyaan ahli umno tadi lebih kepada mengadu nasib berkaitan harga getah yang kini sekitar RM2.00 sekilo. Beliau memaklumkan sudah ada keluarga yang tidak memberikan wang saku kepada anak untuk ke sekolah malah beras juga sudah mula dicatu, apatah lagi untuk merasai ikan kembung yang berharga RM12 sekilo...sudah lama ditinggalkan, INILAH DENYUT NADI RAKYAT, bukannya melancarkan projek yang menuntungkan pihak yang menentang. Wang membayar PEMANDU dan KONSULTAN yang bernilai jutaan ringgit itu ada baiknya digunakan untuk menikkan kembali harga getah. 

Beliau juga mengadu malu dengan rakan-rakan dari Pas yang turut memberi undi kepada UMNO dalam PRU13 yang lalu. Mereka seperti mengejek apabila janji BN untuk memakmurkan rakyat kini berlaku sebaliknya. 

P/S: bagi Pakteh...jika ingin merasa denyut nadi rakyat...ketika inilah.....ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan nilai komuditi yang merudum. 

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih