Monday, May 12, 2014

Mesorat Cawangan: Mana perginya denyut nadi rakyat?

Alhamdulillah
dalam kesibukan menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan...sempat juga menghadiri mesyuarat UMNO cawangan pada minggu lalu. Apa yang berlaku dalam mesyuarat biarlah tercatit dalam agenda namun apa yang pakteh ingin kongsikan ialah beberapa perkara penting yang perlu membuka mata banyak pihak.

Ketika membuat ucapan penagguhan, seorang ahli yang tidak ada jawatan di peringkat bahagian, diperingkat negeri apatah lagi diperingkat negara melontarkan satu keluhan berat. Beliau bertanyakan kepada ahli mesyuarat bagaimana Putrajaya dipertahankan dalam PRU13 yang lalu?. Beliau bertanyakan kawasan mana yang memberi undi kepada UMNO/BN agar BN terus bertahan di Putrajaya dan Presiden UMNO terus menjadi Perdana Menteri.

Agak mudah untuk menjawab persoalan ini kerana kebanyakan kawasan kampung yang majoritinya Melayu memberikan undi kepada UMNO/BN. Kawasan yang pesat membangun malah dianggap maju secara jelas menunjukkan  sokongan yang jitu kepada Pembangkang. 

Ahli yang bertanya tadi terus mengutarakan soalan, jika orang kampung yang daif ini yang memberikan undi kepada UMNO/BN, mengapa kini apabila menjadi pemerintah dan bergelar Perdana Menteri, kawasan yang menjadi pembangkang diberikan limpahan kemewahan dan orang kampung dibiarkan melarat?. Beberapa projek mega kerajaan pusat lebih terarah kepada kawasan PR dan orang kampung hanya menelan liur. Secara lebih dekat beliau memberikan contoh SIDAM di Kedah yang dimenangi Pembangkang, menerima projek PRIMA dan sudah pasti ada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. 

Pertanyaan ahli umno tadi lebih kepada mengadu nasib berkaitan harga getah yang kini sekitar RM2.00 sekilo. Beliau memaklumkan sudah ada keluarga yang tidak memberikan wang saku kepada anak untuk ke sekolah malah beras juga sudah mula dicatu, apatah lagi untuk merasai ikan kembung yang berharga RM12 sekilo...sudah lama ditinggalkan, INILAH DENYUT NADI RAKYAT, bukannya melancarkan projek yang menuntungkan pihak yang menentang. Wang membayar PEMANDU dan KONSULTAN yang bernilai jutaan ringgit itu ada baiknya digunakan untuk menikkan kembali harga getah. 

Beliau juga mengadu malu dengan rakan-rakan dari Pas yang turut memberi undi kepada UMNO dalam PRU13 yang lalu. Mereka seperti mengejek apabila janji BN untuk memakmurkan rakyat kini berlaku sebaliknya. 

P/S: bagi Pakteh...jika ingin merasa denyut nadi rakyat...ketika inilah.....ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan nilai komuditi yang merudum. 

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih