Friday, April 6, 2012

eh eh....baru 3 juta dah diam membisu...camna nak perintah negeri..baik serah kat MB Kola Kedah

Ustaz Azizan harus bertanggung jawab dalam ISU KUIN. Selaku Pengerusi KUIN, beliau seharusnya menjawab persoalan kenapa KUIN boleh berhutang kepada seorang kontraktor bernama Shaik Faisol. Pengambilan pelajar oleh KUIN tidak pernah terjejas. Tetapi Mc difahamkan ada yang tak kena dengan sumber kewangan KUIN sehingga sanggup BERHUTANG, menjejaskan nama baik Universiti terbabit dan memusnahkan perniagaan seorang usahawan bumiputra.

Takkan Ustaz Azizan dan pengurusan KUIN hanya mahu berdiam diri dalam soal ini? Tidakkah ada rasa malu dan tercabar apabila KUIN di SAMAN RM3 JUTA? Mungkin pihak Pengurusan KUIN mahu mengatakan ini semua konspirasi UMNO atau kerja fitnah UMNO yang mahu menjatuhkan reputasi KUIN dan Ustaz Azizan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya?


BACA SETERUSNYA DI BLOG KEDAH KE KL

Buta Tuli kata Azmin....eh eh

eh eh...
Kalau orang lain...boleh
Kalau kena batang hidung sendiri...buta tuli...
betul2 double standard dan tak sedar diri...


rakyat dah nampak..segala tuduhan kepada ahli/parti UMNO/BN dijawab dengan fakta..
Kalau tuduhan terhadap Anwar/Azmin....senyap dan dimakinya orang yang menuduh...

Masih awal Pagi lagi....nanti Pakteh sambung......

Thursday, April 5, 2012

Hahahaha...lawak?....Entah...nilaikan sendiri...

Mazlan Aliman meminta FELDA buktikan bahawa seramai 112, 635 peneroka menyokong penyenaraian FGVH.

Bukankah MAzlan Aliman sendiri pernah mendakwa 10 ribu peneroka membantah penyenaraian FGVH dan ditunjukkan tandatangan peneroka.

Kata Pakteh: Setakat tandatangan, Mazlan Aliman masih gagal membuktikan apa-apa kerana Pakteh sendiri boleh turunkan tandatangan untuk 1000 peneroka atau 10 ribu peneroka.

 Pakteh pernah buat tinjauan dan melihat secara dekat dan khusus, majoriti peneroka mengharapkan penyenaraian FGVH ini menjadi kenyataan. Bukankah kehadiran Mazlan Aliman sebelun ini hanya disambut dengan kerusi kosong?

Memang boleh jadi pelawak ahli pas sorang ni tapi masih belum mampu menghiburkan orang...cuba sekadar menghiburkan hati Anwar jaaa....

Apapun...tidak salah FELDA memberikan justifikasi yang digunapakai untuk mengeluarkan data tersebut. Sekurang-kurangnya...Mazlan Aliman terkantoi untuk kesekian kalinya....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih