Friday, July 4, 2014

YAB DS Najib yang MAHU Akta hasutan dimansuhkan


Akta Harmoni diperlukan untuk mengganti Akta Hasutan 1948. Ia digubal British untuk mengekang komunisme. I
a mengandungi masalah, contohnya tiada definisi jelas tentang hasutan, seseorang terlalu mudah terjerat dan berlaku pendakwaan selektif. Ramai meminta ia dimansuh. Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan yang ia akan dimansuhkan.



Rujukan: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kabinet-kekal-keputusan-mansuh-akta-hasutan-kata-subra


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.
Rujukan:http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-mansuh-akta-hasutan-gubal-akta-keharmonian-nasional-1.65662

Sehubungan itu, rakyat Malaysia jika masih berfikir sebenarnya MKPN sengaja mencadangkan RUU harmoni kepada Kerajaan, mari kita berfikir semula....siapa sebenarnya dalang. 

Lihat juga siapa sepatutnya layak membarisi MKPN

"AHLI-AHLI YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN TERBUKA, JUJUR, IKHLAS SERTA TIDAK CENDERUNG KE MANA-MANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN KUMPULAN TERTENTU"
Inilah sepatutnya ahli MKPN

Tetapi apabila bekas Ketua Hakim Negara mendedahkan sesuatu...bolehkah mereka menerima?


Mereka bukan sahaja menolak malah menghina bekas ketua hakim ini dengan "Sarat emosi dan Prejudis". Inikah sifatnya yang KONONnya terbuka, liberal dan tidak berpihak?. Bolehkah dipercayai dakwaan KONONnya banyak pihak telah ditemui dan menerima pelbagai pandangan?.

p/s: Kata Pakteh.....Najib hapus ISA, Najib juga kini berikrar HAPUSkan akta hasutan. Biar berbaloi dan biar pilih individu yang tepat dalam MKPN.....biar rakyat terima tanpa syak.

2 comments:

Anonymous said...

SEkarang kena buang Najib yang dah sewel tak tahu hendak berfikir....

Anonymous said...

Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat. (ayat boring pd pm)....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih