Monday, September 9, 2013

Busuk lagi membusukkan. Blogger Kedah pro BN di catur pihak luar??

Betul la kata kawan Pakteh, lebih baik terus tebang buluh dari menulis di blog. Terkedu juga Pakteh pada awalnya tanpa memahami maksud tersirat. Rupa-rupanya kawan Pakteh telah boleh membaca bahawa akhirnya dunia blogger juga akan diresapi virus politik yang jijik dan kotor.

Sayang seribu kali sayang, niat suci hati membantu mula dikaburi dengan RM yang melayang kedalam poket atau mungkin sudah tergambar impian menggunung jika berhasil menjadi bos kepada blogger. Jika boleh jadi bos blogger, mengapa terbitnya istilah blogger tidak bertuan?.

Di Kedah, dunia blogger tidak luas dan tidak sukar untuk mencari rakan-rakan blogger yang sealiran. Abaikan blogger haprak PR yang kerjanya mengisi jarum fitnah. Pakteh hanya ingin melihat yang terbaik kepada blogger pro BN yang jumlahnya boleh dihitung dengan jari di Kedah.

Pakteh juga menilai dengan teliti artikel terbaru dari KedahTimes yang secara bersopan menegur golongan tertentu yang menjadikan dunia blogger sebagai sumber rezeki secara kotor. Bagi Pakteh....hanya jauhari mengenal manikam. Tidak perlu ada pihak luar yang mencatur apa blogger Kedah perlu buat. Lebih parah jika ingin menyusun sifulan itu dan sifulan ini perlu berada dalam saf blogger Kedah dan yang ini perlu ditolak kerana tidak sebulu. Pergi jahanam dengan mainan kotor sebegini.

Harus diingat, Blogger Kedah boleh bertuan dan boleh tidak bertuan namun istilah tuan itu jangan ditakrif sebagai DUIT semata-mata. Jika benar hasrat meletakkan seseorang yang tidak dipersetujui oleh majoriti blogger Kedah sebagai ketua, baik lantik tunggul kayu.Mungkin itu lebih baik.

p/s: Beringat sebelum kena....kalau dah terkena...taik pun lebih suci dari yang mengena.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih