Thursday, December 27, 2012

Sik akan memberi kemenangan 100% kepada UMNO

PRU13 tak sampai 150 hari lagi. Bermula dari hari ini hingga 150 hari akan datang, pasti PRU13 akan muncul.

Kawan-kawan bertanya kepada Pakteh, bagaimana dengan Sik yang sering kali beralih arah. Pakteh tidak pasti samada soalan itu untuk menguji Pakteh atau benar ingin tahu status Sik yang kini berstatus 2 (PAS) - 1 (UMNO).

Seperti penyokong Harimau Malaya  yang mengharapkan kemenangan, Pakteh juga memberikan jangkaan yang begitu baik iaitu 3 (UMNO) - 0 (PAS) dengan  undi mojoriti kepada calon meningkat.

Buat masa ini, BN (UMNO) di Kedah adalah pembangkang
Buat masa ini, UMNO di Sik juga pembangkang

Tetapi rakyat sepanjang 4 tahun telah dapat melihat bagaimana UMNO sanggup turun padang membantu rakyat walaupun statusnya pembangkang. Segala permasalahan rakyat diselesaikan oleh UMNO.

Pakteh bawa pembaca blog Pakteh kepada kes di Sik. Bukan ingin mendabik dada tetapi gerak kerja YB Datuk Tajuddin (Belantik) dan pasukannya amat jauh mengatasi YB Parlimen dari Pas dan YB Jeneri. Pakteh fikirkan YB Parlimen Sik mampu menguruskan Parlimen Sik dengan baik tetapi rupa-rupanya rakyat Sik di tipu. Panggilan Cikgu Uda tidak mampu menutup kelemahannya sebagai Ahli Parlimen malah jika hendak dibandingkan dengan Dato' Dr Wan Azmi, mantan ahli parlimen Sik, Cikgu Uda ketinggalan teramat jauh. YB Jeneri usah disebut lagi namanya kerana ada seperti tiada...tiada memang comfirm langsung tidak berbekas.

Keupayaan Yb Tajuddin menggerakan jentera UMNO di Sik untuk menangani setiap permasalahan rakyat boleh dianggap sebagai satu promosi untuk UMNO dan diri beliau sendiri yang Pakteh yakin akan dicalonkan semula.

Cikgu Uda sanggup membiarkan Keli K makan pokok balak dan Pasir di Sungai Pau tanpa berusaha mengelakkan musibah. Persetankan segala pembelaan kosong oleh Setpol MB berkaitan isu ini kerana akhirnya rakyat dikejutkan dengan penebangan hutan balak secara rakus dan zalim di Kedah dengan kawasan tadahan turut diterkam dengan dasyat.

Setiap musibah yang menimpa di daerah Sik, individu yang muncul tanpa mengira kawasan ialah dari kalangan ahli UMNO terutama YB Tajuddin dan teamnya. Rakyat Sik tertanya-tanya kemana perginya YB Sik dan YB Jeneri?.

Mungkin juga PAS telah mengaku kalah awal dan sanggup membiarkan UMNO menang mudah 3-0 di Sik. Pembaca boleh pergi sendiri ke Sik dan tanyakan orang ramai, Siapa YB Cikgu Uda dan apa kerjanya. Tanyakan pula siapa YB Tajuddin, pasti setiap rakyat Sik mengenali individu yang sentiasa tersenyum ini.

Aii.....Pelik benar tulisan Pakteh hari ni. jarang benar Pakteh menulis berkaitan individu dari UMNO seolah-olah mempromosikan calon PRU13.

Ya betul....apa salahnya dalam tempoh 100 hari ini Pakteh promosikan nama-nama yang layak untuk menjadi pemimpin di Sik. Jika bukan hari ini dan esok dan lusa dan minggu depan dan bulan depan, bila lagi? Selepas PRU13?

Soal kerusi mana YB Datuk Tajuddin akan diletakkan, itu bukan kerja Pakteh tetapi YB Belantik buat masa ini dilihat mampu bergerak kehadapan dalam suasana UMNO amat lemah 2008 hingga kini bangkit dan kembali gah.

Nama-nama lain ada tak?.....ada...ramai nama yang sampai ke telinga Pakteh melalui sumber yang jauh-jauh....malah.....kalau nak jangkakan nama-nama calon untuk ketia-tiga kerusi pun boleh. Betoika Pakteh...hehe..mentang-mentang Pakteh ni kerja tebang buluh..hangpa tak percaya...

Depa kata letak sapa pun takpa...bulih menang pasai PAS sekarang sangat-sangat teruk...hahaha....sampai lagu tu jadinya PAS sekarang....

p/s: Marketing Plan kena tau saat-saat 100 hari ni......product hebat tapi promotion kurang...tak guna jugak. 

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih