Wednesday, October 24, 2012

Betoi-betoi putar sigh...

Sedikit petikan dari Malaysiakini tulisan Nigel Aw

"Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit."


Jika anda perhatikan dalam kes ini, tindakan yang diambil oleh sesebuah agensi kerajaan telah mengikut kehendak peraturan.

Jabatan Audit Negara telah melakukan perkara yang betul iaitu
1. Telah mengenalpasti masalah
2. Telah mengenalpasti individu terlibat
3. Telah membuat laporan kepada pihak terlibat

Jabatan Kastam telah melakukan tindakan yang betul iaitu
1. Telah membuat laporan polis
2. Pegawai tersebut telah meletak jawatan

Bukankah itu tindakan yang telah diambil oleh pihak terlibat?

YB DAP itu sendiri hanya mahukan tindakan yang AKAN diambil, tetapi memperlekehkan jawapan yang tepat dan betul. Pakteh faham YB DAP yang tak sedar diri ni mahu tahu apa hukuman yang bakal dijatuhkan?

Pelik...bilamana DAP dan NGO petualang negara kononnya mempertahankan hak asasi manusia sehingga penjenayah pun dibela, alih-alih...mahukan menteri memberikan justifikasi bentuk hukuman yang akan dijatuhkan. Menteri bukannya hakim nak berikan hukuman.

laporan polis sudah dibuat, biarlah polis menyiasat dan sekiranya ada kes, dibawa ke mahkamah dan hanya hakim yang layak menjatuhkan hukuman yang sesuai mengikut kesalahan yang dibuat.

Inilah yang berlaku sebenarnya pada masa ini. Pihak yang benar di spin supaya kelihatan salah. Jika Anwar balun pungkoq Jantan, Najib tetap akan disalahkan kerana tidak menjaga jantan2 negara dengan baik. Jika hari ini Anwar balun bini orang, Najib juga akan dipersalahkan kerana kurang memberi nasihat kepada isteri2 orang.

Itulah kesnya yang berlaku di Kedah apabila selepas 4 tahun memerintah, PAS masih menyalahkan UMNO/BN apabila berlaku kerugian dipihak syarikat milik kerajaan dalam melaksanakan misi syarikat. Punya tak tau malu, setpol bertitle haji juga sanggup spin tunggang lannggang untuk menegakkan benang yang basah. Mujoq tak jadi YB kawasan aku dulu....kalau tidak...fuhh..khak ptuihh. Cukup benci aku dengan orang yang spin isu biarpun dah terjelas depan mata. Kalau bercakap benar...musuh yang hebat sekalipun..tetap aku hormat.


No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih