Akhirnya...hari ini.....
Pakteh terpaksa akui satu perkara yang pakteh cuba sembunyikan.
Sebagai orang tua....
Sebagai orang yang telah lama melihat perilaku manusia di Malaysia
Pakteh ingin suarakan satu perkara.......
Dan Pakteh berharap apa yang pakteh sampaikan ini mengembirakan semua pihak...
Sebenarnya...tidak terlalu sukar untuk menilai kaitan antara segala yang berlaku dengan UMNO. Sebelum Pakteh pergi lebih jauh bagaimana UMNO membuat perangkap kepada Badrul Amin, adalah lebih molek sekiranya kes-kes terdahulu Pakteh rungkaikan....
Kes 1. Anwar dipenjarakan kerana kes rasuah
Ini adalah salah satu bukti tindakan UMNO yang melatih penjawat awam terutama pasukan keselamatan supaya berpegang teguh kepada prinsip Bersih Cekap dan Amanah dan untuk pasukan polis ditambah cepat dan betul. Kerajaan Barisan Nasional melakukan segala yang terdaya untuk memastikan penjawat awam melakukan tugas dengan penuh amanah. Hasilnya siasatan yang penuh teliti dan tidak memilih bulu membuatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO menerima hukuman yang setimpal. Harus diingat, Polis bukan menangkap Haji Hadi atau Lim Kit Siang, tetapi menangkap dan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada seorang yang ternama dari UMNO. Inilah kehebatan UMNO. Yang salah tetap salah dan WAJIB menerima hukuman.
Kes 2. Video Seks Chua Soi Lek
Video yang ditunjukkan tidak jelas malah Video China Doll lebih jelas namun pihak Barisan Nasional berpandangan ini akan menjejaskan imej kerajaan. Langkah terbaik adalah letak jawatan yang mana ketika itu CSL adalah Menteri Kesihatan. Walau tidak dimahkamah kerajaan, namun CSL menerima hukuman dari mahkamah rakyat dan beliau berani menerima hukuman dan mengakui kesilapannya.
Kes 3. Anwar liwat Saiful
Ini dikira liwat 2.0 kerana liwat pertama hanya 1 hakim setuju, lagi 2 hakim percaya berlaku liwat namun sukar dibuktikan. Kerajaan BN yang diterajui UMNO sejak dulu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Setiap doktor mempunyai kepakaran masing-masing. Setiap anggota polis ada tanggungjawab masing-masing. Dan inilah yang dilaksanakan mereka apabila ada laporan dari Saful Bukhari. Penjawat Awam tidak bertanya pangkat dan darjat, selagi rakyat mahukan perkhidmatan, mereka sedia menghulurkan bantuan. Sebab itu walau dituduh konspirasi....kelihatannya seluruh bala tentera PR menentang Saiful Bukhori kesorangan. Memang UMNO yang mendidik penjawat awam untuk melaksanakan tugas demi rakyat.
Kes 4. Kes khalwat Badrul Amin
Ini secara terang dan nyata UMNO memberikan kualiti terbaik kepada rakyat. Pas riuh rendah inginkan syiar Islam ditegakkan. UMNO tidak bising tapi melatih penjawat awam agar patuh melaksanakan tugas. Fikirkan jam 3 pagi bergegas ke tempat kejadian apabila menerima aduan. Terlalu BODOH kah untuk memikirkan bahawa kes pasangan ditangkap khalwat ini setiap hari dilaporkan. Apakah itu semua perangkap UMNO?....bukan perangkap tapi tanggungjawab UMNO yang ingin terus memastikan Nur Islam itu dihayati dan diamalkan.
Lagi ulasan tentang Badrul Amin. Pasangan khalwatnya mengakui menemui Badrul, itu sudah cukup untuk disabitkan kesalahan. Woooiii...sapa ajaq khalwat hanya boleh dilakukan dalam bilik?. Tu yang JAIP dok tangkap dalam kereta, tepi taman, tepi sungai, bawah jambatan......Semua tu dikira khalwat apatah lagi pada jam 2.30 pagi bersama bukan mukhrim di hotel(hanya bertemankan seorang kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa).
Jika ini kaitannya hendak disabitkan dengan UMNO......ya..memang UMNO terlibat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Sesiapa sahaja yang bersalah....UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional telah melatih penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Syabas UMNO.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
2 comments:
Terbaikkkkkkkkkkkkk...betul betul 101%, entah kenapa bengap betul org Paktan Haram ni, DAP diam membisu gamaknya bertepuk tangan sukaaa dia org bila berita mcm ni keluar, bodo punya melayu.
Tahniah!
Artikal n ulasan yg sgt bagus.
I LIKE!!!
Post a Comment