Jiran Pakteh ada anak....
Anak jiran Pakteh yang sulung mesra dipanggil Faris....
Pakteh ada kawan...
Kawan Pakteh hari-hari tolong Pakteh...
Kawan Pakteh tolong Pakteh meniaga.....
Kawan Pakteh tak tolong Pakteh tebang buluh...
Kawan Pakteh ada anak...
Anak kawan Pakteh yang bongsu mesra dipanggil Faris....
Tapi kali ini...
Bukan anak jiran Pakteh yang ingin pakteh kongsikan...
Bukan anak kawan Pakteh yang ingin Pakteh ceritakan...
Kali ini Pakteh ingin kongsikan cerita tentang FARIS..
Faris seorang anak kecil yang tabah
Faris seorang anak kecil yang kuat semangat
Faris kini derita..
Derita Faris tidak mampu diungkapkan dengan suara...
Dulunya anak kecil ini begitu riang dan ceria
Itu dulu...
Kini Faris terlantar dihospital....
Mungkin sedikit kisah tentang Faris boleh Pakteh kongsikan..
"Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....
Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
""Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
HULURKAN SUMBANGAN KE AKAUN MAYBANK 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). (AYAH FARIS)
No comments:
Post a Comment