Thursday, July 21, 2011

wow....!!!Suka bola hitam putih....bukan hijau putih..

Beberapa hari lepas...pakteh masuk sebuah kedai nak beli tepung gandum...terserempak dengan seorang ibu muda yang juga ingin membeli tepung...namun tepung yang diingininya sudah habis, maka niat siibu muda untuk membeli tepung dibatalkan...selepas termenung sejenak..ibu muda tadi meminta pakcik kedai memberikannya sekilo beras. Tepung gandum yang pakteh beli rupa2nya tidak dikawal harga kerana sudah ditambah dengan vitamin dan protein maka harganya RM2.40 (jika xsilap) dan ibu muda tadi hanya inginkan tepung gandum yang dikawal harga oleh kerajaan sekitar RM1.50

Pakteh termenung seketika....wajarkah tepung pakteh turut diberikan kepada ibu muda tadi atau pakteh sekadar berprasangka begitu?. Malam sebelumnya pakteh terserempak dengan seorang ibu muda yang hanya membelikan sekeping lampin pakai buang dengan harga RM0.50

Sejujurnya...negara kita masih perlukan suasana yang aman untuk membangunkan semua insan agar memperolehi kehidupan yang lebih baik. Nikmat keamanan mungkin tidak cukup untuk menampung sekilo beras yang dibeli oleh ibu muda tadi tetapi lebih nazak jika kemiskinan dan kesusahan hidup dihiasi dengan negara yang huru hara.

pakteh tidak tahu apa sebenarnya ada difikiran ibu muda yang membeli sekilo beras tadi......hakikat kehidupan...tidak semua kita tahu walaupun peristiwa itu didepan mata kita...didepan rumah kita...didepan hidung kita...kerana kita sekadar manusia biasa...

Terimalah dari pakteh dan agar terus tercari2 jawapan...pakteh nak berehat untuk beberapa hari...
----------------------------------------------------------------------------------

BOLA PUTIH HITAM (copy paste dari email)

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan
tak
married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya?
Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan
si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih
..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan
putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu
aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka
dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling
canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama
si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama
papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda
macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".

Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah
rosak..
dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda.

Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?"

Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan
bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru....

Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya
pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si
papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak,
keluar negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di
bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar
kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak
belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah
istimewanya bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note
itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola
putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa
menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka
ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor
kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja.
Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berunding.
Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam
dan bola putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali
belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada
keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana s
enang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.

Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik
motor.
Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih.
Tak faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak
cik tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku
pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak
dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola
putih.
Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan
awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat
anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari.
Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi
gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga
ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai
seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macamman a doc, anak saya?"

Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak
dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya
Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.. " si anak juga nangis
kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir.
Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama
ini selalu minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi
kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa
punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola
itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM
BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)

Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan
masanya sudah hampir sampai...

"sebabnya ....saya..saya. ..saya... ."

Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal
sebelum sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi pakteh
yang cuma bercerita, lagila...tak tau
. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih?
Isk!....Isk! Isk!........ ..Ahhhhhhh....

2 comments:

Anonymous said...

haha.. penuh semangat baca, alih2 tu ja jawapan dia.. kalu filem indudtan ni pak teh, bleh tebakar panggung..

Anonymous said...

Sekarang ni mereka dah tak perlu fikir lagi dah projek2 kecil mcm keli tu.. Tak ada rasa dah.. Skrg dah pandai dan dah byk $$$$ dah pun.. Dah rasa ada kuasa, ada pangkat dah tak ada lagi keikhlasan. Membela nasib rakyat?? Entahlah membela ke dah nak menindas..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih