Thursday, July 28, 2011

Raikan Ramadhan---bersediakah?

Beberapa hari lagi semua umat Islam di Malaysia akan menunaikan tuntutan agama. Saban tahun, kedatangan Ramadhan begitu dinantikan..

Diakhir-akhir Syaaban ini, negara diganggu gugat oleh pihak2 berkepentingan melagakan bijak pandai Islam. Batu Api yang sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan sesama umat Islam pada fikiran pakteh berjaya melaksanakannya. Tuduhan Wahabi yang dinafikan terdapat dalam program MKN masih dimain2kan oleh media2 pembangkang dimana disulami dengan dakyah dan ajakan halus yang terang-terangan bermotif jahat.

Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang juga terpalit dalam mainan ini masih melapangkan masanya bertemu masyarakat di Perlis dan Alhamdulillah, pakteh dapat turut serta dalam satu program berkaitan Ramadhan. Penjelasannya terhadap permasalahan berkaitan Ramadhan begitu mudah dan senang diterima.

Pembawaannya yang lebih segar terhadap golongan muda mungkin sesuatu yang menarik untuk difikirkan malah pakteh mendengar hujah2nya ketika bersoaljawab dalam satu program berkaitan pendermaan organ menurut Islam begitu mudah difahami.

Pakteh teringatkan satu isu apabila menjelang Ramadhan iaitu tengok anak bulan. Pernah sekitar 80an dan 90an, orang2 kampung yang ektrem kepada Pas menidakkan pengumuman berpuasa dan hari raya oleh kerajaan Malaysia dan mereka hanya beraya mengikut Arab Saudi.

pakteh pernah menghadiri beberapa Seminar berkaitan Falak dan isu tengok anak bulan ini diterangkan dengan begitu terperinci sehinggakan pakteh yang kerja tebang buluh pun bulih paham. Paling menarik ialah isu orang Pas yang tak mau ikut pengumuman kerajaan untuk berpuasa dan berhari raya. Mereka berhujah mengatakan mengapa kita lewat berpuasa berbanding Arab Saudi tanpa melihat fakta bahawa perbezaan masa antara Malaysia dan Arab Saudi begitu jauh.

Salah satu fakta yang boleh pakteh kongsikan dari seminar tersebut ialah terdapat kaedah hisab yang digunapakai untuk menentukan kejelasan melihat anak bulan adalah hasil tangan anak Malaysia. Setiap detik diseluruh dunia ditunjukkan dengan jelas dan dikatakan sebagai Anugerah Malaysia untuk Dunia (jika tersilap tolong betulkan). Sayangnya ada yang memilih menghentam segala kemajuan Islam yang ada diMalaysia.

InsyaAllah, hari ahad nanti Pakteh bersama anak-anak dan Makteh akan turut serta bersama orang ramai mencerap anak bulan. Secara Hisabnya sudah dikenalpasti mtarikh berpuasa kerana ketepatannya ialah 100% cuma secara Rukyahnya, kita tunggu ahad nanti.

Khabar gembiranya..pada hari ahad..anak bulan lebih jelas kelihatan tahun ini kerana sudah agak matang dan tinggi. Jom ramai2 pi tengok anak bulan.

Ingatan pakteh: Tengok pakai teropong yang sesuai...kalau tengok tak pakai teropong, nampak bulan atas pokok nyoq saja laa.....yang tu takleh digunapakai untuk tentukan puasa....hehe...maaf la nooo

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih