Tuesday, July 19, 2011

Pakteh Jawab Untuk Tn Hj Sanusi Setpol MB Kedah




Assalamualaikum...

Pertamanya....jangan menulis ketika marah atau merajuk atau tidak stabil emosinya kerana bisa menjelmakan sikap sebenar diri yang diselindungkan dari khalayak. Pakteh tidak berhak untuk menentukan bahawa Tn Hj Sanusi perlu marah, kecil hati atau geram dengan tulisan pakteh tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh seorang Setpol MB dan Ketua Penerangan peringkat negeri sesebuah parti.

Mungkin Tn Hj Sanusi boleh amati kembali bait-bait kata pakteh yang benar-mengguriskan perasaan...ayat mana dan perenggan mana?. Mungkin ketika pakteh memaklumkan kepada umum bahawa rumah tn Hj Sanusi yang baru dinaikkan tembok batu dan laman itu dekat benar dengan projek Keli-K@tebang balak?. Jika itu perenggannya...dimana silapnya pakteh?. Pakteh memaklumkan kepada pembaca projek itu dekat dengan rumah Tn Hj yang baru dinaikkan tembok dan lamannya...salahkaa?? awat nak marah sangat kalau pakteh sebut pasai tembok dan laman?. Sesiapa sahaja rakyat malaysia yang ada kemampuan berhak untuk buat tembok n laman...jadi tak perlu Tn Hj emosi kerana ianya sekadar makluman...

Ayat pakteh langsung tidak menuduh Tn Hj malah pakteh juga sentiasa percaya Tn Hj tidak akan melakukan perkara yang tidak molek.

Persoalan yang pakteh ingin bangkitkan ialah Projek Keli-K@tebang balak yang benar2 menyakitkan hati pakteh malah secara terang-terangan bertujuan mengambil balak. Ianya ialah projek kerajaan Pas....soal nak JV dengan company KL atau Papua New Guine atau Ostalia atau mana2 company....itu terpulang kepada kebijakan pemerintah...soalnya pemerintah yang melaksanakan itu ialah Kerajaan Pas. Berkebetulan projek itu memang betul2 dekat dengan rumah Tn Hj yang berjawatan Setiausaha Politik Menteri Besar dan kini ditambah dengan Ketua Penerangan Pas negeri Kedah. Adakah tidak layak persoalan umum dan teramat biasa itu diajukan kepada Tn Hj?.

Pakteh tak tau bidang tugas Setpol MB tetapi adakah wajar sesebuah projek yang menjadi keraguan kepada Tn Hj sendiri tidak dimaklumkan kepada MB?.

Mungkin lebih manis Tn Hj menjawab segala pertanyaan pakteh tanpa bermain dengan emosi kerana pertanyaan pakteh bukan kerana emosi tetapi kerana sejak hari perasmian Keli-K dulu lagi pakteh tertanya-tanya dan ingin benar-benar tahu. persoalan itu terpacul kembali apabila RTM menyiarkannya pada 17 Julai malam. Apapun pakteh ucapkan terima kasih kerana memberikan juga sedikit penjelasan.

Tn Hj....soal miskin kaya ni...kalau dah sebut Sik tu...berapa kerat sangat yang berduit dan kaya raya?...pakteh pong kabat bukek chagi petei, tebang buluh, tarik rotan, tebang teja, chagi depu...n macam-macam lagi. nasik dengan garam pong besa, kalu tambah ngan minyak ikan maseng tu lagi sedap...

Pakteh pong besa dok mondok kerat rotan dalam Gubir nuu dekat 4 mingu...nak masuk gubir masa tu khena tunjuk pasport (I/C) pasai black area. Galas guni makanan saja pun sehari lebih..tido ngan pacat n nyamuk...sapa thu?...semua oghang thu pasai semua susah...kerana susah kita jadi seorang yang tabah. kerana pernah susah kita mensyukuri nikmat keamanan, nikmat kesenangan.

Tn Hj (pas) sering menuduh kerajaan zalim dan tidak adil tetapi sedarkan Tn HJ Sanusi Md Nor yang waktu zaman kecilnya mengaku susah mampu melanjutkan pelajaran ke Sek Men M Jiwa?. Jika tanpa dokongan sedikit pun dari Kerajaan, mana mungkin akan lahir seorang insan yang kini bergelar Tn Hj Sanusi Md Nor dengan jawatan Setpol MB dan juga Ketua Penerangan Pas Negeri (perenggan ini ditulis berdasarkan kata emosi). Jika tak ikut emosi, semua tu tak perlu dibangkitkan kerana memang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah memberikan rakyatnya pendidikan.


Paling menarik, Tn Haji bersumpah....dan sebagai insan yang beragama Islam, adalah teramat tidak adil malah teramat ego jika tidak menerima mengakuan bersumpah itu. Pakteh tidak menuduh Tn Hj malah langsung tidak pernah terlintas memikirkan Tn Hj terlibat dengan aktiviti yang kotor. cuma...pakteh menyedari mengapa Anwar Ibrahim tidak berbuat seperti tuan haji(tenungkan dengan sepenuh Ikhlas hati Tn Hj soal ini). Tn Hj tak perlu bersumpah untuk pakteh kerana pakteh tidak menuduh Tn Hj.

Moralnya: Pas, PKR, DAP begitu banyak menggunakan bahasa/ayat yang benar-benar mengguris hati dan perasaan orang. Bayangkan betapa tersiksanya Saiful Bukhari apabila sumpahnya dipandang entang malah dituduh yang bukan2. Fikirkan betapa Dato Eskay (Trio T) dimaki hamun dalam masjid semata-mata melafazkan sumpah seperti yang Tn Hj Tulis. Fikirkan betapa remuknya hati Rosmah Mansur apabila dituduh membeli cincin bernilai RM24J(ada kata $24B)?. Fikirkan juga betapa marah, resah dan sakit hati apabila dituduh membelah kegelapan malam meredah hutan semata-mata ingin berada bersama melihat altantuya diletupkan. Ingat kembali apa kata hati Najib apabila gambarnya ketawa mesra makan ayam bersama altantuya walaupun itu kerja superimpose. Fikirkan sayunya hati YB Tajuddin apabila dituduh berkhalwat dengan wartawan SINAR Sik cik fatihah.....Tn Hj pakteh hanya letakkan sebuah projek pas yang dekat dengan rumah Tn Hj yang baru naik tembok n lamannya......terasa begitu sakit hati...terasa tidak tenteram..marah...resah...dan memendam rasa kerana apa yang tertulis itu sebenarnya tidak betul sebab Tn Hj tak tau apa-apa berkaitan projek tuuuu.
itulah yang dialamai oleh insan2 yang pakteh sebutkan tadi...........

Kerana itu...Tn Hj Sanusi Md Nor, berpolitklah secara Ikhlas demi RAKYAT...selalu pakteh bercakap soal Ikhlas kerana dengan ikhlas...InsyaAllah, kita tidak akan mudah terpesong. Berjuanglah dalam politik PAS secara Ikhlas. Jangan dibuat perkara kotor. Perang saraf politik kini ditangan Tn Haji selaku Ketua Penerangan....mari kita lihat Tn Hj benar2 berpolitik secara ikhlas atau tidak?.

Jika tanya pakteh secara Ikhlas....Pas tercemar kini angkara PKR (Anwar) dan DAP.

15 comments:

pak tam said...

> kita akan mare bila .....org menuduh kita....kita kata itu fitnah!!!
> tapi bila kita tuduh org...okt(org kena tuduh) pulak sakit hati...depa pun kata kat kita...itu fitnah!!!
> apa dah nak jadi .....kata pati pas ni....pati islam....aleh2 mcm pati yg lain gak.
>rase2nyer.. pati depa yg byk buat onar kat pati umno! kita semua tau...pati umno ni bukanlah perfect 100%...ade byk lubang yg terpelohong...tapi jgn ler dok guna alasan agama bg menyerang pati umno. depa tu seagama dgn puak2 pas jugak.semua salah umno...pasai pas tarik balik larangan yg dibuat mengenai penutupan pusat2 hiburan pun salah umno!!!!

> last2 serangan kat pati umno...dah makan diri sendiri..???
> dulu kata ahli pati umno kapiaq..sebab dok kwn dgn mca n mic.. la ni puak pas yg dok kawan dgn puak kapiaq tu...mcm???
> satu lg...puak pas ni tak tau...sokongan pemimpin depa mengenai penggunaan kalimah Allah!!

>Dan last....kalau hampa tak pandai main bola...jgn la dok kata...padang bola tak rata!!!
> hampa kan telah diberi amanah untuk berkuasa...buat la ikut moneyfesto yg hampa war-warkan tu...habih ceta...jgn dok salahkan org len lak!!!

> terimakasih pakteh

Pakteh said...

Pak Tam....

Kasih pemberian mu ku terima....

detguaq said...

Rupanya orang pas juga manusia biasa...bila marah TAK NAMPAK TELINGA...tapi sayangnya MARAHnya di lepas tak bertempat, malah bertepek-tepek!

Anonymous said...

aku kata tutup!! AKU KATA BUKA!!! langkah mayat aku dulu kalu nak tutup!! eh..eh.. tutup skit2 dah la.. lepas terawih, buka la.. TAK BLEH!! aku kata buka, mesti buka!! hmm.. buka la tuk org kapir.. org tak kapir tak bleh masuk..

sama ja mcm BN dulu.. tak Islamik lg pun Kedah.. cumanya.. semasa BN dulu, kebajikan rakyat lebih terbela berbanding skarang. nasib baik ada dana kerajaan pusat dan agensi2 kerajaan pusat.., dapat jg aku merasa jalan mini tar depan rumahku, benih ikan keli free...

paktam@ said...

> RUPA2NYER....KERAJAAN KEDAH PANDAI BERBELANJA....DEPA PEKIN SUNGGUH!!
>DUIT KJAAN PUSAT BAGI(DIBACA bn)...UNTUK PEBAIK JLN...DEPA TAK BELANJA HABIH PUN..DEPA BUAT MASUK DLM TABUNG AMANAH....BIJAK3X!!!!
>MACAM PAK TAM SEKOLAH DULU2 THN 70AN....MAK BG 2 KUPANG....PAK TAM BELANJA SEKUPANG...HAK LEBIH TU...BOH DLM TABUNG BULUH!!!
>TAPI TAKKAN KJAAN KEDAH ...HAK LEBIH BOH DLM TABUNG BULUH???
>CUBA P MASUK KAT SAHAB PERDANA....JLN TERUK BETOI...DEPA HARAM TAK PEBAIKPUN!!!!
>TU TAK KIRA...KALAU MASUK JALAN SEBELAH PIDA LAGI!!!
>BERAPA KALI DAH MASUK LOPAK...TAYAR KRETA KENA BUAT ALLINGMENT...NI NAK KENA SAMAN MBAS!!!
>NANTI PAK TEH TOLONG ULAS CIKIT...BIAQ ORG KAMPONG PAKAT-PAKAT TAU...

> PAKTAM@

SANUSI said...

Terima kasih kpd Pak teh atas nasihat, pencerahan dan persoalan baru pula...insyaallah saya akan menjawabnya. Saya berkecil hati atas rasa hormat kpd Pak Teh...sebagai orang Sik, bukan sebagai org politik (walaupun saya sangat sedar Pak Teh org UMNO dan menulis utk memenangkan UMNO.

Selama membaca blog ini, saya tidak menganggap ini satu tulisan musuh politik (UMNO atau gerombolannya), malah saya anggap ini satu pandangan kedua (second opinion) dari orang 'sekampung' yg punya stail dlm berfikir dan mencari maklumat.

Kalau saya menanggapi Pak Teh seperti saya menanggapi penulis-penulis UMNO-BN yang lain, saya akan biarkan saja cubaan semberono spt ini, malah saya telahpun menerima tuduhan dan fitnah yang lebih berat daripada sekadar tempias seperti ini...sbb itu memang tugas dan kerja mereka. Ada yang sanggup bertumpah darah utk 'berkelahi' dgn saya...apa nak buat, ini pertembungan ideologi politik...saya telan saja.

Angle jawapan saya kpd posting Pak Teh juga berbeza dr jawapan kpd tulisan politik, malah sepatah pun saya tidak menulis PAS atau UMNO dlm jawapan saya itu. Ini semua kerana rasa hormat dan, dgn harapan Pak teh juga begitu.

Selama saya menulis tentang penyelewengan sesiapapun, saya akan sertakan dengan bukti dan dokumen...paling tidak asal usul tulisan itu. Saya tidak pernah menulis sendiri cerita rosmah atau najib! dan saya membela anwar setakat yang saya tahu..tidak lebih tidak terkurang.

Ya sumpah bukan main-main...tapi ada yang jadikan sumpah mainan politik.

Ttg YB Tajudin, saya tidak pernah percaya cerita dgn wartawan itu, dan saya bertanya sendiri kepada tuan tubuh (Nurul) untuk kepastian. Saya dan Tajul ada sejarah tersendiri.

Terakhir sekali, kerana Pak Teh membuka cerita, saya mencari maklumat ttg balak. Ini jawapan yg diberikan kpd saya...Jumlah kayu pelbagai saiz dlm kategori pokok balak (cenarai dan kirai tak masuk)yg ditebang utk buka kaw itu ialah 23 pokok. Bila ditahan oleh renjer, kayu itu dilupuskan dengan cara menimbusnya ke dalam tanah di kaw jalan yang diluaskan itu. Tidak ada yang dijual atau dibawa keluar...boleh periksa dengan Renjer Bt 10 utk pengesahan. Harap soalan pak teh terjawab.

SANUSI said...

Ops! seperkara lagi, dari pengalaman saya sendiri dengan KOLAM dan pertanyaan saya kepada Pak Ndak Id (pengusaha semaian 3 di muka jalan ke kolam- dia ada kolam ikan keli di Charok Tikam Ibu, bersebelahan kawasan keli-k)...

Jika target sebenar projek ini ialah balak, kawasan yang patut dicerah dan diratakan ialah kawasan sebelum tapak sekarang ini,berhampiran tangki simen berbumbung bulat menganjur ke sungai di sebelah kiri.

Tapak sekarang ini, kalau targetnya balak, adalah satu kesilapan! Ia hanya sebuah kawasan lapang, bekas rumah pam, tangki besi berkarat dan kuaters yg hanya tinggal dinding dan lantai. Pokok yg paling banyak di situ, selain kirai dan jebak musang - ialah pokok tepus hutan, yang hanya boleh dijual di pekan selasa utk dibuat ulam! Ikhlas dari saya... wallahu a'lam!

Pakteh said...

Detguaq...
kita hanya manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran....cuma Anwar saja lebih kot sebab Azizah highligt lebih sangat pasai Anugerah Tuhan...

Anon 07:22......
2x5 10 atau 5x2=10.....mana satu betoi?...sendiri mau tau....hui hui hui....

Paktam...
Pas mempunyai kepakaran dalam bidang buat jalan sebab pernah tercatat dalam sejarah dari tarikh p jenguk jalan rosak sehingga tarikh buat jalan baru tak sampai sebulan.....pakteh pernah posting dulu soal lembu punya susu sapi dapat nama.
Bab peruntukan diagih ke tabung amanah tu...bila dah memerintah ni...baru tau camna cara nak guna duit. Dulunya BN dituduh pelbagai rupa...kini..depa pun buat benda yang sama.....masih 2x5 @ 5x2. Cuma soal pentadbiran kerajaan, ketelusan masih tinggi tapi pakteh taktaula pulak diperingkat kerajaan negeri PR sebab byk tindakan2 pelik yg jarang dibuat oleh kerajaan terdahulu kini dibuat samada diperingkat negeri atau majlis daerah.

Tn Hj Sanusi...
T. kasih kerana masih meluangkan masa menjenguk blog pakteh walaupun sibuk dengan tugasan yang kini pasti semakin bertambah..
Bab persoalan baru tu...abaikan la..mungkin sekadar selingan kepada persoalan pokok yg asal.

Jika nak jawab, Tn Hj boleh menjawab beberapa persoalan terdahulu yang masih bertimbun2 yang mana Tn Hj sendiri sentiasa berjanji untuk menjawabnya (ingat lagi?)

Apa yang penting tuan haji telah memberi sedikit kefahaman kepada pakteh dan rakan2 yang sentiasa menbaca blog pakteh...(kalau ada laa). Tn Hj sendiri kini pasti mulai sedar memerintah sesebuah negeri adalah sukar apabila membuat sesuatu keputusan dan akan terdapat keadaan dimana berlaku peristiwa diluar kawalan pemerintah. Ini juga yang berlaku waktu BN dulu dan 100% jari akan ditunding kepada UMNO/BN. Ini juga yang dilakukan BN kini iaitu menunding jari kepada PAS. Sangat adil dan saksama...

Tn Hj boleh melihat pakteh dari sudut orang sik atau orang UMNO kerana kedua2nya individu yang sama iaitu pakteh.

Soal Tn Hj mempunyai sejarah tersendiri dengan YB Tajudin, semua akan merasa begitu kerana sama2 dari Sik dan memang diketahui umum soal hubungan itu malah luas diperkatakan sebaik sahaja Tn Hj bertembung dengan YB tajudin di DUN Belantik dalam PRU12. Nak joh mana sangat kemelong ngan sg pau....seh hinguh pun denga...
Mungkin penah sama2 merempit, tangkap ayam, juai ayam, mengorat...itu biasa kerana rakan sekampung...jika lebih akrab...mungkin sama2 togel ketika mandi di sungai...itu lumrah...

Tak perlu pakteh periksa ngan renjer bt 10, sekadar penjelasan dari Tn Hj sudah memadai untuk pakteh sedikit faham.

skang ni ada hiasan banner lain sikit dari signboard Keli-K kat situ....Detguaq kata projek Kelipasir...entah laa.....

Tn Hj, bila memerintah....kerja menjawab soalan cukup banyak ....itulah yang terpaksa dilalui oleh BN....faham kot nooo...


ehh...depa bayaq dak gi sewa tapak signboard tu....pasai besaq sangat signboard tu....rasanya setakat 10 tan keli tak balik modai lagi...kos tolak jalan n semua tu. laa...ada untung kaa??...atau ini salah satu projek yang merugikan?...

Tn Hj...jika satu2 projek tu clear...jarang ada soalan n kalau ada pun....senang2 dijawab...tapi bab Keli-K ni...kita dok try tenung kot mana pun...xdapat jawapan yg betoi2 bagi clear....
rasanya Tn Hj pun rasa lagu tu la kot...apatah lagi tempat yg menimbulkan byk nostalgia....

terima kasih pd semua....

Anonymous said...

dulu aku seorang pengundi Calon PAS dalam DUN 04 ayer hitam (marah punya pasai).. sowi rakyat mesia!!

tapi bagi parlimen 005-jerlun, aku undi Datuk Mukhriz (the best man) la.. sampai la ni, aku tak pernah nampak dan kenai lagi muka ADUN 04-ayer Hitam tu masuk kg aku..

tunggu la nak mengundi nanti, kalu dia masuk kg aku berkempen, 'kau-kau' aku nak taruk.. mentang2 dah dapat status pencen kerajaan RM2K kot (sebagai ADUN).. lupa rakyat!!

kalu dia masuk kg pun skarang ni, bukan aku nak minta dia duit la.. aku dan org kg nak buat kenuri jamu dia makan lagi adala!!

Anonymous said...

salam, beberapa kali jengok blog ni. kesimpulan awal saya buata; pakteh dan penyokongnya pak tam macam org kecewa bila umno kalah di kedah. dengan bahasa kasar sikit mcm polong tuan dah mati atau macam tuan polong yg polongnya ditangkap dek tok bomoh. mencari perkara remeh temeh untuk diperbesarkan tanpa ketahuan punca.cthnya ungkit pasai pagar rumah org, kalau bukan utk timbulkan persepsi org lain apa tujuan pakteh tulis hanya Allah yang tahu. perkara kedua dok ungkit pasai ANWAR tak mau sumpah tu watpa. itu kerja org jahil. kalau nak sokong umno pun jangan la biaq diri tu tak tahu agama. di sik ramai para tok alim, pi la ngaji samapai tahu. sebagai pencetus semangat nak ngaji tu mai nak habaq sikit. sumpah hanya dipakai dalam kes mal. kes jenayah hanya lian shj blh sumpah. sumpah kehakiman dalam islam perlu buat kat mahkamah bila hakim minta atau hakim benarkan. bukan kerana org umno minta atau dr asri cadangkan. org yg dok suruh / cabar anwar sumpah ni percaya sungguh ngan saiful& dato T. tp ayat quran tak pulak nak ikut. memang dasar org suka menolak wahyu yang jelas dan memilih yang kabur banyak dalam UMNO. fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

anon 20;59 nih mcm le dia bgus sgt.. hampeh gak rupanya.. tak tercapai akalnya.. kata org lain jahil, yg dia tu?? dh ostat sgt dah kot.. anon.. berani kerana benar.. buakn isu jahil yg org dok ceghita.. baca bismillah pun belum tentu sempurna dah nak hukum org jahil!!

kalu tak mau sumpah.. tak kan xmau saman pun jahil jg kot anon 20:59?? baca harakah dah kluar artikel nak saman, tp sampai skarang pun tak saman..

alih2 mat sibuk pula nak saman polis sbb buat fitnah dia dilanggar keta polis.. yang aku nampak, moto dia terbalik masa nak u turn ja..

ingat!! kalu betui anu bengkok tu nagn china doll ngan saiful (mmg betui pun), ko share dosa buta2 ja.. camtu ko nak jd pemimpin ko.. menipu sana.. menipu sini..

paktam@ said...

2 anon 20.59
Assalamualaikum..

>sebenaqnyer aku bersyukur...umno/bn kalah dikedah masa pru 12..sekurangnyer depa sedaq sikit...yg dok atas boleh tungeng kebawah!!
>pasai apa...sebab aku/kami nak bg chance kat puak hampa perintah
>satu aku sokong pati hampa..sebab hampa nak tubuh negara islam..nak laksanakan hudud la..n mcm2 lagi...
>tapi itu masa pru12...
> last2..pemimpin/ulamak hampa kata... negara islam xdak pun dlm Quran..yg ada hanya negara kebajikan..
>dah lama.. kata islam..dok baca quran kerap pun...baru sedaq...kata xdak dlm Quran
>kan tu..tipu namanyer atau ada muslihat nk jadi wakil rakyat saje
> dulu...hampa la yg dok kondem anuwar...last2...hampa dok bela dia pulak.....apa nak jadi kat hampa ni? Kalau anuwar ni...xmau sumpah..hampa nasihat la...suruh dia saman datuk T....kan dia ni pakar saman menyaman...nak takut apa...kalu xbuat???

> org bagi chance perintah...buat la elok2...ni mcm kera dapat bunga...kaduk naik junjung!!!

>dulu pati paih jadi pembangkang..lani..dah jadi keRajaan..baru tau ..langit tinggi ka rendah!!!

>2 pak teh...nak p bercuti ka??...elok la..minggu depan.. masuk Ramadan dah..ookok daun kena simpan dalam laci wooo masa siang

wassalam

>from paktam@ jerlun

Pakteh said...

salam, beberapa kali jengok blog ni. kesimpulan awal saya buata; pakteh dan penyokongnya pak tam macam org kecewa bila umno kalah di kedah. dengan bahasa kasar sikit mcm polong tuan dah mati atau macam tuan polong yg polongnya ditangkap dek tok bomoh. mencari perkara remeh temeh untuk diperbesarkan tanpa ketahuan punca.cthnya ungkit pasai pagar rumah org, kalau bukan utk timbulkan persepsi org lain apa tujuan pakteh tulis hanya Allah yang tahu. perkara kedua dok ungkit pasai ANWAR tak mau sumpah tu watpa. itu kerja org jahil. kalau nak sokong umno pun jangan la biaq diri tu tak tahu agama. di sik ramai para tok alim, pi la ngaji samapai tahu. sebagai pencetus semangat nak ngaji tu mai nak habaq sikit. sumpah hanya dipakai dalam kes mal. kes jenayah hanya lian shj blh sumpah. sumpah kehakiman dalam islam perlu buat kat mahkamah bila hakim minta atau hakim benarkan. bukan kerana org umno minta atau dr asri cadangkan. org yg dok suruh / cabar anwar sumpah ni percaya sungguh ngan saiful& dato T. tp ayat quran tak pulak nak ikut. memang dasar org suka menolak wahyu yang jelas dan memilih yang kabur banyak dalam UMNO. fikir-fikirkanlah.

Anon 20:59

Pertamanya..terima kasih kerana sudi bertandang ke blog pakteh.

pakteh ni bukannya orang politik tapi suka ambik tau pasai politik. Bila Kedah kalah memang pakteh kecewa dan gembira...maksudnya bercampur baur...

perasaan itu bukan dialami oleh pakteh sorang...tapi ramai lagi yang gembira dan kecewa...gembira kerana mereka ini walaupun ahli UMNO tetapi kerana marahkan Paklah n KJ, undi diberi kepada lawan...Kedah dan beberapa negeri lain tertiarap...bukan kerana Pas/PR kuat tetapi kerana UMNO/BN marah.....
Tetapi kembali kecewa apabila menyedari bukan sahaja undi merosot...5 negeri n Malaysia sendiri hampir-hampir tergadai kepada pakatan yang dibentuk secara tidak SAH.
Jadi soal polong atau tuan polong tu...mungkin orang lain tapi bukan pakteh sebab pakteh tidak bertuankan orang politik atau membela orang politik.

Bab pagaq rumah Setpol MB tu....jangan la dok sebut lagi...kang bertambah serabut tn hj sanusi...dia nak lupakan dah semua tu....dia tak mau orang dok bising2 dah....kang kalu pakteh dok bercerita panjang2 sini....lagi la hati tuan hj Sanusi tak tenang....(Kalau soal balak n Keli ini isu remeh...tunggu artikel ramadhan di SIk)

Anon 20:59 kata pakteh n kawan2 yg sokong pakteh dalam ni jahil...kalau pakteh tu..ya la kot pasai mengaji agama tak tinggi mana...tapi kawan2 pakteh tu...tanya depa sendiri la nooo...

Soal nak mengaji ni...memang Sik ni banyak alim ulama...salah sorangnya Tok Guru Hj Salleh....ni bukan pakteh nak mengata tapi nak cerita benda yan nyata..

Ada seorang penduduk Sik yang ingin tambahkan ilmu...p turut serta kuliah Tn Guru Hj Salleh...(orang luaq mungkintak kenai...xpa..khusus utk orang Sik). Antara ayatnya..."Orang PAs xpa la mai mengaji sini...orang UMNO toksah dok mari la..aku tak halal ilmu aku kat depa" (susunan ayat mungkin berbeza...tapi maksudnya sama) sambil mata Tn Guru Hj Salleh memandang sorang penduduk tadi yang memang ahli UMNO....


Kata Pakteh...xpa..pi mengaji di tempat lain...byk lagi pondok2 di Sik ni yang tak tanya mu UMNO ka Pas..

Cumanya soal Sumpah Anwar ni...pakteh menulis berdasarkan artikel dari individu2 yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang agama. Mereka yang sarankan sebegitu.

Paktam...

okok daun xpa lagi...bini tu nak sumbat tang mana...dok nampak jaa...haktu lagi bahaya...

paktam@ said...

>ya ler kami xpandai..hampa saja yg pandai!!
>dok tukaq ngara islam jadi ngra kebajikan..kata dlm Quran xsebut pun......memang hampa pandai
>dok kata pangkah pas msuk syurga...lagi hampa pandai
>dulu dok kata mcm2 kat umno...la ni patah balik semula kat hampa...memang hampa pandai spin

>pemimpin hampa kata video tu hanya besi...dan hampa pun angguk..memang hampa pandai

>mat sabu kata kena langgar oleh polis...tapi tak kenai pajero ka atau proton waja...hampa pun tukang angguk....memang hampa pandai

>dulu puak hampa la yg dok caci DSAI...hampa pun caci jugak...la ni hampa peluk dia...memang hampa pandai berlakon

>dulu hampa dok jerkah kat ambiga...la ni hampa dok sokong dia...memang hampa pandai la

>dgn satu kerusi dap pun..hampa takut....memang hampa bacui!!
> pendek ceta ..memang hampa pandai belaka....pandai spin..

>cuba bacalah sejarah puak khawarij..rasa2nyer memang puak hampa tergolong dlm kategori puak tu???

paktam@ said...

>ikan keli, ikan parang
dulu geli, la ni sayang

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih