Saturday, July 2, 2011

Khas untuk Sanusi Setpol MB Kedah @ Ketua Penerangan Pas Kedah

Assalamualaikum,
Pertamanya terima kasih kepada Tn. Haji Sanusi, Setpol MB Kedah merangkap Ketua Penerangan Pas Kedah kerana memberi maklumbalas kepada komen2 pakteh di blog beliau. Pakteh masih mengekalkan pandangan pakteh bahawa BERSIH 2.0 adalah untuk Anwar Ibrahim dan Pas hanya diperkudakan.

Sanusi berhujah panjang lebar berdasarkan pengalaman beliau semasa menjadi calon dalam PRU12 2008 dan kes mahkamah. Pakteh tidak mampu komen panjang lebar soal undi tentera kerana diluar kemampuan untuk mengetahui selok belok undang-undangnya secara khusus. Apa yang boleh difikirkan ialah mengapa Sanusi begitu percaya 100% tentera yang mengundi di kota Aur itu mengundi Tajuddin?. Bukankah di Parlimen Sik dan DUN Belantik serta Jeneri mojoriti yang dimenangi semuanya rendah?. Ini menterjemahkan beberapa faktor lain menjadi punca kepada kemenangan calon.

Sanusi berhujah soal undi tentera di kota Aur menjadi punca kemenangan Tajuddin tetapi pakteh melihat itu bukanlah faktor penentu. Pakteh menilai dari sudut calon yang dipilih oleh kedua2 parti iaitu Pas dan UMNO menjadi punca utama kemenangan dalam PRU12 di Sik. Pakteh yakin jika Dato' Dr Wan Azmi Ariffin yang menentang Cikgu Uda, Kemenangan akan berpihak kepada Dato Wan, bukannya Cikgu Uda. Fikirkan bagaimana dalam gelombang tsunami yang melanda Pak Lah, Cikgu Uda hanya mampu menang begitu rendah majoritinya sedangkan dalam UMNO, Calon payung terjun yang dihantar itu ditolak mentah2. Begitu juga di Dun jeneri bilamana penghulu Mail ditinggalkan...sepatutnya Pas menang lebih besar namun tidak...mengapa?

kerana kemenangan Pas di Sik pada PRU12 ialah berpunca dari masalah BN/UMNO/Pak Lah/KJ dan bukannya kerana kekuatan Pas. Oleh itu pakteh harap Sanusi menerima kekalahan beliau ditangan Tajuddin secara terbuka. Sik mempunyai pengundi yang mudah terpengaruh dengan isu dan sentimen, oleh itu...Pas dan UMNO boleh menang walaupun tanpa dipengaruhi impak luar. kerana faktor itu, kemenangan di Sik biasanya dengan majoriti yang rendah.

Sanusi,
Abah pakteh dan juga hampir 10 rakannya terkeluar dari senarai SPR...mengapa?. Ini bermakna jika tidak diambil tindakan segera...abah pakteh yang sudah puluhan tahun mengundi memangkah UMNO tidak akan dapat mengundi..begitu juga rakan-rakannya. Adakah patut pakteh hantar mereka menyertai demo BERSIH 2.0?
Pakteh berpandangan adalah lebih bijak menyelesaikannya secara berhemah iaitu buat semua pendaftaran dan sertakan juga pandangan/pertanyaan kita kepada SPR mengapa ini boleh terjadi.

mengapa sebagai sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam memilih jalan yang lebih besar musibahnya berbanding jalan lain yang lebih memberi kebaikkan. Apakah ini antara pengisian parti sebaik bertukar dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN (pakteh sedang memakai baju kuning dan memandang DOKUMEN NEGARA ISLAM yang dikeluarkan oleh Pas pada 2003 - cetakan Disember 2003)

Sanusi,
Pakteh masukkan serba ringkas apa yang terkandung dalam Dokumen Negara Islam Pas 2003


Dasar Utama Pemerintahan Islam

Ciri ke 6 al-Hurriyah
Al-Hurriyah (kebebasan) adalah suatu nilai kehidupan yang diimpikan oleh setiap manusia m/s 39
Semua kebebasan yang tersebut di atas dan lain-lain bentuk kebebasan yang tidak bercanggah dengan syara' terutama yang dijamin oleh hak asasi manusia akan mendapat tempat dalam negara Islam tanpa diganggu gugat. Allah berfirman dalam al-Quran: maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka siapa yang mahu beriman, hendalah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar; biarlah dia mengingkarinya."
(surah al-kahfi, ayat 29)
kebebasan dalam negara Islam bukanlah suatu hak mutlak (absolute right) tetapi dipandu oleh peraturan yang melindungi hak orang lain yang mungkin terganggu kerana disalah gunakan. Islam tidak mengakui kebebasan mutlak kerana ianya akan mengancam dan menggangu kebebasan orang lain - m/s 40

Pakteh boldkan apa yang tertulis di atas kerana NEGARA ISLAM Pas sendiri mengakui bahawa ISLAM TIDAK MENGAKUI KEBEBASAN MUTLAK KERANA IANYA AKAN MENGANCAM DAN MENGANGGU KEBEBASAN ORANG LAIN.

jadi masih wajarkah BERSIH 2.0 disertai oleh Pas?

Malaysiakini melaporkan 300 penduduk p. pinang (walupun angkanya 1500) berdemo membantah program BERSIH 2.0 serta Anti Lim Guan Eng. Kesannya ialah kesesakan jalanraya, premis perniagaan ditutup, pelancong/orang luar ketakutan (ini diakui oleh Malaysiakini). BOLEHKAH SAUDARA SANUSI BAYANGKAN JIKA RATUSAN RIBU ATAU PULUHAN RIBU YANG BERARAK DIJALANAN PADA 9 JULAI NANTI?

Bukankah BERSIH 2.0 itu akan menganggu kebebasan orang lain yang ingin berurusan, melalui jalanraya, berniaga, bersiar dan lain2 aktiviti harian?. Bukankah tindakan PAS yang ingin turut serta dalam BERSIH 2.0 itu BERTENTANGAN dengan apa yang digariskan pada m/s 40 Dokumen Negara Islam Pas yang dikeluarkan pada 2003 yang dihujahkan melalui Surah al-Kahfi, ayat 29?

Jika sekadar pekeliling parti, memo, ceramah, surat pakteh masih boleh terima sebagai satu perubahan tetapi ini adalah DOKUMEN NEGARA ISLAM yang diwar2kan Pas dan menjadikan "sahiifah Madinah" sebagai panduan m/s 17. Adalah amat dangkal dan janggal samasekali sebuah parti yang melaungkan Islam bertindak diluar dari apa yang diikrarkannya.

Atau...kerana ciri-ciri utama negara Islam yang kini berubah...jika Negara Berkebajikan merupakan ciri ke 7 sahaja dlam dokumen 2003 m/s 45, kini menjadi DASAR ATAU MATLAMAT UTAMA....maksudnya kini perlu begini...ciri-ciri Negara BERKEBAJIKAN...dan Negara islam itu mengisi tempat ke 7 yang dikosongkan dalam dokumen terdahulu...Begitu?....

Dan kerana itu...BERSIH 2.0 ini berhak/wajar disokong dan disertai Pas..kerana dokumen NEGAR ISLAM 2003 sudah tidak relevan...itu dulu....dulu semasa ingin melaksanakan negara Islam...kini tidak lagi...kini hanya negara berkebajikan iaitu ciri ketujuh dalam Negara Islam.....?...m/s 45

itulah bezanya Pas dulu dan Pas kini....semuanya kerana Pas kini sudah dikuasai oleh Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO kerana isu Moral....

Sekian buat masa ini

Artikel ini pakteh tujukan Khas untuk Tn Haji Sanusi, Setpol MB Kedah yang juga ketua Penerangan Pas Kedah. Tuan Haji boleh menjawab di blog Pakteh atau di blog tuan haji, InsyaAllah pakteh akan membacanya.

p/s: Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195:Maksudnya: “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya”

4 comments:

Anonymous said...

Kapada Pakteh.

Well said.

Unknown said...

Hahah, Pakteh beri hujah yg bernas. Setpol walaupun ketua penerangan tapi bagi hujah dangkal. Heheh nak aku tambah lagi ka Pakteh pasai Sik, Jeneri.

Lagi satu depa hantar pakar matematik komen di Kedah Times tapi pakar dah kantoi sbb tatau 2/3 tu banyak mana? haha

SANUSI said...

Kata Pak Teh...Apa yang boleh difikirkan ialah mengapa Sanusi begitu percaya 100% tentera yang mengundi di kota Aur itu mengundi Tajuddin?. Bukankah di Parlimen Sik dan DUN Belantik serta Jeneri mojoriti yang dimenangi semuanya rendah?. Ini menterjemahkan beberapa faktor lain menjadi punca kepada kemenangan calon. Saya jawab yang ni dulu, berkait dengan posting saya sebelum ini... Bab lain saya jawab kemudian.

Jawapan saya mudah...kita ada agen mengundi dan agen mengira (Polling and counting agent) dan kita ada angka jumlah yg diperolehi oleh setiap calon dari undi pos tentera dan pengundi pos lain.

Keseluruhan undi pos adalah seperti berikut: 1,031 undi pos tentera dan 127 pengundi pos lain (termasuk polis, SPR dll) Semuanya 1,158.

Undi tentera di bawa dari dua kem. 1. Kem Sg Petani (enam ratus lebih pengundi) 2. Kem 304 Askar Wataniah Gerik (tiga ratus lebih pengundi) menjadikan jumlahnya 1,031 (997 kertas undi tentera dikembalikan, bakinya - 34 orang - tidak mengundi)

Daripada jumlah undi pos yg dikembalikan (1124), calon PAS menerima hanya 104 undi sahaja...bakinya pergi kpd BN. Maknanya BN dapat 1,020 undi. Kerana PAS berupaya meraih undi ditempat lain yang mengundi cara biasa, PAS berupaya kambus 1,020 ini menjadi majoriti 252 sahaja.

Untuk pengetahuan Pak Teh, sewaktu agen mengundi PAS bertugas di kem Sg Petani (boleh kira orang, tapi tak dibenarkan memeriksa identiti), hanya 297 orang sahaja (dari 600 lebih) keluar mengundi hingga pusat mengundi itu ditutup. Di Kem 304 gerik pula, yg ada tiga ratus lebih pengundi itu, agen tidak dibenarkan masuk sama sekali, tunggu di pintu pagar sahaja. Bila tiba hari penjumlahan, tiba-tiba ada 997 kertas undi dalam kedua-dua karung undi pos itu...dari mana datangnya..wallahu a'lam!

Secara logik, wajarkah sebuah pangkalan hadapan (pos tentera) spt Kota Aur yang tiada penempatan tetap, hanya menjadi tempat singgah ambil bekalan ketika batalion/unit dari merata tempat membuat operasi kawalan di Gubir- dimasukkan 1,031 pengundi? Pos itu tiada petugas tetap seramai itu, petugas pula bertukar setiap 2-3 bulan! Mengapa kita wajar menerima sahaja Askar Wataniah dari kem 304 Gerik Perak, yang khusus bertugas mengawal lebuhraya timur barat menjadi pengundi yang memohon tukar daerah mengundi ke Kota Aur? Pak teh pun tahu jalan itu tak lalu Kota Aur, ia adalah laluan dari dari Gerik ke Jeli. Salahkah kalau kita kata ada sesuatu yang tidak kena di sana...

Pak Teh jangan kata hal ini tak melalui proses perbincangan, pertanyaan, pertemuan dan semua langkah diplomasi yang lain... kami sudah buat semua itu...tapi apakan daya, kemasukan tidak logik itu sudah diwartakan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI).. dan tidak boleh dicabar di mahkamah. Saya katakan BN memang di Belantek kerana undi pos yang tak masuk akal ini. Saya terima kekalahan sebagai adat pertandingan tetapi sesiapaun tak dapat menerima kalah kerana ditipu. Ini komplot SPR, tentera dan BN. Bersihkanlah!

Pakteh said...

Melihat kepada hujah Sanusi yang terlibat secara terus dengan kes berkaitan, Pakteh juga merasakan amat wajar beliau mempersoalkan isu undi tentera di DUN Belantik (Bukan undi Pos) malah bagi pakteh, isu sebegini merosakkan imej UMNO sebagai parti pemerintah.

Cumanya...hujah itu masih tidak membawa kepada keperluan melakukan musibah yang lebih besar iaitu BERSIH 2.0

jangan ditutup ruang perbincangan malah sebagai parti berteraskan Islam dan Sanusi kini menjawat Ketua Penerangan Pas Kedah, secara berhemahnya adalah melalui perbincangan dan perbincangan. SPR sendiri pakteh amat percaya sudah melakukan penambahbaikan kepada beberapa teguran dari parti Pas.

Apapun..terima kasih kerana memberi pencerahan kepada isu undi tentera di DUN Belantik.

Mungkin pihak SPR harus memberi penjelasan kepada UMNO dan PAS apa relevannya undi tentera ada disitu?

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih