Monday, January 17, 2011

Edisi Khas: Kedah sejahtera...maksiat berleluasa (siri 1)

Aduhai...siri calon-calon untuk UMNO Sik belum selesai, pakteh tambah pulak lagi satu siri.Pakteh dok pikiaq lagu mana nak buat sebab takkan mampu pakteh langsaikan semua yang terbuku hanya dalam satu posting.

Ramai rakan dah tulis perihal Kedah sejahtara yang dilaungkan oleh Pas. Pakteh cuma nak sentuh bab maksiat. Alim sangat ka pakteh ni, bukan itu ceritanya. Pakteh tak pernah terfikir aura-aura maksiat sudah mula menjengah kampung pakteh. Sik ni kira kampung pakteh la.

Maksiat lagu mana?.

Susah pakteh nak gambarkan lagu mana tapi dalam hati dok kata, apa yang dok jadi ni boleh merosakkan masyarakat. Anda pernah baca novel TIVI karya Shahnon Ahmad?. Pakteh kata pakteh marah dia tapi banyak novel dia pakteh baca.

TIVI jadi punca zina dan sumbang mahram. Itu dulu...takkan hari ni pakteh nak kata TIVI puncanya...mampoih aih...skang ni satu rumah ada 3 TIVI. Tak mungkin itu puncanya.

Percayakah anda di Kedah jugak ada ala-ala tiger show seperti di Penang. Tahap TIGERnya masih belum segarang tiger di Penang tapi pakteh amat-amat percaya, jika apa yang pakteh tengok ini tidak dibenteras....anda tak perlu ke Penang untuk cuci mata dengan pungkoq bulat, seluaq ketat, baju sendat sampai biji mata pun bulih tekeluaq.

Pakteh ada merakamkan apa yang berlaku tapi kedudukan pakteh agak jauh, visual kurang memuaskan, insya-Allah, pakteh akan cuba dapatkan visual yang lebih terang. Aktiviti ini beroperasi setiap hari.......

Pakteh risau melihat muda mudi belasan tahun atau seawal 20an sudah seperti ketagih dan menjadi biasa dengan aura-aura maksiat sebegini.

Betoika?....betoi laaa....Inul pun akan tebeliak mata tengok ada spesis dia sini.

p/s: Bila arak dan betina menjadi barang dagangan...apa lagi nak dikata??

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih