Monday, November 22, 2010

Edisi Din Puduraya: Alahai..ingatkan dan INSAF...Bila Din Puduraya beraya Aidil Adha

Sejak awal Din Pudu Raya keluarkan kenyataan pertikaikan tarikh Hari Raya Haji di Malaysia yang berbeza 2 hari dari hari wukuf, Pakteh dah naik heran mengapa seorang yang berstatus Naib Presiden sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam menjadi sedemikian rupa. Ingatkan dah paham...rupa2nya hari ni dia cuba jugak bawak ke sidang Parlimen, maka pakteh berikan juga fakta2 yang pakteh kutip untuk Din lebih paham.

Pakteh takkan guna hujah pakteh kerana pakteh mengaji agama setakat untuk lepas diri dan keluarga sahaja. Memetik tulisan YB Zul Kulim "Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuqhttp://www.blogger.com/img/blank.gifuf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?
!


Pakteh sertakan juga HUJAH TERBAIK UNTUK GOLONGAN MINORITI SEPERTI DIN PUDURAYA DALAM MEMAHAMI KAEDAH PENETAPAN HARI RAYA KORBAN

*********************************************************************************
TAFSIRAN HADIS “AL-HAJJ ARAFAH”
DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH
Oleh:
Dato’ Haji Nooh bin Gadut
Mufti Negeri Johor

Pendahuluan

Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya. Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah. Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Keputusan pemerintah itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam. Ia bersesuaian dengan kaedah;

" ِةَحَلْصَملاِب ٌطْوُنَم ِةَّيِعَّرلا ىَلَع ِماَمِلإْا ُّفُّرَصَت"
yang bererti “tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepentingan umum”.

Hari Arafah


i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”


Rasulullah s.a.w. bersabda:
" ُةَفَرَع ُّجَحلا "
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.

i. Sanad dan matan hadis
اَنَثَّدَح اَلاَق ِّيِدْهَم ُنْبا ِنَمْحَّرلا ُدْبَعَو ٍديِعَس ُنْب ىَيْحَی اَنَثَّدَح ٍراَّشَب ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح ُناَيْفُس ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ِهَّللا َلوُسَر اْوَتَأ ٍدْجَن ِلْهَأ ْنِم اًساَن َّنَأ َرُمْعَي ِنْبا ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع ُةَفَرَع ُّجَحْلا ىَداَنَف اًيِداَنُم َرَمَأَف ُهوُلَأَسَف َةَفَرَعِب َوُهَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص َل َءاَج ْنَم َةَلْي ِهْيَلَع َمْثِإ َلاَف ِنْيَمْوَی يِف َلَّجَعَت ْنَمَف ٌةَثاَلَث ىًنِم ُماَّیَأ ِّجَحْلا َكَرْدَأ ْدَقَف ِرْجَفْلا ِعوُلُط َلْبَق ٍعْمَج َلاَق ِهْيَلَع َمْثِإ َلاف َرَّخَأَت ْنَمَو : ىَيْحَی َداَزَو) ىَداَنَف ًلاُجَر َفَدْرَأَو ( ِبَأ ُنْبا اَنَثَّدَح َرَمُع ي َرُمْعَی ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ِّيِرْوَّثلا َناَيْفُس ْنَع َةَنْيَيُع ُنْب ُناَيْفُس اَنَثَّدَح َرَمُع يِبَأ ُنْبا َلاَقو ُهاَنْعَمِب ُهَوْحَن َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِّيِبَّنلا ِنَع : َيُع ُنْب ُناَيْفُس اَذَهَو َةَنْي ىَسيِع وبَأ َلاَق ُّيِرْوَّثلا ُناَيْفُس ُهاَوَر ٍثیِدَح ُدَوْجَأ : ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ِثیِدَح ىَلَع ُلَمَعْلاَو ْمَل ْنَم ُهَّنَأ ْمِهِرْيَغَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِّيِبَّنلا ِباَحْصَأ ْنِم ِمْلِعْلا ِلْهَأ َدْنِع َرُمْعَی ْفِقَی ِرْجَفْلا ِعوُلُط َدْعَب َءاَج ْنِإ ُهْنَع ُئِزْجُی َلاَو ُّجَحْلا ُهَتاَف ْدَقَف ِرْجَفْلا ِعوُلُط َلْبَق ٍتاَفَرَعِب َلاَق َقَحْسِإَو َدَمْحَأَو ِّيِعِفاَّشلاَو ِّيِرْوَّثلا ُلْوَق َوُهَو ٍلِباَق ْنِم ُّجَحْلا ِهْيَلَعَو ًةَرْمُع اَهُلَعْجَیَوبَأ ىَسيِع و : تْعِمَسو َلاَق ِّيِرْوَّثلا ِثیِدَح َوْحَن ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ُةَبْعُش ىَوَر ْدَقَوِكِسانَمْلا ُّمُأ ُثیِدَحْلا اَذَه َلاَقَف َثیِدَحْلا اذَه َرَآذ ُهَّنَأ اًعيِآَو ُتْعِمَس ُلوُقَی َدوُراَجْلا .
)يذمرتلا هاور(
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
َلاَق ِّيلیِّدْلا َرَمْعَی ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع : َةَفَرَعِب َوُهَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ّيِبَّنلا ُتْيَتَأ َمَأَف ٍدْجَن ِلْهَأ ْنِم ٌرَفَن ْوَأ ٌساَن َءاَجَفُرْو َّلَص ِهَّللا ُلوُسَر ىَداَنَف ًلاُجَر ا َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ى :،ُّجَحْلا ُّجَحْلا ىَداَنَف ًلاُجَر َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوَسَر َرَمَأَف ؟ ُّجَحْلا َفْيَآوَی َةَفَرَع ُم
)دواد وبأ هاور(
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”.
(Riwayat Imam Abu Daud)

) ظفاحلا ماملإل يذوحلاا ةفحت ميحرلا دبع نبا نمحرلا دبع دمحم يذمرتلا عماج حرشب،ثلاثلا ءزج ،جحلا باتآ ،ركفلا راد ،توريب .(

ii. Maksud hadis

Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
"ع فوقو جحلا كاردإ هریدقت ةفر"
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.

Al-Syaukani berkata “Al-Hajj Arafah”,
" ةفرع موی كردأ نم جح حيحصلا جحلا يأ "
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji yang sah adalah jemaah haji yang dapat wukuf di Arafah”.
) ميحرلا دبع نبا نمحرلا دبع دمحم ظفاحلا ماملإل يذوحلاا ةفحتيذمرتلا عماج حرشب،ثلاثلا ءزج ،جحلا باتآ ،ركفلا راد ،توريب (.

iii. Fiqh al-Hadis

Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
جحلا ناآرأ نم نآر فوقولاو، لوسر نأ يلیدلا نمحرلا دبع ىور امل لاق مّلسو هيلع للها ىّلص هللا " : لبق ةفرع كردأ نمف ،تافرع جحلا نأ جحلا كردأ دقف رجفلا علطی "
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.

) نملاه ،يزاريشلا قاحسإ يبلأ يعفاشلا ماملإا هقف يف بذهملا774،ءزج 2،ملقلا راد ، مدقش(.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
’نيعملا حتف ‘
اهيناثو) ةفرعب فوقو ( ناو ةظحل ول و اهنم ءزج يأب هروضح يأبخل ارام وأ امئان ناآذمرتلا ري " ةفرع جحلا."
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.
) ،نيعملا حتف حرشل نيبلاطلا ةناعإ ،يناثلا ءزج نملاه287، راد ،ركفلا توريب.(
Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,
" عوآرلا ةعآرلا مظعم لوقت امآ هناآرأ مظعم يأ"
Maksudnya;
“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.
) هيلوا راصتخلإا ةیاغ لح يف رايخلأا ةیافآ : نیدلا يقت ةملاعلا ماملإا ،ينيسحلا دمحم نب ركب يبأ ،يناثلا ءزج نملاه214، ،ريخلا راد قشمد( .

Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:

1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.
Sebenarnya hadis di atas merupakan salah satu dalil dan hujah yang menolak penentuan Idul Adha disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi. Hadis tersebut tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Idul Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama terbit matahari dengan negara Arab Saudi.
Dalil Dan Hujah Yang Menolak Penentuan Idul Adha Disambut Mengikut Idul Adha Di Negara Arab Saudi (Sehari Selepas Hari Wukuf Di Arafah)


i. Hadis dari Ummi Salamah:
" َةَمَلَس ِّمُأ ْنَعَأَّن ّيِبَّنلا َّلَص ُللها ى َعَلْيِه َوَسَّلَم َقَلا : ِإاَذ َر َأْیْمت ِهَلاَل ِذ ْلا يِحَّجِة ،َوَأَرَداَأ َحُدُآْم َأ ْن َيِّحَضُی َف ْلُيْمِسْك َع ْن َش ْعِرِه َوَأْظَفِراِه"
) هاورملسم(
Maksudnya;
Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Idul Adha itu khususnya bagi penduduk luar daripada negara Arab Saudi dan negara yang tidak sama terbit matahari seperti Malaysia adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah. Adapun penentuan Idul
Adha bagi negara Arab Saudi adalah dengan rukyah anak bulan bagi menentukan tarikh wukuf di Arafah.
Malahan hadis di atas juga memberikan panduan agar ketetapan 1 Zulhijjah atau 2 Zulhijjah atau 9 Zulhijjah (Hari Wukuf) adalah berdasarkan rukyah. Begitu juga 10 Zulhijjah (Idul Adha).


ii. Hadis dari Abi Hurairah r.a.
َعْن َأ ِبي ُه َرْیَرَة َأ َّن ا َّىِبنلَصَّل ُللها ى َع َلْيِه َوَسَّلَم َق َلا : َّصلاْوُم َی ْوَم َت ُصْوُمْوَن َوْلاِفْطُر َی ْوَم ُتْفِطُرْوَنَو ْاَلأْضَحَی ىْوَمُّحَضُت ْوَن
)مرتلا هاورذي(
Maksudnya;
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa (bulan Ramadhan) dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri) adalah hari di mana kamu berhari raya dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Merujuk kepada petikan sabda Rasulullah s.a.w. " َوْاَلأْضَح َی ىْوَم ُّحَضُت ْوَن" yang bermaksud “dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”, Rasulullah s.a.w. menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada Hari Raya Korban (Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).
Hadis di atas menunjukkan bahawa ibadat korban tiada kaitan dengan penentuan ibadat haji yang dilaksanakan di Arab Saudi (sehari selepas wukuf di Arafah). Ia sunat muakkad bagi orang yang mengerjakan haji dan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, Idul Adha (Hari Raya Korban) mestilah berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah iaitu dengan rukyah anak bulan Zulhijjah sebagaimana yang diamalkan oleh negara anggota MABIMS iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersepakat menggunakan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).


iii. Hujah Mazhab al-Syafi’i


Rukyah (melihat anak bulan) mestilah tertakluk kepada matla’ yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan. Mazhab Syafi’i merujuk kepada dalil sunnah, qias dan logik iaitu:

a- Sunnah

ٍبْیَرُآ ْنَع : َلاَق ،ِماَّشلاِب َةَیِواَعُم ىَلإ ُ هْتَثَعَب ِثِراَحْلا َتْنِب ِلْضَفْلا َّمُأ َّنَأ : ُتْیَأَرَف ،ِماَّشلاِب اَنَأَو ُناَضَمَر َّيَلَع َّلِهُتْساَو َاهَتَجاَح ُتْيَضَقَف ،َماَّشلا ُتْمِدَقَفَّمُث ،ِةَعُمُجْلا َةَلْيَل َلَلاِهْلا ٍساَّبَع ُنْب للها ُدْبَع يِنَلَأَسَف ،ِرْهَّشلا ِرِخآ يِف َةَنیِدَملا ُتْمِدَق َلاَقَف َلَلاِهْلا َرَآَذ َّمُث ،اَمُهْنَع ُللها َيِضَر : ُتْلُقَف ؟ َلَلاِهْلا ُمُتْیَأَر ىَتَم : ُهاَنْیَأَر َلاَقَف ِةَعُمُجْلا َةَلْيَل :ُتْلُقَف ؟ ُهَتْیَأَر َتْنَأ : َماَصَو اوُماَصَو ،ُساَّنلا ُهآَرَو ،ْمَعَن َلاَقَف ،ُةَیِواَعُم : ْوَأ ،َنيِثَلاَث َلِمْكُن ىَّتَح ُموُصَن ُلاَزَن َلاَف ،ِتْبَّسلا َةَلْيَل ُهاَنْیَأَر اَّنِكَل ُهاَرَن . ُتْلُقَف : َلاَقَف ؟ ِهِماَيِصَو َةَیِواَعُم ِةَیْؤُرِب يِفَتْكَت َلاَوَأ : اَنَرَمَأ اَذَكَه ،َلا ملسَو ِهْيلَع للها ىَلَص للها ُلوُسَر.
) هاورملسم(
Maksudnya;
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”. Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”.
(Riwayat Imam Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain (berlainan matla’).

Hadis Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
" َيِضَر َرَمُع ِنْبا ِنَع ُللها َلاَق ،ُهْنَع : ملسَو ِهْيلَع للها ىَلَص للها ُلوُسَر َلاَق :ِإَمن َّشلا اْهُر ِت ْسٌع َوِعْشُرْون ،َ َف َلا ُصتْوُمْو اىَّتَح َت َرْوه ،ُ َو َلا ُتْفِطُرْو َح ا ّىتَتَرْوُهَف ِإْنُغ َّمَع َلْيُكْم َفْقاُدُرْوَل اُه"
)و ملسم هاورأدمح(
Maksudnya;
Daripada Ibni Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Satu bulan mengandungi 29 hari, oleh itu jangan kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) hingga kamu melihat anak bulan (Ramadhan) dan jangan kamu berbuka (berhari raya) hingga kamu melihat anak bulan (Syawal). Jika terlindung hilal daripada pandangan kamu, sempurnakan bilangan anak bulan itu (30) hari”.
(Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)
Hadis ini menunjukkan bahawa wajib puasa tertakluk kepada rukyah (melihat anak bulan), sungguhpun begitu tidaklah dikehendaki setiap orang melihat anak bulan. Jika mendung berlaku pada malam itu, sempurnakanlah bilangan bulan 30 hari (atau dengan perisytiharan dari pemerintah).

b- Qias

Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

c- Hukum akal

Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

iv. Penggunaan Istilah

Istilah “Idul Adha” amat masyhur digunakan dalam hadis-hadis dan kitab-kitab feqah. Masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya menggunakan istilah “Hari Raya Korban” yang sememangnya bertepatan dengan istilah Idul Adha. Akan tetapi tidak ada kitab hadis dan feqah yang menggunakan istilah “Idul Hajj” yang juga disebut oleh sesetengah masyarakat Islam sebagai “Hari Raya Haji”. Ini adalah satu kesilapan. Sebenarnya istilah yang wujud hanyalah “Idul Adha” yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia sama ada yang mengerjakan haji atau tidak.
Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah
Sanad dan matan hadis
َحُمَو ىَّنَثُمْلا ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح ٍراَّشَب ُنْب ُدَّم) ىَّنَثُمْلا ِنْباِل ُظْفَّللاَو ( اَلاَق : اَنَثَّدَح ٍرَفْعَج ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح هَّللا يِضَر ِّيِراَصْنَلأا َةَداَتَق ىِبَأ ْنَع َّيِناَّمِّزلا ٍدَبْعَم َنْب ِهَّللا َدْبَع َعِمَس ٍریِرَج ِنْب َناَلْيَغ ْنَع ُةَبْعُش َّنَأ هْنَع َلاَق ِهِمْوَص ْنَع َلِئُس َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِهَّللا َلوُسَر : هَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوُسَر َبِضَغَف هْنَع هَّللا يِضَر ُرَمُع َلاَقَف َمَّلَسَو ِهْيَلَع : َعْيَبِبَو لاوُسَر ٍدَّمَحُمِبَو اًنیِد ِماَلْسِإْلاِبَو اًّبَر ِهَّللاِب اَنيِضَر اَنِت َلاَق ًةَعْيَب : َلاَقَف ِرْهَّدلا ِماَيِص ْنَع َلِئُسَف : َرَطْفَأ لاَو َماَص لا) َرَطْفَأ اَمَو َماَص اَم ْوَأ (َلاَق : َلِئُسَف َلاَق ٍمْوَی ِراَطْفِإَو ِنْيَمْوَی ِمْوَص ْنَع : َلاَق ؟ َكِلَذ ُقيِطُی ْنَمَو :اَطْفِإَو ٍمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو ِنْيَمْوَی ِر َلاَق : َلاَق َكِلذِل اَناَّوَق َهَّللا َّنَأ َتْيَل : َلاَق ٍمْوَی ِراَطْفِإَو ٍمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َدُواَد يِخَأ ُمْوَص َكاَذ َلاَق ملاَّسلا ِهْيَلَع : َلاَق ؟ ِنْيَنثلاا ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َو ِهيِف ُتْدِلُو ٌمْوَی َكاَذ ُتْثِعُب ٌمْوَی) َلِزْنُأ ْوَأَّيَلَع ( َلاَق ِهيِف : َلاَقَف : َلاَق ِرْهَّدلا ُمْوَص َناَضَمَر ىَلِإ َناَضَمَرَو ٍرْهَش ِّلُآ ْنِم ٍةَثلاَث ُمْوَص : َلاَقَف َةَفَرَع ِمْوَي ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َةَيِقاَبْلاَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُي َلاَق :َو ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُس َلاَقَف َءاَروُشاَع : َلاَق َةَبْعُش ِةَیاَوِر ْنِم ِثیِدَحْلا اَذَه يِفَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُی : ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو َنَثَّدَحو اًمْهَو ُهاَرُن اَّمَل ِسيِمَخْلا ِرْآِذ ْنَع اَنْتَكَسَف ِسيِمَخْلاَو ِنْيَنثلاا ِمْوَی اَنَثَّدَح ٍذاَعُم ُنْب ِهَّللا ُدْيَبُع هايِبَأ. ُةَباَبَش اَنَثَّدَح َةَبْيَش يِبَأ ُنْب ِرْكَب وُبَأ اَنَثَّدَحو ح . ُرْضَّنلا اَنَرَبْخَأ َميِهاَرْبِإ ُنْب ُقَحْسِإ اَنَثَّدَحو ح ْحَأ يِنَثَّدَحو ِداَنْسِلإا اَذَهِب َةَبْعُش ْنَع ْمُهُّلُآ ٍلْيَمُش ُنْب ٍللاِه ُنْب ُناَّبَح اَنَثَّدَح ُّيِمِراَّدلا ٍديِعَس ُنْب ُدَم ِهيِف َرَآَذ ُهَّنَأ َرْيَغ َةَبْعُش ِثیِدَح ِلْثِمِب ِداَنْسِلإا اَذَه يِف ٍریِرَج ُنْب ُنلاْيَغ اَنَثَّدَح ُراَّطَعْلا ُناَبَأ اَنَثَّدَحَسيِمَخْلا ِرُآْذَی ْمَلَو ِنْيَنثلاا .
)ملسم هاور(

i. Matan hadis yang dibahaskan:
َةَيِقاَبْلاَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُی َلاَقَف َةَفَرَع ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو
Maksudnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.
(Riwayat Imam Muslim)
) فرش نب ىيحی اَّیرآز يبأ نیدلا ىيحم ماملإل ملسم حيحص حرشملا ةسسؤم ،مايصلا باتآ ،يوونلاةرهاقلا ،راتخ(.

ii. Makna potongan hadis:
Al-Syeikh Sulaiman al-Bajairami menjelaskan;
" هلب��ق ي��تلا ةن��سلا " ةنسلا ةفرع موی لبق ىتلا ةن��سلاب دار��ملا يأهرهش غارفب متت يتلا.
Maksudnya;
“Yang dikehendaki dengan makna tahun sebelum hari Arafah ialah tahun yang sempurna (cukup 12 bulan) hingga sampai bulan Zulhijjah”.
) نملاه ،بيطخلا ىلع يمريجب405 ءزج ،2، توريب ،ركفلا راد(.

iii. Fiqh al-Hadis:
Berdasarkan hujah riwayat Imam Muslim, Imam al-Nawawi sebagai mujtahid mazhab al-Syafi’i mensabitkan bahawa berpuasa pada hari Arafah itu adalah sunat. Dengan sebab itulah Imam al-Nawawi meletakkan puasa pada hari Arafah di dalam “Bab Puasa Sunat”.
iv. Pelaksanaan Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah
a- Siapakah yang disunatkan berpuasa hari Arafah dan bilakah waktunya?
Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah;
" ربخل جاحلا ريغل ةّجحلا يذ عسات وهو ةفرع موی موصو ملسم) ةنسلا رفكی هنأ هللا ىلع بستحا ةفرع موی مايصهدعب يتلا ةنسلاو هلبق يتلا" (.
Maksudnya;
“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.
Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan lagi;
" و هرطف هل نسی لب ،ةفرع موی موص هل نسی لاف جاحلا امأإ ن هل هموصف ،ءاعدلا ىلع ىوقيلو ،ناخيشلا هاور ،عابتلال ایوق ناآ ىلولأا فلاخ".
Maksudnya;
“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.
) هيلوا جاهنملا ظافلأ يناعم ةفرعم ىلإ جاتحملا ينغم دمحم خيشلاينيبرشلا بيطخلا، ءزج :1ركفلا راد ، توريب.(
Al-Syeikh Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli menambah;
"هنأ دواد يبأ ثیدحل هوركم ليقو نع ىهن ملسو هيلع هللا ىّلص يف نأب هفعضو ةفرعب ةفرع موی موصإ لاوهجم هدانس".
Maksudnya;
“Dan pendapat fuqaha’ yang lemah bahawa makruh bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu berpuasa pada hari Arafah. Ini kerana hadis riwayat Abi Daud bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji di Arafah. Ahli hadis menganggap hadis ini adalah daif kerana terdapat majhul pada sanadnya (perawi yang tidak dikenali)”.
)اتيشاحن، يبويلقلا نیدلا باهش، ىلع ةريمعب نیدلا باهش ىلحملا دمحأ نب دمحم نیدلا للاج حرش، نملاه :73، ءزج :2، ركفلا راد(.

b- Bagaimana pelaksanaan puasa sekiranya berlaku syak berhubung tarikh 9 Zulhijjah?
Syeikh Syihabuddin dalam kitab Umairah menyatakan;
) " ةفرع مویو ( میرحت لاف ةجحلا للاه يف كشلا لصح ولو دعب ناضمر نم نيثلاثلا مايص يف امآ هموص يف ةهارآ لاو هلوأ يف كشلا".
Maksudnya;
“(Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.
)ناتيشاح، يبويلقلا نیدلا باهش، ب نیدلا باهش ىلع ةريمع ىلحملا دمحأ نب دمحم نیدلا للاج حرش، نملاه :73، ءزج :2، ركفلا راد(.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah;
" ةفرع عم نماثلا موص طوحلأاو "
Maksudnya;
“Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.
) نیدلا نیز خيش هيلوا نيعملا حتف ىلع نيبلاطلا ةناعإ ةيشاح يرابيلملا زیزعلا دبع، نملاه :265، ءزج :2، ركفلا راد ، توريب(.
Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati mengulas;
" عقاولا يف عساتلا وه نوكی امبر هنلأ "
Maksudnya;
“Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.
) لوا نيعملا حتف ىلع نيبلاطلا ةناعإ ةيشاح نیدلا نیز خيش هي يرابيلملا زیزعلا دبع، نملاه :265، ءزج :2، ركفلا راد ، توريب(.

c- Adakah puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) mengikut negara Arab Saudi ataupun mengikut matla’ negara masing-masing?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
" اعطق هنم بیرقلا دلبلا همكح مزل دلبب يؤر اذإو، دادغبآ ةدحاو دلبآ امهنلأ ةفوكلاو ... زاجحلاآ حصلأا يف ديعبلا نود قارعلاو."
Maksudnya;
“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.
Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Idul Adha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.
Kesimpulan
Fahaman yang menyatakan “Idul Adha” disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla’ dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima.
Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan “Idul Adha” adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah, ia mengambil kira cara anak bulan dilihat (Imkanur-rukyah) iaitu:
“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
a) Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 2º dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3º,
ATAU
b) Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijimak berlaku”.


***************************************************************************
(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

Sekian
Diharapkan sedikit info dan fakta yang Pakteh sertakan ini melalui ahli/pakar dalam bidang berkaitan memberi gambaran sebenar. Sama2lah kita membantu Din PuduRaya agar beliau lebih memahami isu yang cuba dibangkitkannya.

p/s: Pakteh pernah beberapa kali menyertai kolokium/taklimat/pembentangan kertas kerja di peringkat negeri berkaitan Takwim dan rukyah dan hal-2 berkaitan penentuan tarikh2 penting umat Islam, Oleh itu faham la sikit2 untuk diri pakteh dan keluarga pakteh

2 comments:

Anonymous said...

masa aku budak2 dulu..tokwan aku dok pesan...kalo mengaji ugama jangan main2.
jangan campoq bab ugama dengan benda2 lein..takut satgi hang jadi gila.
zaman tu oghang kedah dok panggei gila "ISIN".
gila jenih ni selalu kena kat oghang2 yg dok mengaji ugama tapi salah bawak.
tengok gaya macam alim,berjanggut,berserban dan semayang tak tinggai.
tapi dia ni suka merapu dan bila dia rasa nak baca ayat Quran dia tibai semacan saja tak kira masa dan tempat.
kekadang dia dok gelak sorang2,sengih tak renti2.
AKU RASA LA..din ni pun dah kena penyakit gila ISIN NI(aku agak sajala dan bukan tuduh).
hampa faham la kan..ulaq2mak PAIH ni nampak alim tapi bab duit dan burit depa ni tak jouh beza dengan ahlul dan bahlul dalam paih yang reramai tu.
tak pecaya kalu cuba buka HAPRAKah tu.
iklan ubat keraih dan tahan lama saja yang bekenjah.
pasai tu din ni pun jadi sasau tak tentu hala..
tokwan aku pesan lagi..nak cari bini jangan kacau tunang atau bini orang...
ALLAH murka..balasan DIA amat teruk..
agak2nya..dah ada ka balasan lagu tu ALLAH dah turunkan kerana ramai sangat yang ngaku alim tapi dok kerebok bini oghang zaman la nih.

Pakteh said...

Anon 04:43
Harap2 ISINnya tu dapat diubati. Bertanya pada yang arif...entahla apa konar baring yang DIn ni cuba tunjuk.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih