Thursday, March 1, 2012

Maluu..!! Dr Dzul Ahmad beri pukulan K.O kepada Mat Sabu

Pakteh dah kata...Pas akan malu besar apabila Timbalan Presidennya adalah Mat Sabu..

Sebaik memang dalam pemilihan, Pas dah tanggung akibatnya apabila phone seksnya dengan "bini orang" disedahkan.

Begitu juga apabila Mat Sabu sujud kepada Ambiga untuk turut serta dalam Bersih 2.0. Lebih memalukan Mat Sabu terkantoi menipu kononnya pihak polis langgar beliau.

Lagi malu apabila isu Kedah meletus, peranan besar diberikan kepada orang lain dan Hj Hadi langsung tidak memandang Mat Sabu.

Akhirnya...jika Pakteh jadi Mat Sabu, dua tindakan yang boleh diambil ialah....tampar ja muka Dr. Dzulkifly Ahmad atau pecat ja doktor berkenaan.

Bayangkan kerusi jawatan Timbalan Presiden Pas ini ingin dilelong kepada bukan Islam. Bayangkan juga betapa teruknya Mat Sabu, Jika orang bukan Islam pun layak menggantikan beliau...fikirkan sendiri apa perlunya lagi Mat Sabu terus memegang jawatan tersebut.

Wednesday, February 29, 2012

Panasss..!! Pas Pusat terus menekan MB Kedah - episod 1

Makteh dah lena nyenyak ketika handphone cap ayam Pakteh berbunyi. Biasanya panggilan waktu begini cuma panggilan penting. Memang benar telahan Pakteh...

Perkhabaran dari hujung talian menyebut Pas Pusat sedang bermesyuarat dan akan terus menekan MB Kedah sehingga beliau meletakkan jawatan. Jika diikutkan hati Pakteh, posting ini nak dilepaskan seawal 1 pagi namun Pakteh biarkan sehingga semua manusia Islam di Malaysia terjaga dari tidur untuk sujud menyambah Allah.

Ketika Pakteh menulis untuk mengeluarkan isu MB Kedah secara bersiri, telah pun ada gambaran bahawa semua ini adalah hasil kerja tangan Anwar. Banyak penulis blog dan media beranggapan sedemikian tetapi bagaimana kaitannya?

1. Ingatkah anda Kumpulan 22 ADUN Kedah yang diketuai Dato' Zainol Md Isa menulis surat kepada PM meminta DS Sanusi Junid tidak dilantik menjadi MB dan mahukan Osman Aroff dikekalkan pada tahun 1996? Bagaimana boleh lupa apabila akhirnya pecah lubang semua tindakan itu angkara Anwar Ibrahim.

2. Ingatkah anda bagaimana Ghafar Baba disingkirkan secara halus oleh Anwar Ibrahim dari jawatan TPM dan Presiden UMNO?. Apa isunya ketika itu?

3. Ingatkah anda bagaimana Nassarudin Md Isa kalah jawatan Timbalan Presiden Pas kepada Mohamad Sabu?

Cukup dengan tiga faktor sejarah ini, anda akan sedar inilah cara Anwar menguasai parti Pas. Anwar pernah lakukan dulu dalam UMNO. Anwar singkirkan pemimpin parti yang setia kepada Mahathir dan UMNO dan membawa orang yang sudi berbaiah kepadanya. hari ini, Anwar melakukan perkara yang sama.

Semalam hanya 8 exco hadir untuk angkat sumpah. Ahli biasa di akar umbi mungkin tidak melihat kocakan dipermukaan tetapi anda baca artikel oleh sahabat Pakteh McTheory yang turut berada dalam 2 situasi berbeza pada sidang media Ir Phahrolrozi, Exco Kanan Kedah yang juga Timbalan Ketua Perhubungan 1 Pas Kedah.

Jika betul Anwar nak gulingkan Ostat Azizan, Apa isu yang nak diguna pakai?

Khabarnya......isu MB Azizan anugerahkan projek balak kepada isterinya sendiri..........entahlah....Pakteh tak pasti betoika Ostat bagi kat bini projek balak? Ini bukan tuduhan Pakteh tetapi itulah maklumat dari hujung talian semalam.

Jika Haji Hadi Awang terpaksa menerima Timbalan Presiden dalam paksa rela....
Jika Haji Hadi Awang terpaksa ubah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan...

Apalah sangat setakat nak buatkan Haji Hadi tekan MB Kedah letak jawatan..

Setpol MB orang kampung Pakteh.....takkan tak buat apa-apa kot....kesian la kat MB Kedah kita tu...

Nanti Pakteh sambung dalam siri 2. 

Kandungan siri 2................................


- Sejak bila Pakteh rasa ini mainan Anwar
- Mengapa MB Azizan lebih percayakan Penjawat Awam
- Apa Exco dah buat
- Siapa rujukan utama MB Azizan



Tuesday, February 28, 2012

Memang UMNO yang buat...Pakteh tahu 100%...Khas buat Badrul Amin dan PR

Akhirnya...hari ini.....



Pakteh terpaksa akui satu perkara yang pakteh cuba sembunyikan.

Sebagai orang tua....
Sebagai orang yang telah lama melihat perilaku manusia di Malaysia


Pakteh ingin suarakan satu perkara.......
Dan Pakteh berharap apa yang pakteh sampaikan ini mengembirakan semua pihak...


Sebenarnya...tidak terlalu sukar untuk menilai kaitan antara segala yang berlaku dengan UMNO. Sebelum Pakteh pergi lebih jauh bagaimana UMNO membuat perangkap kepada Badrul Amin, adalah lebih molek sekiranya kes-kes terdahulu Pakteh rungkaikan....

Kes 1. Anwar dipenjarakan kerana kes rasuah

Ini adalah salah satu bukti tindakan UMNO yang melatih penjawat awam terutama pasukan keselamatan supaya berpegang teguh kepada prinsip Bersih Cekap dan Amanah dan untuk pasukan polis ditambah cepat dan betul. Kerajaan Barisan Nasional melakukan segala yang terdaya untuk memastikan penjawat awam melakukan tugas dengan penuh amanah. Hasilnya siasatan yang penuh teliti dan tidak memilih bulu membuatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO menerima hukuman yang setimpal. Harus diingat, Polis bukan menangkap Haji Hadi atau Lim Kit Siang, tetapi menangkap dan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada seorang yang ternama dari UMNO. Inilah kehebatan UMNO. Yang salah tetap salah dan WAJIB menerima hukuman.

Kes 2. Video Seks Chua Soi Lek

Video yang ditunjukkan tidak jelas malah Video China Doll lebih jelas namun pihak Barisan Nasional berpandangan ini akan menjejaskan imej kerajaan. Langkah terbaik adalah letak jawatan yang mana ketika itu CSL adalah Menteri Kesihatan. Walau tidak dimahkamah kerajaan, namun CSL menerima hukuman dari mahkamah rakyat dan beliau berani menerima hukuman dan mengakui kesilapannya.

Kes 3. Anwar liwat Saiful

Ini dikira liwat 2.0 kerana liwat pertama hanya 1 hakim setuju, lagi 2 hakim percaya berlaku liwat namun sukar dibuktikan. Kerajaan BN yang diterajui UMNO sejak dulu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Setiap doktor mempunyai kepakaran masing-masing. Setiap anggota polis ada tanggungjawab masing-masing. Dan inilah yang dilaksanakan mereka apabila ada laporan dari Saful Bukhari. Penjawat Awam tidak bertanya pangkat dan darjat, selagi rakyat mahukan perkhidmatan, mereka sedia menghulurkan bantuan. Sebab itu walau dituduh konspirasi....kelihatannya seluruh bala tentera PR menentang Saiful Bukhori kesorangan. Memang UMNO yang mendidik penjawat awam untuk melaksanakan tugas demi rakyat.

Kes 4. Kes khalwat Badrul Amin

Ini secara terang dan nyata UMNO memberikan kualiti terbaik kepada rakyat. Pas riuh rendah inginkan syiar Islam ditegakkan. UMNO tidak bising tapi melatih penjawat awam agar patuh melaksanakan tugas. Fikirkan jam 3 pagi bergegas ke tempat kejadian apabila menerima aduan. Terlalu BODOH kah untuk memikirkan bahawa kes pasangan ditangkap khalwat ini setiap hari dilaporkan. Apakah itu semua perangkap UMNO?....bukan perangkap tapi tanggungjawab UMNO yang ingin terus memastikan Nur Islam itu dihayati dan diamalkan.
Lagi ulasan tentang Badrul Amin. Pasangan khalwatnya mengakui menemui Badrul, itu sudah cukup untuk disabitkan kesalahan. Woooiii...sapa ajaq khalwat hanya boleh dilakukan dalam bilik?. Tu yang JAIP dok tangkap dalam kereta, tepi taman, tepi sungai, bawah jambatan......Semua tu dikira khalwat apatah lagi pada jam 2.30 pagi bersama bukan mukhrim di hotel(hanya bertemankan seorang kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa).


Jika ini kaitannya hendak disabitkan dengan UMNO......ya..memang UMNO terlibat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Sesiapa sahaja yang bersalah....UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional telah melatih penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawabnya.




Syabas UMNO.........

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih