Jumaat yang mengasyikkan. Curahan hujan membasahi tanah yang agak lama kekeringan. Mungkin ada tempat kontang tanpa air namun semalam...hujan membasahi bukit, lurah, dan dataran luas memberikan rasa tenang kepada insan pada pagi ini.
Sayang sekali, hari-hari yang perlu dilalui dengan rasa tenang diganggu oleh fitnah keji puak Pas. Sejak minggu lalu golongan penfitnah ini memainkan isu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) MENGHARAMKAN kuliah agama di kediaman rasmi menteri besar di Mentaloon. Yahudi manakah yang merasuk puak ini?.
Apabila semakin hampir dengan tarikh kuliah akan berlangsung dimainkan isu KONONnya rakyat marah kerana diharamkan. Rakyat mana?
Apabila terlalu hampir iaitu esok akan diadakan kuliah seperti biasa, bermula beberapa hari lalu dimainkan isu Rakyat melalui campurtangan mufti Kedah telah menekan Datuk Paduka Mukhriz sehinggakan kuliah ini terpaksa diteruskan.
Lihat juga petikan dari blog kedah ke KL
Jawapan daripada Dato Paduka Mukhriz,Sebenarnya mengenai kuliah Sabtu di Mentaloon, apabila saya tanya dgn pentadbiran Masjid Zahir, mereka kata mereka langsung tak terlibat kerana pengisian kuliah terlalu berunsur politik PAS. Oleh itu bila saya cadangkan utk teruskan kuliah tanpa unsur politik, mereka kata itulah yg sebaiknya. Maka saya pun bincang dgn Dato Mufti mengenai pengisian tersebut. Walaupun sehebat mana PAS punya spin, Allah Maha Mengetahui. (Petikan dr blog kedahkekl)
Tuan tuan dan Puan puan...saudara saudari muslimin dan muslimah......LIHATLAH
Dasyatnya permainan fitnah keji puak Pas. Sepatutnya apabila kalah...terima hakikat dan bermuhasabah diri...akui kelemahan dan perbaiki kesilapan. Bukan dengan terus menabur fitnah.
Rakyat amat sedar bahawa selepas mengangkat sumpah sebagai MB Kedah, DPMM telah menyatakan kuliah agama di Mentaloon akan diteruskan seperti biasa. Yang Dajalnya ialah penfitnah ini secara jahat mendakwa DPMM mengharamkan kuliah agama.
Bagi Pakteh....buatlah kerja secara ikhlas. Tidak salah cuba menguatkan Pas malah dituntut kerana anda adalah ahli parti Pas...tanggungjawab anda menguatkan Pas. Namun menggunakan fitnah terhadap lawan untuk menguatkan parti....sudah pasti jawapannya ialah PAS AKAN KALAH TERUK PRU14 jika fitnah jahat sebegini dijadikan teras parti.
Pesan Pakteh: Bertaubatlah.....masa masih ada....jangan apabila terhukum...baru terngadah dan menyesal.
p/s: Betoika esok ada kuliah agama.....betoi la....mai la ramai-ramai...InsyaAllah dijamin tidak ada caci maki...ini kuliah agama...
Friday, June 7, 2013
Wednesday, June 5, 2013
Kerja jahat ni lama-lama nampak juga pekungnya
Untuk Permulaan, Pakteh ambik terus dari Kedah Times yang keluarkan artikel ini pada jam 10 pagi tadi. Niat asal nak keluarkan serentak namun memikirkan artikel Pakteh yang agak lama berehat juga baru dipaparkan......pakteh tangguhkan niat tersebut.
Hal ini bukan sahaja berlaku di KHTP namun di banyak syarikat yang ditadbir oleh orang yang kononnya tau semua. Ini henjutan awal untuk Puak Pas Kedah....
--------------------Artikel Kedah Times-------------------------
Walaupun kerugian anak syarikat kerajaan negeri semasa pentadbiran PAS adalah satu kemestian, kerana ditadbir oleh CEO lantikan politik, kami rasa gatal tangan juga nak dedahkan satu persatu nilai kerugian tersebut supaya penyokong PAS dapat menilai kronisma yang berlaku dalam PAS sepanjang 5 tahun memerintah Kedah.
Walaupun golongan ini suka main masuk angka dua kali bagi menunjukkan bahawa syarikat tadbiran mereka untung, kebenarannya syarikat tadbiran mereka rugi besar.
Itulah sebabnya, dalam laporan mereka bentangkan keuntungan, bila nak bayar gaji terpaksa pinjam duit luar. Untung apanya tak ada duit, tidakkah gila namanya tu?
Kenapa jadi begitu?
Kerana tiada langsung pengalaman, dan mentadbir syarikat berdasarkan cakap besar dan gimik agama semata mata, akhirnya syarikat ditadbir ala pak pandir.
Kulim Technology Management (KTMSB) adalah anak syarikat dalam kumpulan Kulim HiTech Park (KHTP) yang mendapat peruntukan dari kerajaan pusat dalam bentuk peratalatan mesin canggih EDM, Wirecut, CNC, robotik dan lain-lain berjumlah lebih RM65 juta untuk membantu dan membangunkan usahawan di wilayah utara.
Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) yang ditadbir oleh sahabat yang dilantik Hj. Sobri, iaitu Hj Omar telah mengalami kerugian RM7 juta bagi tahun kewangan 2012 sahaja.
Kenapa syarikat yang diberi modal percuma dan sewa percuma hampir ratusan juta ringgit boleh rugi?
Haji Omar yang disokong oleh parasit dalaman, orang kuat PKR dan antara penggerak Bersih, Ahmad Mokhtar Azizan, telah merugikan KTMSB bukan disebabkan kecuaian....Sebaliknya kerana sifat kronisma yang sangat tinggi dan sikap malas... yang beliau tidak malas hanyalah bercakap dan promosi diri.
Sebaik dilantik menerajui KTMSB, beliau telah memulakan kronisma dengan melantik Munir Uban sebagai konsultan tidak rasmi yang sepatutnya mencari peluang perniagaan bagi KTMSB. Janjinya adalah setiap peluang yang dibawa kepada KTMSB, maka Munir Uban akan diberi komisyen.
Dengan janji sebegini, KTMSB sepatutnya dapat menjimatkan kos gaji kepada kakitangan bahagian pemasaran kerana telah dibayar komisyen kepada konsultan, iaitu Munir Uban.
Apa yang berlaku ialah Munir Uban menjadi pemandu sarapan pagi dan makan tengahari Haji Omar, dan diberi kuasa penuh untuk memerintahkan kakitangan KTMSB membuat aktiviti pemasaran, dan komisyen akan dibayar kepada Munir Uban. Jadinya, KTMSB terpaksa menanggung kos dua kali. iaitu gaji kakitangan untuk membuat pemasaran dan dalam masa yang sama membayar komisyen pemasaran kepada Munir Uban. Jadi sudah tentulah KTMSB mengalami kerugian kerana kos pemasaran adalah dua kali ganda.
Jika itu sudah mengejutkan, sebenarnya itu baru sedikit...
Oleh kerana Munir Uban diberi kuasa sepenuhnya "mentadbir" KTMSB oleh CEO yang malas (kecuali bercakap besar), maka segala keutamaan pesanan yang masuk terletak pada titah perintah Munir Uban.
Disinilah Munir Uban membuat untung, dimana order yang masuk pada harga bawah kos (yang merugikan KTMSB) adalah dibuat daripada syarikat milik Munir Uban sendiri. Oleh kerana Munir Uban membeli barang dibawah harga kos dari KTMSB (Nama KTMSB ditukar kepada K-Techno untuk lari dari dikejar pemiutang), maka tentulah KTMSB rugi besar.
Dan oleh kerana Munir Uban menelan komisyen berdasarkan nilai jualan, tentulah dapat makan dua kali ganda, iaitu untung komisyen apabila pesanan banyak dan untung lebih besar kerana mendapat bekalan dibawah harga kos kepada syarikatnya sendiri.
Tentu sekali sekarang pembaca faham bagaimana anak syarikat kerajaan dibawah PAS boleh rugi sehingga RM7 Juta pada 2012 sahaja
Itulah yang Hj. Sobri, Timbalan Ketua PAS Sungai Petani merangkap Presiden KHTP dan kroni-kroninya buat selama lima tahun, iaitu mengkayakan kroni
Jadi, kepada pecacai PAS yang dok tanggung bendera DAP tu, sedarlah bahawa anda telah ditipu oleh pemimpin Pas dan kroni mereka. Bukan tipu sikit-sikit, tipu gergaji dua mata, tipu makan berganda.
Dah sebulan dah.. !! cukup cukup sudah...!! Lain kalilah...
5 Jun 2013 bukanlah hari yang ada apa-apa. Cuma hari biasa seperti hari lain, tidak ada istimewanya. Cuma hari ini, genap lingkaran sebulan BN menerajui semula negara dan ditambah kemanisan itu dengan BN Kedah kembali memimpin negeri.
Sebulan yang benar-benar mencabar. Bukan menafikan kekuatan PR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim tetapi hakikat harus diterima iaitu BN telah sebulan memerintah Malaysia pasca PRU13. Anwar Ibrahim gagal menakluki Putrajaya biarpun segala kejahatan Yahudi digunakan. Pelukan erat terhadap DAP menyebabkan nafas jahat Anwar berjalan lancar tanpa boleh disekat. Red Bean Army dan gerombolan penfitnah tegar PR melakukan segala-galanya untuk menduduki Putrajaya.
Pakteh akui kehebatan Anwar dalam soal melakukan perkara jijik. Cuma Anwar perlu sedar sehebat mana pun perancangannya, ketentuan Allah SWT adalah ibu segala perancangan. Jika dihalusi secara telus, PR akan kalah teruk jika mereka bermain PRU13 secara jujur seperti BN.
Apakah ini satu notis akhir untuk BN agar PRU14 nanti, pertahanan yang lebih kuat perlu dibuat?. Segalanya bergantung kepada Penguasa yang dilantik. Lupakan hal ini sebentar kerana Pakteh sekadar ingin bersembang santai....
Ketika BN ingin meraikan kemenangan terindah di Kedah, berita TS Ostat Azizan sedang sakit sampai ke telinga Pakteh. Ya betul ketika sibuk berkempen, banyak kelemahannya didedahkan dan Pakteh antara individu yang turut melakukan perkara tersebut. Itu adalah lumrah. Namun berita penderitaanya yang begitu mengejutkan merencatkan kegembiraan meraikan kemenangan. Adat bertanding, apabila keputusan sudah termaklum, hubungan silaturrahim takkan terputus. Besar harapan Pakteh agar TS Ostat Azizan semakin bertambah baik.
Kekalahan Pas Kedah membongkar banyak perkara menarik. Disaat Selangor, P. Pinang menjadi semakin kuat malah Perak hampir dapat dirangkul, Kedah tumbang dengan teruknya. Sebagai pemerhati politik berstatus kampung, Pakteh menyedari Pas kedah sangat bermasalah. Ini bukan bermakna UMNO Kedah teramat baik namun Pas Kedah menjadi lebih teruk dari UMNO, maka akhirnya BN keluar sebagai pemenang. Mungkin istilah beruk dapat bunga kita boleh samakan dalam kes ini. Pas Kedah seperti dilanda keseronokan yang melampau seolah-olah itulah henjutan terakhir yang menuju klimak yang memberi kepuasan berganda. Pas terlupa istilah ejakulasi pra matang bilamana mereka teraba-raba menuju klimak akhirnya tertewas dipertengahan jalan.
Henjutan demi henjutan Pas Kedah sejak dari awal memerintah sudah mengambarkan mereka sangat tidak berpengalamn. Seolah-olah si teruna desa yang terpaku melihat gadis gebu didepan mata namun kaget untuk bertindak. Terketar tangan kaki sehingga sejuk menusuk tulang sum sum namun tindakan masih tidak berlaku. Gegar suara hanya berbunyi di kerengkung tetapi gagal ditafsirkan oleh bibir dan akhirnya....tertewas sebelum berjuang...itulah Pas Kedah. Namun amat Jalang sekali apabila sebelum beradu, gah suara..gegak gempita seluruh alam konon merekalah raja segala penyelesaian masalah. Segala kebaikan UMNO selama puluhan tahun sekadar sebutir pasir dikaki kiri yang pasti terjatuh apabila kaki melangkah. Tidak ada langsung jasa UMNO dimata Pas.
Memang selayaknya hari ini, Pas Kedah menjadi pemerhati kepada henjutan demi henjutan UMNO yang begitu gagah menuju puncak kepuasan. Rakyat Kedah akan merasai kepuasan ini....dan pasti jika kegagahan sebulan ini diteruskan....rakyat akan terus minta dihenjut dengan segala kebaikan dan kebijakan. Mereka telah sedar selama ini Pas Kedah hanya gah pada suara namun apabila mula menghenjut...mereka tertewas sebelum fail dibuka.
Saat ini, pakteh teringatkan angka 503 yang dijaja Pas Kedah tapi tak laku kerana mereka tidak ikhlas. Pada ketika ini juga.....elok benar rasanya Puak Pas Kedah mula menghitung berapa banyak kerosakan dan kerugian yang mereka buat sepanjang 5 tahun menjadi penguasa. InsyaAllah....pada kali ini..kita bersantai kosong tanpa data dan fakta...tanpa nama dan agenda...tanpa maklum dalam bicara......Pasti...untuk hari-hari berikutnya....segala Kejalangan Pas ketika menghenjut dahulu akan didedahkan...
p/s: Kata Pakteh....Betoika puak lantikan politik banyak yang kena penyakit buasir?....muka dah tak ceria 30 hari dah.............................betoi la kot...
**Note: Ayat pertama dari perenggan pertama : Pembetulan tarikh dari 6 Julai 2013 kepada 6 Jun 2013 - Maaf kerana tersilap tarikh. Terima kasih kepada mFBI
**Note: Ayat pertama dari perenggan pertama : Pembetulan tarikh dari 6 Julai 2013 kepada 6 Jun 2013 - Maaf kerana tersilap tarikh. Terima kasih kepada mFBI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih