Wednesday, June 5, 2013

Kerja jahat ni lama-lama nampak juga pekungnya

Untuk Permulaan, Pakteh ambik terus dari Kedah Times yang keluarkan artikel ini pada jam 10 pagi tadi. Niat asal nak keluarkan serentak namun memikirkan artikel Pakteh yang agak lama berehat juga baru dipaparkan......pakteh tangguhkan niat tersebut.

Hal ini bukan sahaja berlaku di KHTP namun di banyak syarikat yang ditadbir oleh orang yang kononnya tau semua. Ini henjutan awal untuk Puak Pas Kedah....

--------------------Artikel Kedah Times-------------------------

Walaupun kerugian anak syarikat kerajaan negeri semasa pentadbiran PAS adalah satu kemestian, kerana ditadbir oleh CEO lantikan politik, kami rasa gatal tangan juga nak dedahkan satu persatu nilai kerugian tersebut supaya penyokong PAS dapat menilai kronisma yang berlaku dalam PAS sepanjang 5 tahun memerintah Kedah.

Walaupun golongan ini suka main masuk angka dua kali bagi menunjukkan bahawa syarikat tadbiran mereka untung, kebenarannya syarikat tadbiran mereka rugi besar.

Itulah sebabnya, dalam laporan mereka bentangkan keuntungan, bila nak bayar gaji terpaksa pinjam duit luar. Untung apanya tak ada duit, tidakkah gila namanya tu?

Kenapa jadi begitu?

Kerana tiada langsung pengalaman, dan mentadbir syarikat berdasarkan cakap besar dan gimik agama semata mata, akhirnya syarikat ditadbir ala pak pandir.

Kulim Technology Management (KTMSB) adalah anak syarikat dalam kumpulan Kulim HiTech Park (KHTP) yang mendapat peruntukan dari kerajaan pusat dalam bentuk peratalatan mesin canggih EDM, Wirecut, CNC, robotik dan lain-lain berjumlah lebih RM65 juta untuk membantu dan membangunkan usahawan di wilayah utara.


Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) yang ditadbir oleh sahabat yang dilantik Hj. Sobri, iaitu Hj Omar telah mengalami kerugian RM7 juta bagi tahun kewangan 2012 sahaja.

Kenapa syarikat yang diberi modal percuma dan sewa percuma hampir ratusan juta ringgit boleh rugi?

Haji Omar yang disokong oleh parasit dalaman, orang kuat PKR dan antara penggerak Bersih, Ahmad Mokhtar Azizan, telah merugikan KTMSB bukan disebabkan kecuaian....Sebaliknya kerana sifat kronisma yang sangat tinggi dan sikap malas... yang beliau tidak malas hanyalah bercakap dan promosi diri.

Sebaik dilantik menerajui KTMSB, beliau telah memulakan kronisma dengan melantik Munir Uban sebagai konsultan tidak rasmi yang sepatutnya mencari peluang perniagaan bagi KTMSB. Janjinya adalah setiap peluang yang dibawa kepada KTMSB, maka Munir Uban akan diberi komisyen.


Dengan janji sebegini, KTMSB sepatutnya dapat menjimatkan kos gaji kepada kakitangan bahagian pemasaran kerana telah dibayar komisyen kepada konsultan, iaitu Munir Uban.

Apa yang berlaku ialah Munir Uban menjadi pemandu sarapan pagi dan makan tengahari Haji Omar, dan diberi kuasa penuh untuk memerintahkan kakitangan KTMSB membuat aktiviti pemasaran, dan komisyen akan dibayar kepada Munir Uban. Jadinya, KTMSB terpaksa menanggung kos dua kali. iaitu gaji kakitangan untuk membuat pemasaran dan dalam masa yang sama membayar komisyen pemasaran kepada Munir Uban. Jadi sudah tentulah KTMSB mengalami kerugian kerana kos pemasaran adalah dua kali ganda.

Jika itu sudah mengejutkan, sebenarnya itu baru sedikit...

Oleh kerana Munir Uban diberi kuasa sepenuhnya "mentadbir" KTMSB oleh CEO yang malas (kecuali bercakap besar), maka segala keutamaan pesanan yang masuk terletak pada titah perintah Munir Uban.

Disinilah Munir Uban membuat untung, dimana order yang masuk pada harga bawah kos (yang merugikan KTMSB) adalah dibuat daripada syarikat milik Munir Uban sendiri. Oleh kerana Munir Uban membeli barang dibawah harga kos dari KTMSB (Nama KTMSB ditukar kepada K-Techno untuk lari dari dikejar pemiutang), maka tentulah KTMSB rugi besar.

Dan oleh kerana Munir Uban menelan komisyen berdasarkan nilai jualan, tentulah dapat makan dua kali ganda, iaitu untung komisyen apabila pesanan banyak dan untung lebih besar kerana mendapat bekalan dibawah harga kos kepada syarikatnya sendiri.
Tentu sekali sekarang pembaca faham bagaimana anak syarikat kerajaan dibawah PAS boleh rugi sehingga RM7 Juta pada 2012 sahaja
Itulah yang Hj. Sobri, Timbalan Ketua PAS Sungai Petani merangkap Presiden KHTP dan kroni-kroninya buat selama lima tahun, iaitu mengkayakan kroni
Jadi, kepada pecacai PAS yang dok tanggung bendera DAP tu, sedarlah bahawa anda telah ditipu oleh pemimpin Pas dan kroni mereka. Bukan tipu sikit-sikit, tipu gergaji dua mata, tipu makan berganda.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih