Monday, November 8, 2010

Edisi Geram!!! Takkan tugas TPM nak angkut taik wahai MB Pas oiii

Akhbar Pro Pas : Sinar harian melaporkan dengan tajuk "Azizan Bidas Mahyudin' dakwaan tidak berasas" berkaitan teguran Mahyudin kepada Pemimpin Negeri Kedah yang LEMBAB dalam menguruskan jentera membantu mangsa banjir.

MB Pas Kedah yang tak tau apa-apa ini merpersoalkan mengapa Mahyudin hanya mai kedah selepas 7 hari banjir melanda. Aduhh..pening pakteh memikirkan sampai tahap mana bebalnya MB Pas yang berkelulusan tinggi ini. Jika seorang TPM perlu turun angkut taik, sapa yang nak arahkan pengangkut taik turun?. Bukankah Sharizat dah turun?, Bukankah Johari Baharom naik kepala traktor dah ada? Bukankah segala jentera pusat dah bertungkus lumus membantu dan sebagai TPM,Bukankah MKN terpaksa takeover untuk membantu?. Oleh itu hari keberapa Mahyudin datang tidak menjadi persoalan lagi kerana jentera untuk membantu sudah digerakkan.

Jika datang awal pulak mesti dikatakan TPM ni hanya nak tagih keuntungan politik. Sepatutnya yang malu ialah MB Pas ini yang menggerakkan jenteranya begitu lembab. Hari ketiga rakyat Kedah meredah banjir barulah kelihatan jentera negeri bergerak lebih tersusun. Oleh itu, janganlah salahkan padang tidak rata bila kalah bola, jangan salahkan projek ketapi berkembar bila banjir melanda. Salahkan ketidakupayaan diri dalam menguruskan bencana. Salahkan exco yang nyenyak diulit bini dalam selimut tebal ketika rakyat marhain menagih segelas air panas untuk membancuh susu anak.
80% tanggungjawab menguruskan bencana ini sepatutnya dibawah kerajaan negeri, namun kerajaan PUSAT tidak pernah memandang ringan dalam soal keselamatan dan kebajikan rakyat, oleh itu apabila Kerajaan Pas Kedah GAGAL, MKN takeover dan jika MB pas yang tak tau apa-apa ini nak hidup lebih selesa, mengakulah anda telah GAGAL.

p/s: Hang kata hang tera..awat jadi lagu ni pulak....THUIHHH...pi mampoih la hangpa lepaih ni....
bukan pakteh kata..tapi orang lain kata..

Saturday, November 6, 2010

Edisi MALU!!!! Ini alasan seorang MB Pas bila banjir

Baca petikan di Malaysiakini
Kata MB Azizan: Landasan berkembar punca banjir buruk di Kedah.
Pakteh tak ambik ulasan RTM atau Utusan Malaysia takut dituduh putar belit fakta sebab kedua2nya Pro BN. Pakteh ambik dari Malaysiakini yang jarang konar baring jika dari PR sebaliknya konar lipat bila BN.

Malu pakteh berMBkan seorang yang hanya memberikan alasan sebegini apabila lebih 33 ribu dipindahkan akibat banjir. Katanya Airport tak banjir pada tahun 2005 sebab xdak lagi projek bekembar tu. MB ni tak ikuti perkembangan ka?. sejak minggu lepas lagi laporan dari banyak pihak mengatakan hujan yang turun pada tahun ini lebih lebat. Diulangi, lebih lebat berbanding 2005. Pakteh sendiri pada tahun 2005 melalui 12 banjir dan tahu sangat dimana hujannya tidak selebat tahun ini.

Mengapa teruk benar alasan dari seorang MB yang tidak mampu menerima hakikat negerinya banjir. Sepatutnya kini digembelengkan usaha membantu mangsa banjir dan bukannya mencari alasan bodoh dan bangang. Jika faktor landasan berkembar, mungkin itu kes terpencil yang hanya kawasan tertentu terlibat, mengapa dikatakan menjadi punca secara total?.

Rata-rata penduduk mengeluh kerana bantuan hanya sampai dari kerajaan pusat dan jentera yang digerakkan oleh UMNO/BN. Bantuan dari Kerajaan Kedah ada dilaksanakan namun kucar kacir dan seperti tidak ada command center yang menguruskan semua mangsa di Kedah. Rakyat sepatutnya menilai kemampuan pari mana yang betul2 menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sekadar janji kosong untuk menjadi Negara Berkebajikan seperti yang dilaung2kan dalam manifesto. Inilah masa terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pas mampu menjaga kebajikan rakyat. Masa dimana rakyat sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan. Jika masa senang, hang bagi ka tak bagi, rakyat tak kisah sangat. Tapi pada masa ini, setitik air bersih amat bernilai. Satu tin sardin amat berharga dan bihun kosong tanpa daging juga begitu dihargai. Peruntukan tambahan 300 ribu menjadikan 600 ribu bagi pakteh amat tidak memadai.
Setiap seorang hanya menerima sekitar 16 ringgit ke 18 ringgit dan pembaca boleh bayangkan nilai ini.

Bagi pakteh, Kerajaan Pas Kedah memang GAGAL samada menjana ekonomi negeri, menjaga kebajikan rakyat atau memartabatkan sosial penduduk. Bahasa mudahnya, Pas gagal dalam kesemua bidang, ekonomi, sosial dan juga politik di negeri Kedah.

Monday, November 1, 2010

Sanusi Setpol baru sedar?

Salam
pakteh ada meninggalkan sedikit komen di blog Saudara Sanusi Setpol MB Kedah. Hari ini pakteh dapat membaca komen2 tersebut namun untuk terus membuat komen, pakteh sudah tidak dapat mengakses ruangan komen tersebut. Harap Saudara Sanusi dapat membantu.

Berkaitan kepala-kepala dalam GLC di Kedah yang tidak dapat membuat/membawa/memcipta sebarang projek, perkara ini sudah lama disedari oleh rakyat. Begitu juga dengan lawatan2 kerja yang bertukar menjadi lawatan sosial dimana duit GLC digunakan namun hasilnya kosong. Begitu juga dengan percubaan untuk melabur di luar negara seperti balak yg rugi sebelum projek berjalan. Begitu juga dengan kolam2 ikan yang terbiar di Langkawi atau masalah di Kulim Hi-Tect yang semakin kelam kabut dan caca merba.
Mungkin Sanusi baru sedar jika tidak ditegur, masalah ini boleh menyebabkan Pas Kedah kembali menjadi pembangkang.

Siapa harus bertanggungjawab kepada projek di depan tangga Sanusi sendiri di Sungai Pau Sik?. Projek ternakan ikan keli yang terhebat dalam sejarah kerana terpaksa diterokai hutan simpan yang kaya dengan kayu balak. Sebab itulah pada hari pelancaran yang signboardnya begitu gah, pakteh dan nyatakan kepada rakan2 bahawa projek keli ini belum jual lagi dah untung. Apa untungnya?. Kayu balak yang dijaga elok dizaman BN terpaksa ditebang untuk membuat jalan dan lapangan meletakkan kolam ikan dan hasil balak tersebut sudah memadai jika ikan keli hanya dijual di tepi jalan di Sungai Pau.

Jika inilah parti yang memperjuangankan rakyat, pakteh percaya Kedah akan terus ketinggalan bersama MBnya tau tak tau apa-apa.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih