Tuesday, March 19, 2013

Kejelekan yang keterlaluan. Pas sedar mereka sudah tewas di Kedah

Selepas berehat panjang untuk hanya mengikuti perkembangan di Lahad Datu, Malam ini 19/03/2013 Pakteh terpanggil untuk menulis semula. Sejak beberapa minggu lalu, Pakteh hanya berFB dan tidak berblog.
Kesempatan berehat dari menulis ini memberi ruang kepada Pakteh untuk menilai parti-parti yang ingin berkhidmat kepada rakyat Kedah. Pakteh agak jarang mencelah apabila Ostat Azizan tertenyeh diri sendiri dengan Isu Balak di Pedu, Isu Bandar Sejahtera di Pokok Sena, Isu KUIN di Kola Ketil, dan pelbagai lagi isu yang jika dihimpun melayakkan Pemerintahan ini digelar Pemerintah serba tak kena.

Pakteh biarkan juga rakan-rakan dari PR menulis mempertahankan setiap tindakan Pas Kedah biarpun kebanyakkannya hanya sekadar pertahanan kosong yang begitu mudah dibahan peluru blogger BN. Pakteh juga mengikuti dengan dekat pendekatan yang digunakan Tn Hj Sanusi Setpol MB yang akhir-akhir ini layak digelar pencatur politik Pas Kedah.

Akhirnya malam ini, Pakteh merasakan kejelekan yang berlaku dibawah pemerintahan perlu sama-sama dikongsi walaupun Lahad Datu masih ada sisa-sisa pengganas.

Rata-rata pengikut setia Pas merasakan mereka akan menang di Kedah malah akan juga merampas Putrajaya. Inilah gula-gula Anwar Ibrahim yang mengalunkan lagu kemenangan kemana sahaja beliau pergi. Hakikat sebenar ialah PR kini hanya bernyawa ikan malah jika dicabut oksigen....perutnya akan kembung dalam mula membusung meninggalkan bau busuk akibat sudah lama mati beragan.

Keturunan Pakteh ada yang berakit-rakit dari Ulu Sungai Muda kerana kerajaan nak buat Empangan Muda. Lubok Mahang ditinggalkan demi kemajuan dan Pakteh sehingga kini terasa seperti masih bermain-main ditepian sungai yang dingin dan jernih. Itu dulu....kini kerakusan Gerombolan Azizan sudah makin mendekati kenangan lama di Lubok Mahang. Ya..mereka merembat balak di Pedu tetapi apakah jika mandat masih diberikan kepada mereka......tidak mustahil kerakusan itu akan sampai ke Empangan Muda dan akhirnya seluruh Kedah tidak ada lagi hutan yang layak dipanggil rimba.

Pakteh terfikir bagaimana Azizan dan Setpol boleh bermain-main dengan rakyat dalam urusan amanah. Ladang Rakyat dijanjikan dengan tanaman yang sukar untuk dimengertikan. Bukan tidak bijak untuk berbuat demikian tetapi amat tidak berbaloi apabila terpaksa merosakkan khazanah yang dipelihara sejak sekian lama oleh BN.
Mungkin inilah pokok buah buahan yang dijanjikan Azizan

Rakyat bukan mempertikaikan kepakaran PAS dalam mencari duit tetapi apabila ianya berbunyi Ladang Rakyat atau apa sahaja projek tetapi mengakibatkan Pokok Balak terpaksa ditebang,,,,,rakyat teringatkan Keli K di Sungai Pau, Sik yang terpaksa dijamu umpan Balak.

Belum pun Azizan menghela nafas kelegaan apabila bijak pandai Pas menerima hakikat pokok ajaib yang ditanam Azizan akan mengeluarkan bermacam jenis buah, timbul pula isu kegagalan melaksanakan projek yang dirasmikan sendiri oleh Azizan. Mahfuz Omar yang sering terlompat dalam Dewan Parlimen mungkin boleh memikirkan apa pula nak diauta apabila projek ni gagal. Sebenarnya kemungkinan projek ini sengaja diGAGALkan tidak boleh ditolak ketepi. Bukankah Mahfuz adalah seteru Azizan dan Azizan diketahui mudah panas baran. Entah apa nasihat yang diberikan oleh Setpol hinggakan Mahfuz yang berbangga kerana berjaya mewujudkan Bandar Sejahtera kini terkedu kerana Bandar Sejahtera kini hanya wujud atas kertas. Mungkin ini sekadar lawak ala-ala Mr Bean.


Menyedari rakyat Kedah amat marahkan Pas Kedah, Azizan diajar supaya menggunakan pendidikan sebagai cara mengambil semula hati rakyat. Maka di war-warkan KUIN akhirnya berjaya tersergam di Kuala Ketil. Setpol MB bukan main gembira malah sempat menempelak Kerajaan Persekutuan. Akhirnya hari ini, wajah sebenar puak yang sering mempermainkan agama ini terbongkar. Demi nama, demi politik, demi ego akhirnya pelajar menjadi mangsa. Tidak pernah terfikir oleh Pakteh puak ini begitu jelek dan menjengkelkan. KUIN yang sering bermasalah terus dipergunakan untuk menarik sokongan rakyat. kegagalan menyediakan asrama pelajar akhirnya memakan diri. Itulah akibatnya apabila tidak ikhlas dalam melaksanakan amanah.

MB Azizan makin garu kepala kerana disangka segala mainan politiknya akan berjaya apatah lagi penasihatnya ialah Tn Hj Sanusi yang bijak mengambil kesempatan. Eh eh...dengaq kata beli rumah di Loq Staq tu bawah harga sebenar....betoika?....jangan marah....Pakteh tak tau apa2...saja tanya ja...

MB Azizan bukan sahaja ditekan oleh BN yang inginkan Pas memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tetapi dari PR yang tidak senang dengan cara Azizan. Kelompok Pas di Kedah yang terlebih taksub kepada Anwar semakin ramai dan tidak mustahil akhirnya kesetiaan ahli Pas kini lebih kepada Anwar berbanding Hadi. Jika diletakkan Azizan dan Anwar, mungkin Setpol MB Sendiri akan memilih Anwar....entahlah....
Pengakuan sebegini membuktikan Pas sudah dijajah mindanya oleh Anwar

Azizan tertekan kerana cara kerja Anwar amat berbeza dengan beliau, Anwar akan merobek apa sahaja yang menghalang malah setiap aturan dibuang ketepi. Salah laku Anwar yang tertonjol kini menyukarkan Azizan untuk meyakinkan rakyat Kedah bahawa bakal PM pilihan PR ialah Anwar. kejijikan puak Pas hingga kini ialah mereka masih merelakan Anwar meliwat kredibiliti mereka.

Azizan makin parah. Hatinya ingin memberontak namun sifat kebaculan yang sedia ada menghalang beliau. Bukan tidak disedari agenda DAP tetapi dibiarkan sahaja kerana itulah kehendak Anwar. Azizan yang baran pasti membuak-buak kemarahannya pada Lim Guan Eng yang inginkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Entah apa hantu yang meresap dalam jiwa.....Azizan hanya mampu mengangguk setiap tutur kata Hadi dan kini jadilah MB Kedah menerima saranan PR dan saranan CM Penang. Begitulah dasyatnya apabila agenda politik melangkaui kepentingan agama.

Terkini....Pakteh percaya, tekanan yang sudah tidak mampu tertanggung lagi oleh Azizan menyebabkan Pahrolrazi menjadi mangsa terbaru beliau. Pakteh gembira akhirnya kejijikan dan kejelekan Pas Kedah didedahkan oleh puak mereka sendiri. Sedang rakyat bersedia untuk menghadapi PRU13, Azizan melalui Setpolnya bersedia membunuh karier politik seteru beliau dari Pas. Umum mengetahui Pahrolrazi mampu menggugat jawatan MB Kedah sekiranya Pas mengekalkan kerusi di DUN Kedah (pas akan gagal).

Jelas peristiwa "penculikan 2 jam" yang berlaku membongkar segala kebobrokan Pas Kedah. Amat malang rakyat Kedah kerana terpaksa bertuankan MB yang ada nafsu yang besar. Jika sesama rakan pun Azizan sanggup bunuh, apalah sangat rakyat biasa. Sebab itu jawapan kepada wartawan akhbar sangat memualkan. Langsung tidak menghormati wartawan. Entah apa akan jadi jika puak2 ini terus memerintah lagi 5 tahun. Mungkin segalanya hanya tinggal kenangan. Jika pemimpian sendiri diTAIKkan..apalah sangat pimpinan BN.

Pesanan Pakteh.....bersedialah dengan segala cara untuk menangkis segala kejahatan yang bakal dijatuhkan oleh PAS terhadap kepimpinan UMNO/BN.

Puak Pas tidak sukar untuk berbuat demikian kerana mereka hanya perlu menulis  fakta atau merekayarsa. Akhirnya cerita yang auta direka demi kelangsungan berkarya. Atas faktor itu, Pakteh meneliti secara serius artikel Kedah Times tentang PEMBUNUHAN KAREKTOR. Sebenarnya skill sebegini sedang dan bakal digunakan jentera Anwar. Entah berapa fitnah yang sudah ditaburkan dan Pakteh amat-amat yakin, segala penipuan/fitnah yang ditaburkan tidak diminta untuk dijawab. Mereka sekadar ingin mengaburi mata rakyat yang kebetulan hijau. Pimpinan BN/UMNO Kedah terutama yang mempunyai aura untuk kemenangan UMNO di Kedah harus bersedia dengan fitnah2 yang bakal muncul.

Akhirnya......selamat berjuang dan terimalah hakikat....perjuangan Pas Kedah penuh dengan kejelekan dan hanya beberapa hari saja lagi masanya akan tiba untuk mengundurkan puak ini dari terus merosakkan Kedah.

ralat: Pembetulan tarikh telah dibuat iaitu 19/03/2013 dan bukannnya 19/03/2012 pada baris pertama di perenggan pertama. harap maklum

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih