Monday, March 25, 2013

Bila bab Masjid pun Pas menipu...Setpol kena jawab



Bila soal rumah Allah pun Pas menipu....apalah sangat dalam soal-soal lain. Puak Pas mungkin merasakan mereka telah dijamin syurga oleh Nik Aziz lantaran itu tanpa rasa takut, segala penipuan boleh dihalalkan.

Pakteh bukan ingin mengulas dari segi bukti dan data kerana segala2nya telah dipaparkan dalam blog, twitter dan FB bagaimana dasyatnya Pas Kedah mengakui telah membina 12 buah masjid sepanjang mereka bermaharajalela. 

Pakteh hanya inginkan penjelasan yang ikhlas dari individu yang sepatutnya.

Mana mungkin MB Kedah Ostat Azizan yang ditaglinekan sebagai "tak tau apa-apa" akan menjawab isu ini. Soal penipuan ini melibatkan kredibiliti Pas Kedah. Soal penipuan ini melibatkan maruah Pas Kedah. Soal penipuan ini melibatkan pegangan agama Pas Kedah.

Mungkin Setpol MB selaku Ketua Penerangan Pas Kedah boleh memberi penjelasan. Apalagi Pakteh melihat sejak dahulu, inilah individu yang tampil untuk memberikan fakta, data dan auta untuk mempertahankan Pas kedah.

Namun begitu, Pakteh berharap mendapat jawapan yang ikhlas dari hati. Jawapan yang mempunyai rasa pertanggungjawaban terhadap umat Islam di Kedah khususnya. Pakteh mengharapkan jawapan dari seorang pemimpin yang berhasrat tinggi dalam politik. Kali ini Pakteh inginkan jawapan yang lain daripada sebelum ini. 

Jika diimbas jawapan-jawapan Setpol MB Kedah Tn Haji Sanusi Md Noor terhadap sebarang persoalan yang dibangkitkan, Pakteh menemui banyak perkara yang sangat pasti keautaannya namun atas dasar perbincangan dan menghormati hujah beliau, Pakteh hanya mengiyakan malah jika agak terlebih keautaannya, Pakteh berdiam diri. 

Pakteh sangat mengharapkan kali ini, Tn Haji Sanusi selaku Ketua Penerangan Pas Kedah mampu memberikan jawapan terbaik kepada isu ini. Pas adalah parti yang mendakwa membawa syiar Islam malah ada disesetengah tempat, Islam itu Pas dan Pas itu Islam....jika UMNO....sendiri fikir jawapannya. Sebagai Ketua Penerangan, jawapan yang diharapkan adalah mencerminkan parti anda. 

Ingat....

Isu yang Pakteh bangkitkan ialah Penipuan Pas berkaitan pembinaan masjid seperti yang dinyatakan dalam buku "sayangi Kedah Sejahtera"

Untuk lebih kepastian, sila lihat Aloq Staq blog
dan di Nyoq Kering

Jenuh Pakteh memikirkan mengapa Pas yang sering mendabik dada kononnya mereka lebih Islam sanggup berbuat demikian. Jika amat terdesak sekalipun untuk meraih semula sokongan rakyat yang hilang....mengapa rumah Allah ini yang dijadikan sandaran penipuan?.

Pakteh tak perlukan cerita alkisah suka duka kenangan mengimbau kisah lama untuk penjelasan isu ini.
Pakteh juga tidak inginkan jawapan dari hujah fakta yang telah diauta asalkan tertipu rakyat jelata..

Pakteh hanya inginkan jawapan yang ikhlas......betul-betul ikhlas.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih