Monday, June 11, 2012

Penghujung Mandat, BN SELESA Mendahului PR

Mandat dari rakyat untuk BN sudah hampir tamat. Sejak merdeka hingga kini, BN tidak pernah engkar walau sekali untuk tidak memperbaharui mandar rakyat. Biasanya sebelum berakhir mandar rakyat, BN akan segera memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil seterusnya untuk diberikan mandat. Ironinya, sejak itu juga, BN tidak pernah gagal untuk terus mendapat mandat dari rakyat.

PRU11 memberi khabar paling gemilang buat BN namun PRU12 menjadi noktah paling malang kepada parti yang sama. Faktor ini menjadi penyebab kepada DS Najib tidak pernah berhenti rehat dari bekerja untuk rakyat. Hal yang sama turut dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim bilamana beliau merasakan aura Najib amat sukar untuk diganggu gugat berbanding Paklah.
Melihat kepada persaingan antara Najib dan Anwar, sesiapa sahaja yang ikhlas perkiraannya pasti mengetahui buat masa ini, Anwar ketinggalan teramat jauh dibelakang Najib.

Ketika Najib memberikan fakta dan data, Anwar memberikan nista dan auta.
Ketika Najib menyerahkan cek berjuta, Anwar terlibat skandal bank negara
Ketika Najib bersumpah tiada wanita, Anwar tertangkap video tersebar merata
Ketika Najib membantu belia muda, Anwar terkedu diherat sang teruna
Ketika Najib dikerumuni rakyat jelata, Anwar mula dijauhi jiran tetangga

Segala tindakan Anwar kini hanya membawa kerugian kepada Pakatan Rakyat. Kepercayaan rakyat kepada Anwar berada ditahap yang amat rendah malah ahli parti sendiri amat-amat meragui beliau. Dunia juga sudah tidak lagi terpengaruh dengan auta Anwar yang teramat terang penipuannya.

Akhirnya.......HANYA YANG IKHLAS DAN AMANAH DALAM PERJUANGAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN. (Inilah yang tidak ada pada Anwar tetapi ada pada Najib)

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih