Monday, June 25, 2012

Mengapa iklan Ads google di Malaysiakini boleh keluar iklan JESUS?

Bukan niat mempertikaikan agama rakan2 senegara tetapi sekadar memberi ingatan kepada sahabat2 Pakteh.

Pengiklanan melalui kaedah Pay Per Klik merupakan antara kaedah termudah mendapatkan pulangan dari karya atas talian. Caranya mudah....daftar secara rasmi dengan google dan ikut arahan yang ditetapkan, anda akan diberikan kod yang hanya untuk web/blog milik anda. Google akan membuat bayaran berdasarkan Pay Per Click malah ada beberapa lagi kaedah dari google yang boleh digunakan untuk mencari wang tambahan melalui web.

Apa kaitannya Pay Per Clik dan Malaysiakini serta Jesus?

Kaitan secara langsung ialah Malaysiakini juga turut memaparkan iklan google (Pakteh sendiri turut pernah mencuba sekitar 4 5 tahun dahulu malah akunnya masih aktif hingga kini).

Klik imej untuk paparan lebih jelas

Untuk makluman pembaca....iklan google yang dipaparkan berdasarkan kepada isi kandungan artikel dari web. Perkaitan mungkin tepat atau hampir-hampir tepat. Contohnya jika blog/web banyak menulis artikel kereta...maka iklan google yang terpapar ialah iklan berkaitan kereta...apa sahaja yang ada hubungan dengan kereta.

Sehubungan itu....apabila iklan google bertarikh 22 Jun 2012 terpapar di Malaysiakini edisi BM berbunyi " Apakah Yesus Tuhan?... Pakteh terpanggil untuk memeriksa web tersebut. Penemuan Pakteh menunjukkan web itu boleh membawa/mendorong muslim yang masih rendah ilmunya mempercayai dakwaan web tersebut. Kebebasan beragama itu Pakteh terima dan hormat. Hak web tersebut tidak Pakteh pertikaikan....itu hak mereka.

Apa yang penting Pakteh nak nyatakan disini......hanya satu sebab sahaja iklan berkaitan Jesus boleh muncul di Paparan iklan google Malaysiakini.....

p/s: Untuk makluman juga....paparan iklan google adalah secara rawak dan tidak dikawal oleh pengendali laman sesebuah web/portal/blog. Sehubungan itu, bukan niat Pakteh menuduh Malaysiakini cuma sekadar memaklumkan bagaimana sesesuatu iklan google boleh keluar dengan tajuk tertentu.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih