Friday, April 23, 2010

GEMPAR : Zaid Ibrahim Akan Bersumpah Muhabalah Malam Esok (24hb April 2010).


Ehsan Blog Dr Novandri Hasan Basri

Penulis mendapat perkhabaran bahawa Zaid Ibrahim akan bersumpah muhabalah di Masjid Jamek AR-Rahman, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor selepas sembahyang Isyak (23hb April 2010) di depan tok imam. Oleh kerana kenyataan beliau di sepanjang kempen pilihanraya ini menyalahkan UMNO dan ketika beliau berada di dalam perti tersebut, beliau telah bersetuju untuk :-

1. Beliau akan bersumpah muhabalah menyatakan bahawa beliau telah bertaubat tidak minum arak lagi sejak beliau keluar daripada parti UMNO walau pun setitis.

2. Beliau juga akan bersumpah muhabalah menyatakan bahawa rumah beliau tidak lagi menyimpan arak sejak beliau keluar daripada UMNO.

3. Beliau juga bersumpah muhabalah menyatakan bahawa beliau sudah tidak lagi memiliki apa-apa lagi yang berkaitan dengan lumba kuda sejak keluar daripada UMNO.

Marilah kita beramai-ramai memenuhi masjid Kuala Kubu Bahru malam esok dan dengar sendiri pengakuan Zaid Ibrahim.

Sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain, tidak kira anda penyokomg Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional.

Dan jangan pula Zaid Ibrahim menafikan atau melengah-lengahkan sumpah beliau itu. Penulis percaya beliau mempunyai masa untuk bersembahyang di sana dan bersumpah muhabalah.

Tak lama pun!

Dan jika beliau menarik diri atau tidak berani untuk melakukannya, beliau memang sah pembohong besar!!

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih