Thursday, August 27, 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat TERBUNUH

Nik Abdul Aziz Nik Mat terbunuh dalam kemalangan...itulah berita yang pakteh baca dari blog Dr. Norvandri...ikuti selanjutnya petikan dari blog beliau MINDA INTELEK MELAYU...

KUANTAN 26 Ogos — Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut......

..... Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya, pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Saksi kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Insp Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama.

2 comments:

Anakbukitgantang said...

TGNA wajar jadikan peringatan- nama dah naik, daun dah turun, qadar dan qadha Allah dah tentu jadi, beringatlah cukup lah cerita awak nak musnahkan Melayu dan Islam.

Tentang fahaman wahabbi. Tentang orang yang bergelar ulama wahhabi.

Itu sebab orang tabligh tak join PAS sebab PAS dipimpin oleh fahaman Wahhabi. Sedarlah umat Islam...anda dah tertipu.

baca blog Tahu, Faham dan Amal dan Khazanah_salafiyyah utk tahu apa itu Wahhabi dan bahayanya pada Islam.

Pakteh said...

Ingatan kepada TGNA dan sesiapa sahaja bahawa kematian boleh datang bila-bila masa sahaja.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih