Monday, April 16, 2012

Tahniah...!! YB Datuk Tajuddin Abdullah...Apa ceritanya?

Kerja tebang buluh ni bukannya senang. Kadang-kadang terpaksa bermalam dalam hutan dan kebetulan minggu lalu....banyak buluh yang dipesan, pakteh terpaksa bermalam lama dan seperti biasa, bila lama sangat dalam hutan, banyak maklumat yang tak sampai kepada Pakteh. 

Orang senang mungkin pelik mengapa buluh perlu ditebang, tapi bagi orang kampung seperti Pakteh, apa lagi kerja nak dibuat jika tak tebang buluh?. Bukan senang tebang buluh....buluh yang nak ditebang perlulah lurus, jika lurus tapi tak cukup panjang, pakteh tak boleh tebang....batang buluh bengkok tak boleh tebang walaupun ada orang suka batang bengkok. Memang susah tebang buluh tapi inilah kerja Pakteh. Apa yang penting...kerja Pakteh tidak memerlukan Pakteh meminta-minta.

Walaupun jauh didalam hutan, Pakteh boleh nampak dan dengar apa jadi di Kampung Pakteh, maklumlah...sudah berminggu lamanya kedatangan YB Menteri dan YB ADUN dinanti oleh jiran Pakteh. Mai tak mai Menteri Pakteh tak kisah cuma Pakteh nak habaq, rekod Daerah Sik ni, sepanjang hidup Pakteh yang tua bangka ni, inilah baru daerah Sik menerima Menteri/Timbalan Menteri yang acapkali bertandang. Ingatan kepada kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir masih belum hilang, Mai pulak Timbalan Menteri Kesihatan dan 14 April 2012, Mai lagi Menteri Datuk Seri Shaziman.....isk..banyak sungguh aih mai Sik yang jauh ni....

kawan Pakteh tanya...depa mai kita dapat apa?....laaaaa...kalu depa mai kurang-kurang ada jalan elok pun....kita jugak untung...tak kisah la hang pas, dap atau pkr...yang penting...jalan elok. Jadi kalau saja-saja nak mai....Pakteh dok tengok...lambat lagi kot depa nak mai tapi dengaq kata....YB Datuk Tajuddin pulun siang malam supaya ada Menteri mai melawat Sik agar mengetahui keperluan penduduk di Sik. Pakteh lagi suka bila dah dua kali kampung Pakteh Menteri mai apatah lagi Ahli Parlimen Sik, Cikgu Uda memang tidak boleh diharapkan untuk membantu.

Jika diingatkan kembali....14 April 2012 juga ada Konvensyen Media Sosial di UiTM Merbok. Pakteh fikir ramai yang dapat pergi tapi Pakteh yang tua ni tak larat la nak berada di dua majlis dalam satu masa. Harapannya program sebegitu akan membuahkan hasil cuma saranan Pakteh, jangan ditimbulkan sesuatu yang tidak pasti. Jika matlamatnya baik, semua pihak inginkan ianya berjalan dengan baik. Sehubungan itu,

1. Isu menuduh Kedah Times dibayar oleh pihak tertentu sepatutnya tidak berbangkit
2. Begitu juga halnya dengan ayat dalam sebuah blog: Meskipun terdapat pelbagai masalah-masalah 'pelik' termasuklah perasaan besar kepala dengan alasan 'jemputan tidak diterima'atau ayaBagi golongan JURASSIC dan PERASAN HEBAT, konvensyen di Kedah ini, mungkin alasan bagi mereka mencetuskan kontroversi yang baru, Perlu dijelaskan semula bagi menjernihkan keadaan. 

Sebagai orang tua, Pakteh sarankan kedua-dua pihak tampil untuk memberi penjelasan kepada Kedah Times yang sentiasa menjadi sumber bacaan harian Pakteh. Pakteh percaya, pihak Kedah Times berbesar hati untuk menerima penjelasan apatah lagi jika ianya untuk kebaikan kepada perjuangan yang didokong. Pakteh nak jadi orang tengah pun....tua-tua ni dah tak larat dah.....pandai-pandai la jernihkan keadaan.

Keinginan yang kuat untuk mengembalikan Kedah ke tangan Barisan Nasional membuatkan kita tidak boleh lagi tersilap langkah. Walaupun blog Pakteh sekadar blog cap ayam atau blog murahan, namun apa salahnya kali ini blog Pakteh memberikan cadangan kepada semua rakan-rakan agar kita kembali fokus kepada matlamat asal. Terkhilaf dan tersilap itu adalah lumrah kita sebagai manusia namun keberanian mengakui kesilapan itu adalah lebih hebat. 

p/s: Pakteh pun buat silap jugak....mintak maaf la noo....

Friday, April 13, 2012

Ajakan Syaitan: Pas turut terikut dengan BERSIH 3.0

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia telah mencuba segala cara untuk melonjak aura rakyat agar bangun memberontak dan menjatuhkan kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Cubaan demi cubaan, namun semuanya menemui noktah kegagalan. Rusuhan jalanan diberikan dengan pelbagai nama dan seribu alasan untuk menghalalkan rusuhan tersebut tetapi hasrat sebenar amat mudah dikenalpasti, Pakatan Rakyat amat sukar untuk memenangi hati rakyat terbanyak atau teramai dalam pilihanraya dan hanya melalui pintu belakang sahaja, hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki Putrajaya akan tercapai.

Semangat dari Timur Tengah kononnya perlu dibawa ke Malaysia walau apa cara sekalipun tetapi apakah tidak ada analisis secara mendalam oleh Pakatan Rakyat bahawa masalah dan isu di Timur Tengah teramat jauh bezanya dengan Malaysia. Mengambil Syria sebagai contoh, Amat tidak berbaloi setiap rakyat Malaysia turun ke jalanan menyahut seruan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia amat sedar bantahan seawal 26 Januari 2011 di Syria tidak perlu dibuat di negara ini malah untuk berharap suasana itu berlaku sudah memberi rasa gerun kepada penduduk negara ini. Apakah berbaloi menyerahkan nyawa kepada sesuatu yang tidak wujud?. Apakah layak menyerahkan jiwa dan raga semata-mata kerana ajakan Anwar?. Sudah pasti tidak kerana rakyat Malaysia menikmati keamanan, kemakmuran dan kebebasan yang rakyat Syria tidak menikmatinya sejak puluhan tahun. Pembaca boleh renungkan bilamana PRU10, Pihak pembangkang menggunakan seluas-luasnya media online, kerajaan tidak membuat sekatan malah sehingga kini, tidak ada sekatan untuk berbuat demikian. Ini tidak berlaku di Syria kerana Youtube, Facebook, Amazon dan Wikipedia disekat untuk rakyat.

Jika kebangkitan rakyat Syria yang lebih setahun gagal menjatuhkan presiden Bashar, apakah rakyat Malaysia yang bersenang lenang begitu tegar untuk bangun memberontak kepada sesuatu yang tidak pasti?. Bagaimana dengan Libya?. Apakah kematian Muammar Ghadafi boleh dijadikan contoh untuk rakyat bangun menentang pemerintahan Parti Barisan Nasional dan mengherat Datuk Seri Najib Razak untuk ditembak kepalanya?. Ini juga mustahil berlaku di Malaysia kerana sekali lagi, situasi di Libya amat berbeza dengan di Malaysia. Sejak 1969 Muammar Ghadafi memerintah dan segala aktivitinya menjadi bahang amarah dalam hati rakyat. Bagaimana dengan Malaysia?. Tun Mahathir Mohammad memerintah sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. Jika beliau zalim, apakah akan ada rakyat yang ingin mengiktiraf?. Untuk berlaku adil, pasti ada suara yang tidak berpuas hati dengan seseorang pemimpin terutama apabila ideologi politiknya berbeza namun hakikat kepimpinan Barisan Nasional berjaya menjadikan Malaysia negara yang maju tidak dapat disangkal.

Ramai kalangan penuntut Islam berimpian untuk belajar di Mesir dan sehingga kini, keinginan itu terus membara walaupun hakikatnya Mesir pernah melalui suasana yang tidak selamat. 25 Januari 2011, tarikh awal yang mencetuskan Revolusi Mesir 2011 perlu diingati sebagai jalan pintas untuk menjatuhkan pemimpin negara. Inilah yang diimpikan oleh Anwar Ibrahim. Analisis dan dapatan kajian daru sudut apa sekalipun, Pakatan Rakyat akan gagal menawan Putrajaya. Sehubungan itu, cubaan demi cubaan terus dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Bukankah pelik untuk memikirkan bagaimana Hosni Mubarak, Presiden kepada negara yang mempunyai pusat-pusat pengajian Islam terulung dunia dibenci rakyat. Pembaca boleh membuat kajian dan analisa bagaimana corak kehidupan dan sistem pemerintahan di Mesir dan bandingkan dengan kehidupan di Malaysia.

Rakyat Malaysia dianugerahkan dengan keamanan, kemakmuran dan ketenangan dalam bekerja. Jika dihalusi secara mendalam corak kepimpinan dari parti Barisan Nasional, pasti akan ditemui kepincangan dan kelemahan namun penemuan sebegitu amat tidak wajar untuk mengharuskan kerajaan ini dijatuhkan secara jalan belakang. Peluang 5 tahun sekali untuk membuang undi perlu diguna sepenuhnya untuk memenangi hati rakyat tetapi sekali lagi Paktan Rakyat gagal untuk membaca kehendak suara ramai. Majoriti rakyat inginkan kedamaian. Apakah tidak ada yang membuat analisa betapa BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 meninggalkan ketakutan dimata ramai rakyat. Memang betul bagi yang ingin terlibat akan berasa puas dan gembira tetapi apakah kepuasan 20 ribu rakyat yang turun kejalanan mampu mewakili jutaan rakyat yang kerisauan dan ketakutan. 

Hati seorang bapa akan risau memikirkan anak yang belajar di Lembah Kelang apabila BERSIH 3.0 akan terjadi. Hati seorang suami gundah dulana memikirkan isteri kesorangan bekerja di sebelah Dataran Merdeka. Hati seorang guru risau memikirkan rancangan untuk bercuti bersama anak pelajar tertangguh kerana rusuhan BERSIH 3.0. Lebih penting, hati semua pihak yang terlibat untuk menangani kehendak minoriti ini akan berserabut dan marah. Apakah undi mereka yang berserabut dan marah ini tidak penting?. Apakah undi mereka yang runsing, risau, gundah dulana ini tidak diambil kira?. Secara realistik, kepada parti manakah golongan yang kerisauan ini akan memberikan undi apabila berpeluang membuang undi dalam PRU13?. 

Bukan sedikit hati yang terluka dek kerana keinginan menjatuhkan kerajaan BN melalui jalan belakang ini. Secara pasti, mereka ini akan memberikan untuk kepada pihak yang bertahan iaitu BN. Anwar Ibrahim sepatutnya lebih sedar bahawa dalam waktu begini, strategi untuk membangkitkan amarah rakyat akan menemui kegagalan. Andaikan BERSIH 3.0 mampu menghadirkan 500 000 rakyat di Dataran Merdeka, Apakah jutaan rakyat yang tidak turun dan tergengala segala rancangan akan bersetuju dengan tindakan sebegini?. Dengan kemampuan Dataran Merdeka yang hanya boleh menampung 20 000 orang, apakah tidak akan berlaku sesuatu yang tidak diingini?. Cukuplah dengan satu kematian yang sehingga kini berlalu seperti angin malam tanpa sebarang pembelaan dari PR. Amat jelas, majoriti rakyat hanya menunggu untuk melihat kerosakan yang dibuat oleh BERSIH 3.0 dan suara teramai ini akan menghukum kerakusan BERSIH 3.0 dalam PRU13. 

Paling menakutkan, kejatuhan kerajaan yang memerintah disabitkan dengan tangan-tangan asing dan gerakkerja NGO-NGO di Malaysia ada dihubungkaitkan dengan dana asing. Jika dari Amerika sendiri sudah ada teguran, amat-amat pasti dana ini sudah dibelanjakan dan diguna untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Apakah kewajarannya untuk rakyat menerima gabungan haram BERSIH 3.0 dan NGO-NGO tempatan yang menadah tangan dana asing?. Apakah hasilnya nanti, PR hanya memerintah sebagai boneka dan jari jemari yang menggerakkan pemerintahan adalah dari luar. Sudah sampai masanya rakyat terbanyak menghukum perosak keamanan negara ini dengan memberikan pengajaran dalam PRU13.

Pakteh Kata
Jumaat, 12 April 2012

Lagi kes Anwar berzina - Aspek Teknikal didedahkan.


Artikel ini dipetik sepenuhnya dari blog MyMassa. Seperti biasa...pendedahan yang melibatkan Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perhatian Pakteh. Kepada pembaca yang inginkan fakta mengapa Pas Kedah akan turut tumbang,.....Ini adalah antara puncanya...sokongan membuta tuli dan tidak berbelah bagi kepada Anwar.....

VERY EKSKLUSIF: LAPORAN BOCOR PAKAR LUAR NEGARA

LAPORAN PENILAIAN VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM

(A) Penilaian secara Teknikal:

1-   Tarikh video dirakamkan adalah pada 21-02-2011.
2-   Waktu ianya mula dirakamkan – bermula pada 22:23 bersamaan 10.23 malam.
3-   Waktu ianya selesai dirakamkan adalah pada 22:45 bersamaan 10.45 malam.
4-   Saiz Fail yang dirakamkan adalah – hanya 6.5MB
5-   Dipercayai kamera yang digunakan untuk merakam aksi dalam video ini adalah dari jenis “web camera”. 
6-   Ini adalah disebabkan ianya mempunyai bukaan ruang rakaman 18mm-34mm. 
7-   Selain itu kejelasan gambar hanya boleh dibandingkan secara pemerhatian 100% mode pada tahap 54Kbps (Kilobits per second).
8-   “Kbps” (Kilobits per second) adalah suatu indeks dan sistem untuk mengukur kelajuan rakaman serta kualiti atau resolusi sesuatu gambar dan video.

"K" is expressed in binary bits as "01001011." In traditional usage, 1,024 bits of data equals a kilobit, while 1,024 bytes equals a kilobyte. Kbps always refers to kilobits, while the designation of KB/sec refers to kilobytes.
1024 bits = 1 kilobit
1024 bytes = 1 kilobyte = 8 kilobits
1024 kilobytes = 1 megabyte = 8,192 kilobits
· Written By: R. Kayne
· Edited By: Niki Foster
· Copyright Protected:
2003-2012 Conjecture Corporation

Kanta atau lensa kamera

Gambar 1 – Video dinilai pada saiz pemerhatian 100% dan FLV 54Kbps

Gambar 2 – Perbandingan kanta (lens) yang digunakan pada ‘Webcam’

9. Dari segi penggunaan kanta atau lensa kamera, kita dapat lihat dengan jelas perbandingan bentuk ruang lensa yang digunakan. Parameter saiz ruang kanta adalah didalam lingkungan 18mm hingga 34mm.

10. Ini dapat dilihat dengan jelas pada lekok seperti dalam gambar rajah di atas.

11. Perkaitan huraian teknikal ini sekaligus menyangkal bahawa sebelum ini terdapat kenyataan bahawa saiz badan di bahagian perut adalah tidak sama. Jika mengikut penilaian teknikal ianya pasti akan berlaku sedikit “distortion” atau lengkung pada paparan gambar kerana kesan daripada penggunaan kanta atau lensa kamera. Atas dasar itu, penelitian terperinci telah dilakukkan dan menunjukkan persamaan yang jelas antara individu di dalam video ini dan rupa paras fizikal Dato’ Seri Anuar Ibrahim adalah dua individu yang sama.

12. Percanggahan pendapat yang menyatakan bahawa saiz perut Anwar Ibrahim tidak sama, sepatutnya tidak timbul dan sememangnya ianya merupakan Anwar Ibrahim. Berikut dilampirkan imej-imej yang menunjukkan bahawa individu yang dinyatakan dalam video in dan Dato’ Seri Anuar Ibrahim adalah dua individu yang sama.


Gambar 3: Imej yang menunjukkan persamaan yang sangat jelas kedua-dua rupa. Penilaian imej ini dijalankan berdasarkan perbandingan dari pandangan sisi serta cara belahan rambut yang sama.


Gambar 4: Imej ini juga menunjukkan pandangan sisi. Gaya potongan rambut yang sama serta rangka bentuk muka yang sangat serupa dapat dilihat di sini.


Gambar 5: Imej ini menunjukkan keluasan dahi Anwar Ibrahim. Selain itu, komposisi, ruang lekuk pada pipi, serta sudut pandangan Anwar Ibrahim juga sama dalm gambar ini.


Gambar 6: Persaman iras muka serta ekspressi yang sama dapat dilihat dengan jelas pada imej ini.


Gambar 7: Persamaan dari aspek perut yang menonjol ke depan secara perbandingan asas adalah sama.


Gambar 8: Iras muka yang sememangnya merupakan Anwar Ibrahim


Gambar 9 : Rangka muka serta bentuk badan yang sememangnya adalah Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas dalam imej ini.


Gambar 10 : Rangka muka serta bentuk badan yang sememangnya adalah Anwar Ibrahim dapat dilihat dengan jelas dalam imej ini. Kali ini imej ini dirakamkan pada jarak pandangan yang sedikit jauh bagi memudahkan penilaian persamaan dilakukan.


Gambar 11 – Persamaan jenis kanta yang digunakan untuk merakam video ini hasil perbandingan fakta teknikal pada Gambar 2


Night Vision

i. Sepanjang pemerhatian penilai, model kamera juga menunjukkan yang aksi didalam video ini dirakamkan dengan menggunakan “Night vision Mode”.

"Night vision is the ability to see in low light conditions. Whether by biological or technological means, night vision is made possible by a combination of two approaches: sufficient spectral range, and sufficient intensity range.
By: Philip Gibbs 1996 (Can Human See a single Photon?)

ii. Penggunaan “Night vision” adalah bertujuan untuk merakamkan sesuatu aktiviti didalam gelap dengan lebih terang dan jelas. Ini adalah disebabkan kemampuan pemerhatian mata manusia sangat terhad untuk melihat didalam sesuatu keadaan yang gelap jika hendak dibandingkan dengan haiwan-haiwan. Selain itu, “mode” bagi rakam menggunakan “night vision” adalah hitam putih. Ini adalah kerana kualiti “sensor” pada masa ini lebih berkesan dengan penghasilan warna hitam dan putih. Belum ada alat atau kamera lagi yang mampu merakam gambar berwarna pada ketika suasana yang gelap pada tahap kejelasan yang ditanyang dalam video ini. Ini adalah sebab utama mengapa video ini dirakamkan dalam bentuk dan hasil hitam putih. 


Gambar 12 – Contoh penggambaran menggunakan kamera “Night Vision latest Model 2012”

iii. Selain itu, secara teknikal juga, keseluruhan gambar yang ditayangkan tidak mempunyai unsur manipulasi atau penambahbaikan semula kepada video ini. Proses suntingan atau “editing” yang dilakukan hanyalah terlalu sedikit iaitu, mengemaskini tempoh masa video itu dirakamkan sahaja. Ini bermaksud rakaman ini hanya memainkan adegan penting dan tidak ditunjukkan adegan mula dan akhir.

iv. Jika kita perhatikan pada tempoh masa yang dimainkan sepanjang 22 minit penting iaitu adegan ketika Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik dan hinggalah beliau keluar dari bilik tersebut. Dapat dilihat pada jam waktu yang bergerak, ianya selaras dan sememangnya jika ianya di manipulasikan (edit and adjust), tempoh masa yang ditunjukkan pada gambar 12 pasti akan tidak selari (pasti akan berlaku “distortion” dari segi masa pada video ini).

v. Jika proses manipulasi dilakukan pada video ini, pasti akan mempunyai kesan manipulasi pada bahagian tempoh masa yang tercatat disebelah kanan video ini.


Gambar 13 – Indikator kukuh membuktikan bahawa masa adalah bukti utama video ini dirakam dan tidak dimanipulasi.


Rumusan

(A) ‘Sudah terang lagi bersuluh’, berdasarkan daripada penilaian penilai, rakaman yang dilakukan ini secara teknikalnya adalah tulen dan tiada unsur manipulasi dilakukan oleh mana-mana pihak. Dari segi individu yang terlibat dalam rakam ini 100% merujuk kepada rupa paras Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap sudut rakam ini dilakukan serta individu-individu yang terlibat.

(B) Penilai membuat penilaian secara telus tanpa ada sebarang unsur tokok tambah atau kepentingan peribadi. Aspek yang dinilai adalah dari segala segi iaitu, rangka muka, cengkung pipi, penggayaan serta potongan rambut, rangka badan, alat yang digunakan untuk merakam, komen dari maklumat pihak professional di luar negara yang telah dinyatakan didalam buletin 8.oo malam, perbandingan gambar dalam video dan gambar fotografi di luar dan juga jarak pandangan, dekat, sederhana dekat dan juga jauh. Selain itu, rujukan buku-buku yang menunjukkan indeks persamaan teknikal video kamera juga dinilai dan diperhalusi.

(C) Hasil dari semua aspek penilai yang dinyatakan di atas, keputusannya menjurus kepada kebenaran, bahawa Anwar Ibrahim merupakan individu yang berada di dalam rakaman video ini yang bertarikh 21 Feb 2011. 

(D) Diharapkan laporan ini dapat membantu usaha dalam mencari kebenaran dan keadilan yang diperjuangkan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. 

Mymassa/2012/ori

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih