Wednesday, April 4, 2012

Edisi Malu..!! Takdir dan Waktu - Selamat tinggal DUN Kola Nerang

Takdirnya.....Pakteh melalui Pekan Kola Nerang pada hari ahad 31 Mei 2012
Takdirnya.....Pakteh berhenti makan bihun Sup di Pekan Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh makan bihun dekat Pej. MARA Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh nampak ada acara meriah di taman rekreasi bersebelahan gerai Pakteh minum
Takdirnya.....Pakteh teringatkan ADUN Kola Nerang ada jemput blogger ke majlis Santai blogger
Takdirnya.....Kawan Pakteh nak jumpa Pakteh di Kola Nerang
Takdirnya.....Pakteh kena tunggu kawan Pakteh
Takdirnya.....Pakteh p jenguk majlis apa dan apa situasinya

Waktunya.....Siang hari
Waktunya.....Tengahari
Waktunya.....Selepas Azan/solat Zohor

Melihat kepada streamer dan banner yang bergantung di kawasan program Santai Blogger, Pakteh merasakan ADUN Kola Nerang mempunyai tujuan tertentu dan bukan sekadar ramah mesra bersama pejuang maya. Pakteh berada di kawasan berhampiran sejam lebih dan melihat semua situasi. Meriah dengan aktiviti dan Pakteh dapat rasakan tetamu yang hadir terdiri dari kalangan penyokong beliau.

Semalam, rakan taulan telefon Pakteh bertanyakan khabar siapa dan ADUN mana yang bakal memalukan UMNO. Pakteh nak kata apa lagi?....kata tak tau ja la sebab memang Pakteh tak tau. Mujoq la Pakteh ni blogger jalanan ja, Bukan MB Kedah. Kawan2 tak la marah sangat kat Pakteh walau jawab tak tau. Tapi bila MB Kedah asyik dok jawab saya tak tau....memang la orang marah.....memang la MB Kola Kedah marah.

Isu ADUN Kola Nerang ni bukan isu baru, malah kedengaran sejak dari awal pasca PRU12 lagi. Atas faktor itu, Pakteh ingin merakamkan setinggi penghargaan, setinggi tahniah, setinggi pujian kepada ADUN Kola Nerang kerana mampu bertahan. Beliau telah cuba sedaya mungkin malah Pakteh melihat program pada 31 Mei 2012 mungkin salah satu daya usaha beliau atau mungkin majlis jamuan terakhir beliau sebagai YB.

Mengapa perlu pakteh berterima kasih kepada beliau sedangkan isu ini pasti sedikit mencalarkan UMNO Kedah?. Pakteh ucapkan terima kasih kerana mengaku muflis sebelum PRU13. Bayangkan situasi berikut :

1. Tak mau mengaku dan terus bertahan

Penyokong beliau akan berterusan inginkan beliau dicalonkan pada PRU13. Retak dan belah pasti berlaku dan ini akan sedikit menghakis sokongan kepada UMNO.
Bayangkan seandainya dicalonkan dan menang, sebulan selepas itu mahkamah putuskan beliau muflis, jenuh UMNO nak naikkan baik imej dalam PRK.

2. Mengaku kalah awal, sebelum tempoh matang DUN Kedah. PRK terpaksa diadakan dan situasinya tentu sukar untuk dianalisis oleh penebang buluh seperti Pakteh.

Akhir kalam, Selamat menjalani hidup baru kepada bekas ADUN Kola Nerang. Pengajaran untuk kita semua rakyat Malaysia. Berpada-padalah dalam berbelanja dan ukurlah baju dibadan sendiri. Pandu cermat, jiwa selamat, belanja berhemat, jawatan juga selamat.

Tapi.........soalan rakan taulan Pakteh kepada Pakteh.....siapa ADUN UMNO yang nak lompat parti?.


Erm........ apa sebenarnya yang berlaku ............................ ?? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, April 3, 2012

Azizan pancit awai? Saman 3 juta terhadap KUIN apa jadi?

Jika kemelut ini berlaku zaman dulu2, Kedah pasti dengan mudah jatuh ke tangan kuasa luar. Perebutan kerusi MB terus berlanjutan walaupun kelihatannya seperti menang-menang.

Mungkin ramai tidak sedar, Azizan bukan sahaja dihadiahkan PEMANDU oleh Phahrolrazi (Mat Sabu) tetapi ada lagi cenderahati sampingan iaitu Saman 3 juta terhadap KUIN. 

Azizan perlu bertindak segera dan buat masa ini cara terbaik yang Pakteh fikirkan demi semangat setiakawan PAS, letak jawatan MB dan umumkan untuk bersara dari dunia politik. Azizan tidak faham matlamat PR yang memperjuangkan AUKU. Azizan juga tidak sedar bahawa ahli PAS sendiri sebenarnya pening memikirkan Azizan ini terlebih UMNO dari UMNO.

Cadangan Pakteh lagi, Kalangan pengaut keuntungan disisi Azizan perlu menarik diri segera kerana Azizan tidak akan mampu bertahan lama. Serangan yang ditujukan kepada Azizan kini datang dari segenap arah dan jika tidak tumbang dek serangan politik, Azizan mungkin akan tumbang dek masalah kesihantannya.

Pakteh juga kasihankan pejuang tulen PAS yang bermati-matian melaungkan HAPUSKAN AUKU, tapi Azizan tetap Azizan, langsung tidak berbekas dengan laungan sebegitu.

Cuma...tindakan segera dari AZIZAN untuk meredakan kemarahan kalangan ahli PAS sendiri ialah:

1. Keluarkan kenyataan segera berkaitan saman 3 juta terhadap KUIN. Ramai ahli PAS ingin mendengar sendiri dari mulut Azizan.
2. Keluarkan kenyataan secara jelas samada nak bertanding atau tidak, bukan bersandiwara tarik tali.
3. Lafazkan dengan ikhlas anda memaafkan Pahrolrazi

Azizan seperti menghukum pahrolrazi apabila secara sinis merombak portfolio sedia ada walaupun telah dimaklumkan 2 kekosongan akan diisi semula. Bukankah boleh dilantik pemangku atau menjalankan tugas sementara Pahrolrazi masuk.

Pakteh percaya, ahli Pas menanti tindakan sebenar Azizan dan kali ini jika Azizan masih lagi gedebe, keras kepala atau dok tunjuk hati kering dia.....tiada maaf bagi mu.

p/s: - Azizan ada betoinya
      - Pahrolrazi ada benarnya
 

psssstt : Dengarnya ahli PAS sendiri dah cukup meluat dengan MB AZIZAN dan orang2 sekelilingnya. Betoika?

:::: Ada info dari rakan Media Kedah, jom pakat-pakat dengaq.

Sunday, April 1, 2012

Hasad Dengki jadi rutin harian pendokong Pas

Pakteh cukup syok tengom bendera Pas berkibar di daerah Sik. Bukan banyak ada la satu dua tempat terutama berdekatan markas Pas atau pusat2 depa.

Pakteh lagi syok tengok sebab bendera BN/UMNO lebih banyak berkali ganda berkibar diseluruh Sik.

Tapi kali kesnya berbeza.......Pakteh selalu guna jambatan terpanjang di daerah Sik iaitu jambatan yang merentangi empangan beris. pada awalnya bendera UMNO megah berkibar disitu namun kini dah tinggai tak banyak sebab dicantas, dikepak, dibuang oleh orang tertentu yang takut dengan perang saraf sebegini.

Cuba tanya orang UMNO, berapa ramai yang sudi untuk kepak atau cantas tiang buluh bendera Pas?....langsung tak berminat sebab hak masing-masing untuk pasang bendera.

Ini amat berbeza dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam...tapi hati penuh hasad dengki...









Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih