Wednesday, December 4, 2013

SUMPAH KERAMAT 1300 TAHUN DAHULU

Pakteh Bangkitkan kembali semangat dan aura untuk pencinta sejarah. Biarkan sejuta manusia menipu tentang kerosakan dan kemusnahan Candi 11 Lembah Bujang. Biarkan sejuta tangan ghaib memanipulasi segenap peluang yang ada demi keuntungan politik. Biarkan begitu kerana akhirnya tanah Lembah Bujang yang terukir segala peradaban sejak berzaman akan membuahkan kebenaran. Lihatlah hasil usaha kerajaan yang memerintah sejak dulu sehingga begitu banyak tinggalan sejarah dapat dipelihara. Mengapa hanya kerana ketamakan pemaju, Kerajaan Kedah diserang seperti melakukan kesilapan yang teramat besar?


Sumpah keramat kepada penderhaka raja
sejak 1300 tahun dahulu .



Buat melayu yang mudah lupa,
Yang lupa akan dia benih asal usul keturunannya,
Yang lupa akan dia akar budi dan sifat bangsanya,
Yang lupa akan dia pokok adab dan dahan akhlak agamanya,
Yang lupa akan dia pucuk dan kuntuman bahagia
Bernaung dibawah payung mahkota



Wahai melayu yang masih alpa,
Hari ini akan aku titipkan kembali
Sejarah lama 1300 tahun lampau
Sumpah setia dan taat setia rakyat jelata
Pada Sang Raja di dalam Negara
Terpahat dan tersurat indah
Jadi ingatan dan khazanah bangsa
Di hamparan batuan megalithic
Yang terpamer di Muzium Balaputra Dewa di Palembang,
Yang ditulis dalam Bahasa melayu kuno,
Bercampur bahasa Sanskrit dan jawa-ka,
Dengan tulisan Pallawa yang dikenal Prasasti Boom baru
Dizaman Empayar Melayu Sriwijaya pada tahun 400 Masihi


Sumpahan(sapatha) pada prasasti itu berbunyi:


"Tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
niwunuh ya sumpah
maka langit,
maka sakit,
maka gila,
droraka,
upuh tuwa
kasihan
wasikarana


kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
santi
dngan gotra santananya
swastha
niroga
nirupadrawa
subhiksa"


MAKSUD SUMPAH (SAPATHA) :

Sumpah ini ditujukan kepada barangsiapa yang tidak setia kepada negara (tida ya
bhakti tatwa arjawa dy-aku). Mereka akan dibunuh oleh sumpahnya(niwunuh ya sumpah), hilang ingatan (maka langit), sakit (maka sakit) dan gila (maka gila). Perbuatan melawan negara itu bentuknya bermacam-macam seperti durhaka (drohaka), meracun orang lain (upuh tuwa), mengguna-gunai orang lain supaya jatuh cinta (kasihan), mengguna-gunai orang lain supaya tunduk kepada kemahuannya (wasikarana). 



Tetapi sebaliknya apabila rakyat bakti-setia kepada negara (kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku), mereka akan dapat keselamatan(santi) dengan seluruh keluarganya (dngan gotra santananya),sejahtera (swastha), sihat-walafiat (niroga), bebas dari kecelakaan(nirupadrawa) dan makmur sejahtera (subhiksa).



Oleh itu
Sedarlah wahai bangsaku,
Marilah kita bersatu,
Taat perintah Duli Tuanku,
Semoga kita selamat,makmur dan sejahtera selalu,
Dengan izin Tuhan yang Satu.

Nukilan : Sangtawal sakranta 8.2.2009 @ 11.45 am

Pemimpin DAP Pulau Pinang sengaja perbesarkan isu kerosakan candi 11?

Entah hari ke berapa isu candi 11 yang musnah diperkatakan rakyat negara ini dan juga negara luar. inilah jadinya apabila niat sebenar disembunyikan dan mengambil kesempatan dari peluang yang terhidang.
Gambar The Star 

Memang benar kerosakan telah berlaku namun selepas dijelaskan candi tersebut hanyalah binaan semula yang dibangunkan pada 1974, Pimpinan DAP Penang sepatutnya boleh memahami dengan jelas namun komen YAB Lim Guan Eng dalam Malaysia Insider dan semangat Prof Ramasamy menyebabkan Pakteh terfikir...apa tujuan sebenar mereka?

Mungkinkah CEC DAP 2013 yang masih dipertikaikan ahlinya menjadi faktor?. Ruang kerjasama yang terhad sehinggakan didakwa Lim Guan Eng tidak memberikan butiran lengkap kepada ROS seolah-olah sengaja mencari nahas. 

Isu candi yang dibawa oleh pimpinan DAP Penang ini ternampak jelas mereka tidak ikhlas. Pakteh pernah sebutkan mereka sendiri gagal mengawalselia tapak arkeologi Guar Kepah dengan baik dan harus diingat, Mereka juga menjadi sangat ZALIM dengan penduduk Kg Buah Pala. 

Pakteh seorang yang sukakan sejarah dan warisan namun nilai kemanusiaan Pakteh mengatasi perasaan kepada nilai sejarah. Bayangkan Kg Buah Pala yang begitu lama terbina di Pulau Pinang dilenyapkan dengan rakus ketika penduduknya merayu dan meratapi nasib Mereka?. 

Mana lebih zalim dan kejam? Kerosakan Monumen binaan semula yang boleh dibangunkan semula atau Meruntuhkan rumah penduduk Kg Buah Pala dihadapan mata penduduk yang meraung kesedihan?. 

Inilah manusia hipokrit yang hanya tahu menunding jari kepada sedikit kealpaan pihak lain sedangkan mereka sendiri terpalit tahi yang lebih busuk. 

Jika benar kerajaan kedah bersetuju membina semula candi 11 (insan yang membina candi ini pada 1974 juga khabarnya masih hidup), Bolehkah kerajaan Pulau Pinang membangunkan semula Kg Buah Pala?. Prof Ramasamy perlu pentingkan perjuangan ini jika beliau benar-benar ikhlas.

P/S: PAS tak perlu la riuh-riuh. Surau Salihiah yang terbina atas tanah wakaf pun hangpa lenyapkan. jangan malukan diri sendiri.

Tuesday, December 3, 2013

PR dah kembali memahami sejarah?

"Ketahui olehmu kepada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cetera ini, maka adalah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah Sulaiman 'alayhi'-salam naik jadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia ini memerintahkan daripada segala makhluk khalayak yang berjenis-jenis bangsanya yang dijadikan Allah Subhanahu wa Taala didalam dunia ini, dititahkan oleh Tuhan seru sekalian alam dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman 'alayhi'-salam, tiada boleh hendak melalui daripada hukumnya, baik daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara, sekaliannya dalam hukum Nabi Allah itu, beberapa banyak bukit, gunung pulau yang menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk" - Hikayat Merong Mahawangsa.

Setelah sekian lama PR melalui DAP mengingkari sejarah, minggu ini mereka kembali menjadi peminat dan pencinta sejarah. Mungkin kerana terminum air sungai Muda yang mengalir dari penghujung di utara Kedah sehinggakan puak DAP sanggup merentasi jambatan pulau pinang malah melepasi pusat arkeologi Guar Kepah untuk menyerang kerosakan yang berlaku kepada warisan sejarah di Lembah Bujang. 

 Pakteh secara peribadi mengutuk sekeras-kerasnya pihak Pemaju yang merosakkan tapak bersejarah ini.

Disebalik isu ini, perlu difahami bahawa struktur binaan yang dimusnahkan itu adalah binaan baru yang dibangunkan pada 1974 dan bukanlah struktur asal yang telah lama lenyap. Oleh itu, buat masa ini tapak masih ada dan boleh dibangunkan semula. Namun jika dilihat kepada Muzium Arkeologi Lembah Bujang, tidak salah rasanya binaan candi 11 ini dibuat ditempat lain yang boleh dikawalselia dengan baik. Pakteh juga gembira melihat kerajaan BN Kedah mengambil tindakan segera menghentikan aktiviti pembangunan walaupun sedar tanah ini milik persendirian.

Harus diingat 2 tahun dulu pimpinan Pas yang melepaskan tanah ini untuk projek pembangunan dan semakan pada Januari 2013 (masih zaman Pas) juga memberi kebenaran kepada projek ini. Pakteh menilai isu ini sengaja dibangkitkan oleh DAP bagi membantu PR menyembunyikan isu kenaikan gaji ADUN Selangor dan masalah pemilihan DAP dan ROS. 

Jika DAP Pulau Pinang benar-benar cintakan khazanah sejarah warisan negara berusia 2000 tahun, DAP patut menjaga kain sendiri. Lihat Arkeologi Guar Kepah yang berusia 5000 tahun yang khabarnya kini ditanam pokok nangka dan dibina sarang burung walit. Jangan kuman seberang laut nampak tetapi Gajah depan mata dipandang sepi. 

Pakteh menunggu Malaysiakini untuk menulis isu Guar Kepah yang warisannya lebih lama sedangkan tapak 11 hanyalah binaan semula 1974. Ya betul...sejarah tetap sejarah dan perlu dipelihara namun cara olahan puak pembangkang membuatkan kita muak dan terbau taik yang dibawa mereka. 

 Err...Mahfuz pun tumpang sekaki.....oi....ang pi mana masa surau Salihiah?.

Kalah Bertaruh...Ada blogger hilangkn diri. Pakteh masih releks

Tidak pula pakteh terfikir dalam masa seminggu beberapa GLC di Kedah ini mengambil keputusan mengemaskini laman web mereka. Mengapa setelah sekian lama bersawang...tiba-tiba dalam masa seminggu dalam tempoh pertaruhn antara KedahTimes dan beberapa blogger lain, berlaku perubahan drastik.

Alhamdulillah

Hanya itu boleh dilafazkan. GLC ni bukan hak persendirian, ada amanah yang perlu dilaksanakan. Jika semudah mengemaskini laman web pun gagal ditangani, bermakna pengurusan GLC gagal dari satu sudut yang cukup penting.

Lebih penting dalam kish pertaruhan ini, masih ada GLC yang sudi menerima pandangan pihak luar. Baguslah begitu kerana ianya selari dengan hasrat MB Kedah yang sudi ditegur demi kebaikan rakyat. Namun jangan jadi pahat dan penukul...sekali ketuk sekali masuk. 

Juga dari kisah pertaruhan ini, kononnya blog-blog picisan tidak ada insan mahu membaca dan melawat blog seperti KedahTimes sehinggakan perjuangan blogger dialam maya dianggap remeh dan enteng malah tidak penting. Isu ini dibangkitkan dalam blog DukeOfUMNO. 

Sekali lagi, tahniah kepada KedahTimes
Kesian kat Nyior Kering, AloqSetaq dan Pakteh sendiri yang kalah

Syabas Kepada GLC yang mengemaskini laman web mereka. 

Sunday, December 1, 2013

Panas..! Blogger dari kedah bertaruh...Pakteh cuba NASIB

Pakteh terbaca kisah Zaib Ibrahim yang membuktikan beliau manusia liberal.
Pakteh juga mengetahui KJ juga nak jadikan Pemuda UMNO Liberal tapi tak tahu pula blogger dari Kedah juga suka bertaruh. Baca blog Kedah Times dan AloQStaq Blog 

Mujurnya pertaruhan itu berbentuk sinis dan sindiran kepada GLC di Kedah.
 Atas faktor itu, Pakteh akan turut mencuba nasib, mungkin dapat makan free di puncak menara Alor Setar.

Sehubungan itu Pakteh melalui blog Betoika Bertaruh bahawa

LAMAN WEB GLC2 KEDAH TIDAK AKAN MENGEMASKINI WEB MEREKA

Tempoh SAH sehingga Rabu ini iaitu 04/12/2013

Mari kita lihat sapa yang kena

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih