Masih ingat pengakuan ikhlas YAB Datuk Nik Aziz, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am parti Pas bahawa parti mereka sanggup berkawan dengan Syaitan demi untuk menjatuhkan pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO?
Anak muda yang kini berusia 20an mungkin lupa kerana pada masa itu mereka masih berhingus malah ada yang masih belum lahir.
Bukan mengungkit tetapi Pakteh merenung sejenak hal dan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Untuk mengakui kebenaran Pas memang berkawan dengan syaitan kelihatannya agak jahat tulisan Pakteh namun apabila teringatkan pengakuan Mursyidul Am Pas satu ketika dulu, Pakteh mula memikirkan apakah UMNO/Bn kini berhadapan dengan satu kelompok manusia yang matlamatnya hanya untuk menjatuhkan UMNO/BN biar apa cara sekalipun.
Jika makhluk Allah paling jahat dan keji bergelar syaitan PUN sanggup didampingi demi menjatuhkan UMNO, Pakteh terfikir apalah sangat hendak dibandingkan dengan DAP yang masih bertaraf manusia. Biar berbuih mulut sekalipun mendedahkan bahawa PAS kini menjadi kuda tunggangan DAP atau apa sahaja gelaran, amat-amat mustahil untuk melihat PAS keluar dari Pakatan Pembangkang terutama DAP.
Natijah dari kesungguhan untuk menjatuhkan UMNO kini mula dirasai PAS apabila sanggup mendampingi Syaitan atau sekurang-kurangnya berpewatakan Syaitan. Untuk menulis dengan lebih lembut, andaikan bukan syaitan tetapi memiliki watak-watak syaitan.
Jika dibandingkan UMNO dan PAS, akhir-akhir ini PAS begitu ketara melaksanakan transformasi dalam parti dan kelihatannya ia berjaya. Pakteh menilai pemecatan Hassan Ali yang lebih tinggi ilmunya dari Mohamad Sabu. Pakteh terkedu melihat Mahfuz Omar lebih menunjukkan inteleknya dari YB Nasha. Malah jika dilihat angkatan baru yang diangkat menjadi idola, amat buruk benar untuk membandingkan artis yang lupa diri apabila menyertai PAS dan artis yang menyertai UMNO. Di pihak PAS, artis-artis kelihatan sudah menyucikan dosa mereka malah menuduh orang lain berbuat dosa. Berbeza dengan artis yang cenderung kepada UMNO yang kelihatannya lebih berhemah dan merendah diri.
Isu Hudud yang diangkat Nik Aziz akhir-akhir ini menambahkan lagi perisa dan rasa bahawa memang benarlah parti ini tidak pernah ikhlas secara mutlak untuk meninggikan syiar Islam. Amat kasihan Pakteh melihat akar umbi yang benar-benar ikhlas menyanjung perjuangan Islam. Apalah salah mereka sehingga diperguna sedemikian rupa.
Itulah padahnya berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan lawan. Untuk pengetahuan Mursyidul Am PAS, Syaitan tetap syaitan dan syaitan tidak akan redha anak adam ini untuk berusaha menghuni syurga. Hanya mereka yang inginkan neraka sanggup berkawan dengan syaitan.
p/s: wow...Pakteh tulis "untuk pengetahuan Mursyidul Am Pas"...dasyat.