Tuesday, July 24, 2012

Fitnah atau Konspirasi

Hang Tuah difitnah oleh pembesar istana kononnya bersundal/bermukah dengan dayang istana, tanpa usul periksa, Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati....

Itu dulu...zaman iPad dan FB belum wujud....

Kini fitnah amat mudah tersebar namun pokok pangkal kepada permulaan fitnah harus disiasat kerana kadangkala fitnah dicipta oleh mangsa demi keuntungan tertentu.

Ada artis sanggup difitnah demi menaikkan nama yang telah suam-suam kuku. Malah ada artis sanggup menimbulkan kontroversi demi menyambung hayat dalam dunia seni.

Politik juga satu seni.....hanya ahli yang pakar sahaja akan terus berjuang dalam bidang seni berpolitik ini. Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Ibrahim Ali, Rais Yatim dan DS Najib telah membuktikan mereka pakar dalam seni politik. Siapa boleh nafikan sejak 70an hingga kini, tokoh2 inilah yang mendominasi pentas seni politik. Ahli lain sekadar pelakon tambahan atau penyedap rasa kepada seni yang dicipta.

Kerana itu, Pakteh tidak terlalu melatah apabila timbul isu Setpol MB Kedah ditahan SPRM kerana rasuah RM1.3J.

Blog Tn Hj Sanusi memuatkan artikel yang menuduh seolah-olah punca isu ini dibuat musuh politik secara nyata iaitu UMNO melalui seorang individu berkepala botak yang akhirnya dinamai sebagai Sobri Sudin. Pakteh berpendapat agakan sebegini agak mudah bilamana menuduh musuh tradisi secara fisikal atau lahiriah membuat honar bagi menjatuhkan pihak lawan....terlalu mudah.

Pakteh berpandangan Tn Hj Sanusi perlu memperincikan tuduhan/agakan beliau dengan menilai setiap isu yang timbul. Bolehkah jika kita anggap isu ini juga boleh dimainkan musuh dalaman beliau. Faktor ini bagi Pakteh lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan menuduh pihak UMNO/Blogger UMNO sebagai penyebab.

Fikirkan siapa untung jika Tn Hj Sanusi mengalah dan tertewas?

Apa untungnya UMNO?....Fikirkan kemungkinannya...

TETAPI apa untungnya pesaing beliau dalam PAS jika BENAR Sanusi tertewas.....

Fikir-fikirkan...............

3 comments:

Anonymous said...

Fitnah atau konspirasi tiap individu yang terlibat tahu akan kenyataannya.. Kalau difitnah kita tidak boleh melatah dan menuduh datang dari musuh tanpa menyelidik kerana ia juga boleh datang dari yang seangkatan yang sedikit sebanyak ada terhidu, sakit hati krn mungkin dgn cara dan sikap kita yang terlupa hari semalam atau mcm2 lagi... Kawan rapat juga boleh menimbulkan semua ini sekiranya tiada keikhlasan dan berkawan hanya atas dasar melihat dan mengharabkan... Faktor masa akan tentukan segalanya... Mungkin bila tiba masa Tuan Sanusi akan lebih kenal dunia untuk meniti hari2 mendatang...

Nur_Iman said...

Salam Buat Setpol MB Kedah
Tuan Haji Sanusi yang budiman....
Semoga Tuan Haji akan sentiasa mendapat hidayah dan dikurniakan Allah kesihatan, kewarasan dan terbuka minda kearah yang lebih mampu berfikir dengan waras dan terhindar dari sifat dan sikit yang cepat panas dan kurang kesabaran kerana kurangnya kesabaran akan membuat kita membuat banyak kesilapan yang merugikan diri sendiri. Kesabaran yang tinggi amat perlu untuk kita yang dikatakan sedang berjuang untuk mencari dan menegakkan kebenaran seperti yang dituntut didalam islam..

Islam itu bersih, Islam itu Suci, Islam itu benar, Islam itu bukan alat atau untuk dipermainkan.. Islam adalah kebenaran dan bukan untuk digunakan sebagai alat untuk dipermainkan dan diperlakonkan.. Kami tidak berniat apa-apa cuma sekadar untuk sama-sama mengingati diri sendiri, Tuan Haji Sanusi dan semua yang membaca coretan ini. Kerana manusia selalunya akan hanya nampak keburukkan dan kesilapan orang lain tetapi alpha dan lupa merenung kesalahan diri sendiri. Melenting, pemarah, menunding jari pada orang adalah kebiasaan pada orang politik... walaupun adakalanya mereka tahu kesalahan itu nyata mereka buat tetapi mereka tetap mencari helah dan dalih kerana mereka berpolitik untuk dunia dan mereka ini dunia adalah kehidupan dan tiada lagi kehidupan selepas itu.

Orang selalu kata berani kerana benar, takut kerana salah..... Tapi kita juga nampak ramai yang berani walaupun salah... Ramai juga yang takut walaupun benar.. Kenapa wujudnya semua keadaan yang seperti ini??? Jawapan tiap diri orang-orang yang seperti Tuan haji dan individu-individu yang bergelomang dengan pentas politik tahu dan memang sedar dengan semuanya itu.. Segalanya berlaku kerana pejuang adalah perjuang, keikhlasan hanyalah keluar dari luahan mulut dari lidah yang tidak bertulang dan tiada dari keikhlasan hati yang jitu dan ikhlas seperti yang dikehendaki didalam islam. Yang nyata hanya Parti saja yang nyatanya ISLAM.. Tidak ada salahnya dengan PARTI, tetapi orang yang ada didalam yang banyak berlakon dan berpura-pura.

Tuan haji rasa adakah pada hakikatnya sekarang Tuan haji dan rakan-rakan Tuan haji sekarang berjuang demi kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat negeri kedah atau sebaliknya menipu rakyat negeri Kedah??? Harab Tuan haji tidak melenting dan panas sebelum bertenang dan berfikir kerana bertenang sahaja yang boleh membuat kita mampu berfikir dengan waras.. Adakah kira Tuan haji meninggal dunia pada hari ini, Tuan Haji memang sudah menunaikan tanggujawab yang sepatutnya Tuan haji jalankan??

Islam menuntut untuk ikhlas dan tidak menginayai... Entahlah dimana kedudukan kita pada hakikatnya, HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU... Tetapi bagi orang-orang politik kebanyakkan dengan megah dan angkuh mengiyakan diri IKLAS dan TELUS walaupun pada hakikat dirinya tahu apa yang dia lakukan.

ORANG ISLAM TIDAK PERNAH BERSEORANGAN KERANA DUA MALAIKAT AKAN TETAP DI KIRI DAN KANAN.

Nur_Iman said...

SETPOL MB KEDAH PATUT SEDAR DAN RENUNG DALAM DIRI........

Manfaatkan kuasa yang ada dan jangan ambil kesempatan kerana segalanya akan dipersoalkan disana... Kawan lama akan kenal siapa kita dulu dan siapa kita sekarang.. Perwatakan dulu dan sekarang pun dah jauh berbeza... Berkawan biar beribu, ikhlas biar dengan seramai mungkin dan semua orang kalau boleh.. Jangan berkawan dengan seorang dua sahaja.. Jangan tiada keikhlasan.. Jangan biar kawan-kawan pergunaankan kuasa tanpa pengetahuan.. tetapi entahlah mungkin dengan IZIN sebenarnya tetapi entahlah.... Bersemuka pun kalau tiada keihlasan pun susah akan ada seribu satu helah dan penafian... Jangan rosakan ISLAM kerana kuasa.. Jangan rosakan KEPERCAYAAN DAN AMANAH RAKYAT kerana DUNIA.. Lebih malang lagi jangan jadi ALAT dan jangan biar diri DIPERALATKAN....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih