Tuesday, September 29, 2009
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Assalamualaikum...
Sedih betul saya..tapi tidak sehebat kesedihan bekas Ketua UMNO Bhg. Sik, Dato' Wan Azmi Ariffin.
Apa ceghitanya??...ini baru kena dengan drama politik masa kini. Kami berbual agak panjang pada malam selepas raya pertama. Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis disini ialah berkaitan beberapa isu yang bagi beliau jika tidak ditangani dengan baik, UMNO semakin sukar memenangi 3 kerusi di SIK.
Dato' Wan Azmi melihat permainan politik di Sik perlu ditangani dengan strategi politik yang bijak. Beliau memberikan contoh bagaimana Pas yang kononnya sudah tidak berduit di Kedah dilihat begitu hebat oleh rakyat. Fikirkan bagaimana projek-projek kerajaan pusat yang diluluskan sampai ke setiap daerah dan pasti/wajib diketahui oleh spy yang diletakkan disetiap pej/majlis daerah. Kejadian terbaru berlaku sendiri kepada Dato' Wan dimana beliau diperli dan ditempelak "tengok ni...Pas baru sukat jalan dua tiga minggu pun dah mai projek..UMNO jangan harap la". Bagaimana projek2 jalan kampung yang dibina atas ehsan kerajaan pusat menjadi projek kerajaan pas kedah?. caranya mudah...setiap projek yang diluluskan, akan diketahui oleh spy Pas d setiap pej. kerajaan dan disampaikan kepada kepala2 pas yang akhirnya akan berpura2 bertemu orang kampung untuk membincangkan hal naiktaraf jalan dan dengan yakin berkata dan berjanji "projek tersebut akan dijalankan secepat mungkin". Bayangkan perasaan orang kampung bila melihat 3 minggu kemudian mini tar yang ditunggu sekian lama tersedia di depan mata....pasti darahnya yang hijau bertambah hijau, yang biru menjadi kuning dan lama-lama menjadi hijau. Bagi dato' Wan, kepimpinan UMNO Sik sekarang perlu ada strategi dan bukan lagi bermain politik glamor.
Kisah terbaru...Pakteh alami sendiri apabila ramai penduduk (penyokong UMNO) mengadu "baik kami sokong pas pasai ramai orang pas dapat duit". Ini pakteh merujuk kepada sumbangan yang disampaikan oleh YB Tajudin (ADUN Belantik dan Ketua UMBNO Bhg Sik) kepada penduduk2 kampung. Bagi pakteh, niat beliau murni tetapi kesilapan percaturan politik walau sekecil mana sekalipun, pasti kesannya amat takut untuk dijangka. pakteh percaya, YB hanya menerima jemputan untuk menyampaikan cek yang proses pemilihan calon penerima dibuat oleh bukan wakil UMNO. keadaan ini menyebabkan penerima dipilih bukan berdasarkan parti tetapi kelayakan tertentu. Atas faktor ini, pada masa depan, setiap sumbangan yang YB sampaikan perlu ada mesej atau penerangan jelas agar penyokong tidak memprotes. bayangkan dalam 10 orang penerima, hanya 2 penyokong UMNO dan selebihnya PAS, pasti akan timbul rasa marah dan kemarahan tersebut diluahkan kepada saya dengan ayat2 cinta berikut "YB penipu" "jangan harap nak naik satu bendera pun dalam PRu13 ni" "baik masuk PAS" dan bermacam2 lagi.
nampak seperti mereka ini menyokong kerana imbuhan tetapi itulah strateginya...rosakkan fikiran musuh, kita pasti menang.....sebab itu ahli pas yang menerima sumbangan mengejek dan memperli 'kami sokong Pas pun dapat lagi ramai".
Bersediakan lagi UMNO Sik untuk PRU13?...bagi pakteh, UMNO Sik masih terkial-kial dan masih jauh untuk merampas Sik kembali.
Selamat Hari Raya kepada YB Tajudin dan semua AJK UMNO, PEMUDA,WANITA Dan PUTERI. Tak lupa juga kepada rakan baik saya Saudara Mahadzir Hamid, Ketua Pemuda UMNO Sik. Maaf Zahir Batin.
P/s: harap2 selepas ni jika ada mesyuarat atau program UMNO, jemputlah insan2 yang pernah berjasa kepada UMNO Sik juga. Bukan apa, pakteh melihat bahagian2 lain menjemput tokoh2 lama/veteran mereka yang berjasa ketika mesyuarat Bahagian, tapi Sik? Walaupun kita ni ulu dehh, janganlah kita masih bersikap macam orang ulu tak berpendidikan. Apa guna adanya Doktor, Lawyer jika hal semudah ini diabaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih