Thursday, April 25, 2013

#savekedah : PAS menyeleweng dan mengambil kesempatan. JAUHI PAS

Kedahtimes memetik nukilan indah kata-kata Ketua Editor Di ruang Di Sebalik Naskah dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera.. Ianya berbunyi begini..

'Terlalu banyak CATATAN KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI KEDAH sepanjang lima tahun pentadbiran. Semuanya perlu dirakam dan disebarkan agar seluruh rakyat jelata mengetahuinya.'

'Justeru, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah mengambil inisiatif menyebarkan SELUASNYA MAKLUMAT KEJAYAAN LUARBIASA yang diperolehi dalam tempoh singkat ini. BIAR SEMUA ORANG TAHU BAHAWA, KEDAH HARI INI ADALAH LEBIH BAIK dari hari-hari terdahulu yang dilalui. Itulah antara tujuan, mengapa buku 'SAYANGI KEDAH SEJAHTERA' ini diterbitkan.'

Dua petikan ini pun sudah cukuplah untuk pembaca maklumi tentang kehebatan pentadbiran PAS Kedah selama 5 tahun. Dan di sini Kedahtimes hendak memaklumkan lagi kehebatan yang tersembunyi yang PAS Kedah sengaja tak mahu maklumkan kerana mereka takut riya' dan takbur. Satu pencegahan dari sikap membangga-banggakan diri. Bagus sikap tu.

Sepanjang 5 tahun perintah, antara "kejayaan besar" pentadbiran Kedah terutamanya di KHTP di mana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh mencari pelaburan di luar negara. Mereka terpaksa tinggalkan anak isteri, keluarga dan tugas mencari pelabur-pelabur untuk datang ke Kedah.

Dan hasilnya ini:
Dalam bilangan pekerja bertambah di KHTP adalah:

160 orang setahun
160 x 5 tahun bersamaan 800 orang pekerja.
WOW! "Hebat" bukan!?...

Sekarang mari kita bandingkan kerjabuat BN yang PAS perlu sumbatkan dalam akal rakyat bahawa BN asyik makan duit rakyat ja.

1600 orang setahun
1600 X 5 bersamaan 8000 orang pekerja..
wow...lagi hebat

BN masih tetap akan direndah-rendahkan pencapaian berbanding PAS.
Kalau tak percaya suruhlah Kerajaan PAS beri bukti kejayaan besar mereka ini.
Dan lagi, mari kita lihat kejayaan besar yang turut tidak diwar-warkan atas nama menahan riak'. Manifesto PR 2013 juga telah meraikan kejayaan gemilang pentadbiran PR di Kedah adalah:


1) PENGURUSAN CEKAP
2) SIFAR RASUAH
3) PERBELANJAAN BERHEMAH

Klik saja gambar-gambar di bawah dan marilah kita tanya diri kita kenapa kita nak sia-siakan jasa dan pengorbanan PAS selama ini di Kedah..


PAS..Parti paling kuat gebang! Bandingkanlah 160 pekerja setahun di KHTP dengan belanja mengadakan lawatan (tentunya mencari pelaburan). Kecuali makan angin.

Read More : AloqStaq Blog dan Kedah Times 

Monday, April 22, 2013

#savekedah : Demi agama, perbuatan menipu oleh Pas Kedah perlu dibongkar

Bangun pagi tadi, Pakteh buka FB dan terlihat rakan maya Pakteh Tn Haji Sanusi Md Noor yang ditolak oleh Pas Sik dari menjadi calon PRU13 menunjukkan satu gambar.
Seperti pernah kulihat data itu tapi dimana ya?...

Ya..dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera.......buku yang menipu tentang pembinaan masjid oleh Pas Kedah. Jadi bila data berkaitan KHTP diambil/dicedok dari buku yang telah terbukti menipu...Pakteh perlu selidik dahulu faktanya. Lagipun pakteh memang tahu fakta itu menipu rakyat yang tidak mahu mengambil tahu berkaitan pelaburan di KHTP.

Jadi....biarlah data dibawah menceritakan pembohongan Pas Kedah.



InsyaAllah....harap2 rakan2 boleh faham dimana permainan puak Pas?.

Sunday, April 21, 2013

#savekedah : Pesanan dari blog Umat Terakhir..! Jom baca kerana Allah

Pakteh sangat meminati tulisan yang mampu membuatkan kita berfikir. Pakteh menjadi pembaca blog mistisfiles sejak sekian lama bahkan blog Sangtawal serta Srikandi menjadi tatapan mata Pakteh saban hari. Hari ini seorang pembaca blog Pakteh mencadangkan Pakteh membaca blog Umat Terakhir dan setiap blog yang dicadangkan untuk Pakteh, InsyaAllah Pakteh akan membacanya.

Pakteh sangat berhasrat untuk meletakkan artikel penuh yang terpapar di blog Umat Terakhir namun Pakteh belum meminta kebenaran dari Admin dan cuba mencari sekiranya ada kebenaran untuk mengambil artikel dari blog tersebut tetapi gagal. InsyaAllah jika ada kebenaran Pakteh akan letakkan artikel penuh, buat masa ini, Pakteh akan linkkan hantar pembaca semua ke blog Umat Terakhir. Ikuti sedikit paparan artikel tersebut. HARAPAN PAKTEH...BACALAH DENGAN MATA HATI DAN BERLAPANG DADA. KOSONGKAN MINDA DENGAN SEGALA KAITAN POLITIK DAN BACALAH ARTIKEL INI KERANA ALLAH. INSYAALLAH...ANDA AKAN LEBIH TENANG.

AYUH...BACALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Nota panel: untuk kali ini, buatlah kerana Allah

Bagaimana kita mahu memulakan penjelasan ini. Sulit untuk kita memulakannya. Sulit apabila ketaksuban berterusan membelenggu akal dan jiwa mereka daripada cuba melihat dan berfikir mengenai kebenaran.

Sejak lima tahun lalu, kita mengekori pemimpin-pemimpin mereka dan menyiasat kelakuan mereka setelah kita ada keraguan terhadap mereka. Dalam masa sama, kita ‘steal’ orang-orang dalam organisasi mereka supaya kita mudah mendapat maklumat sulit daripada orang-orang mereka (menggunakan orang dalam organisasi mereka untuk mengetahui rahsia-rahsia pemimpin mereka yang tertentu) .

Kita tahu banyak rahsia mereka. Kita failkan rahsia mereka dalam fail-fail profil. Fail-fail itu pula kita simpan dan tidak pernah didedahkan.

Mereka (setiap organisasi) mengadakan gabungan antara tiga ideologi berbeza. Setiap ketua dalam organisasi mempunyai cita-cita tersendiri. Mereka baru senyap-senyap belajar con-artdaripada pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) yang dibawa masuk daripada luar negara dan kemudian melakukan con-jobs dalam beberapa peristiwa.

Perbuatan mereka melakukan con-jobs membuat kita tersentak, they are now doing the same thing like we have been doing since long ago before they started to do it. Yes we are conmen, but we are free men. They learned how to be con-artists but they are the man’s men. Indeed, we are much better experienced and skillful to defeat their jobs.

Kita tidak akan con mereka semua kerana telah ditetapkan peraturan you can’t con a conman.

Kita hanya akan ‘menangkap’ maklumat dan menyerahkan mereka kepada kamu semua.  Ia tidak ada dalam peraturan.

Kita tahu, ramai sudah tahu mengenai video-video skandal pemimpin-pemimpin tertentu yang telah tersebar. Bukan kita yang melakukan itu semua, jangan terlalu cepat menuduh. Kita tiada masa untuk itu semua, kita tidak boleh con mereka semua, tidak boleh, itu peraturan yang perlu kita patuh. Oleh itu, bukan kita yang melakukan itu semua.

Kalau kita mahu membongkar skandal mana-mana pemimpin, maka sudah lama kita buat demikian dengan segala pendekatan forensik teknologi yang kita gunakan sehingga tidak mampu lagi dinafikan oleh mana-mana pengikut tegar dari kalangan mereka, kita boleh sahaja melakukan pembuktian sehingga semua pengikut mereka terdiam kaku.

Tetapi itu bukan cara kita untuk membongkar pekung ahli-ahli politik, kita bukan menulis untuk politik. Kita menulis untuk mengajak kamu semua berfikir untuk melihat tipu daya dunia. Kita tidak menulis untuk membuahkan kebencian sesama umat. Tetapi juga, menyimpan rahsia adalah satu tugas yang sangat membebankan.

Kita tahu satu perkara yang tidak ramai daripada kamu semua tahu. Sekali lagi kita meminta izin untuk melukakan hati sebilangan daripada kamu semua.

Kerjasama tiga ideologi itu disulami dengan agenda memerangkap sesama sendiri untuk mengangkat ketua sendiri. Jika tidak yakin dengan apa yang akan kita beritahu ini, maka beramai-ramailah kamu dan tanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu semua ketika mana mereka mengadakan cerama-ceramah politik bermula Sabtu ini.

Baru-baru ini, pengikut politik dikejutkan dengan skandal seorang pemimpin sebuah parti politik yang mana perbuatannya dirakam dalam bentuk video berdefinisi tinggi (HD). Daripada maklumat yang kita dapat sejak lima tahun lalu, pemimpin itu tidak disenangi oleh segolongan manusia dalam organisasinya sendiri.

Golongan yang tidak senang hati itu (orang mereka sendiri) kemudian mula berbuat baik dan menjerumuskan pemimpin itu kepada kegiatan yang tidak elok. Kita tidak berbuat apa-apa kerana mereka sedang menggerakkan buah catur mereka, kita hanya membiarkan mereka.

Kita tidak kata mereka ada lain-lain video pemimpin itu selain daripada yang telah didedahkan oleh pengendali media sosial, tetapi mungkin juga ada video lain kerana perangkap sudah dipasang. Itu sekadar maklumat yang kamu perlu tahu.

Kita hanya memberitahu sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara yang kamu semua sudah tahu. Bagi perkara-perkara yang kamu tidak tahu, maka lebih baik ia tidak diberitahu langsung. Ia juga kerana kita tidak mahu keadaan berubah bertambah sulit.

Di sebalik konspirasi yang merencanakan rakaman video itu, kumpulan hijackers atau role-player yang berada dalam organisasi itu (orang mereka sendiri) kemudian bertemu dengan musuh politik mereka (mereka tidak berkawan, tetapi masih bermusuh) dan menyerahkan video kepada musuh politik mereka.

Ia dengan harapan musuh politik mereka itu dapat mendedahkan video itu kepada umum, ia juga bagi menambah persepsi prasangka di kalangan pengikut mereka bahawa musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah jika pendedahan itu dilakukan kerana imej buruk sedemikian telah lama mereka palitkan kepada musuh politik mereka.

Walaupun video itu diserahkan kepada musuh politik mereka sejak tahun lalu (video itu sudah lama, bukan kejadian baru), tetapi musuh politik mereka hanya bertindak menyimpan dan tidak pernah mendedahkan. Ia tidak pernah didedahkan musuh politik mereka walaupun telah diberikan cakera video oleh role-players dalam organisasi yang memerangkap pemimpin itu.

Harapan mereka untuk melihat musuh politik mereka itu mendedahkan video berkenaan menjadi hancur kerana musuh politik mereka tidak melakukan perkara yang tidak seperti mereka harapkan sejak setahun lalu.

Jika musuh politik mereka melakukan pendedahan itu, maka mereka boleh berterusan menuduh musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah, tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah berdasarkan maklumat yang kita terima daripada role-players di pihak Umat Terakhir.

Akibatnya mereka tidak sabar untuk melihat video itu didedahkan, akibat tidak sabar, beberapa pengikut mereka ditugaskan mengedar video itu dalam bentuk cakera padat di Terengganu sejak beberapa malam dan pengedar-pengedar itu akhirnya ditangkap polis semasa melakukan kesalahan itu (caught in action) pada malam berikutnya. Kata bahasa pasarnya, kantoi di situ.

Sebaik sahaja video itu diedarkan pengikut mereka di Terengganu, maka bermulalah media sosial menyebarkannya di internet selepas orang awam yang mendapat cakera video itu dalam peti surat rumah mereka itu menyerahkan ia kepada pengendali laman sosial, ia sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa, kita juga tidak menyokong tindakan itu (menyerahkan kepada bukan pihak berkuasa).

Bagaimana kita tahu ini semua, ia kerana kita juga ada role-players dalam semua organisasi politik. Kita tahu semua yang mereka lakukan. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita adalah con-artists yang tidak mengganggu setiap apa yang mereka kerjakan, kita hanya memerhati buah-buah catur yang mereka gerakkan sebelum kita pula melakukan gerakan apabila tiba giliran kita.

Sejak video itu didedahkan dalam media sosial, mereka meneruskan plan dengan menuduh ia dilakukan oleh musuh politik mereka. Ia kerana mereka sendiri ada menyerahkan video itu kepada musuh politik mereka sebelum ini. Video sudah diserahkan oleh orang-orang mereka sendiri (role-players), dan hanya meneruskan plan dengan melemparkan tuduhan. Ia adalahframe-job paling dungu yang pernah kita temui.

Sebenarnya, ada banyak video yang mereka serahkan melibatkan ramai pemimpin di kalangan mereka sendiri. Tetapi itu semua tidak didedahkan oleh musuh politik mereka. Akibat tidak didedahkan sebagaimana yang mereka harapkan, maka mereka mendedahkan ia sendiri.

Seorang berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka telah terlebih dahulu mengatakan ada video lucah melibatkan anak seorang pemimpin (yang mana anak pemimpin itu juga adalah seorang pemimpin) akan didedahkan oleh musuh politik mereka, belum apa-apa lagi mereka sendiri sudah kata ada video itu sedangkan musuh politik mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai perkara itu.

Jika anda semua adalah orang berakal waras, maka sudah tentu anda mampu melihat keanehan yang terdapat di sebalik kata-kata seorang pemimpin berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka berhubung dakwaannya mengatakan akan kewujudan video yang dimaksudkan itu.

Ia kerana mereka tidak sabar untuk meledakkan isu itu kerana mereka sendiri yang mengawal isu itu. Ia juga kerana mereka tidak sabar setelah musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan desas-desus untuk mendedahkan video itu. Akhirnya, mereka mengambil selangkah ke hadapan untuk membangkitkan isu itu bilamana musuh politik mereka langsung tidak berbuat apa-apa terhadap video yang sudah lama diserahkan itu.

Lama sebelum isu video anak pemimpin itu berputar sejak akhir ini, perkara ini sebenarnya sudah lama iaitu sejak lebih lima tahun yang lalu. Melalui maklumat yang diterima daripadarole-players kita yang berada dalam organisasi mereka, seseorang berjawatan dalam organisasi itu juga pernah menemui musuh politik mereka untuk ‘menjual’ video tersebut dengan harga $8,000 bagi menjatuhkan anak pemimpin itu dalam organisasi itu.

Melalui maklumat yang sama, diketahui bahawa pelawaan (kepada musuh politik mereka) itu ditolak disebabkan beberapa faktor. Pertama, video itu berkualiti rendah. Kedua, musuh politik mereka memang tidak berminat dengan bahan-bahan seperti itu. Ketiga, mereka tidak mahu menggunakan video-video itu kerana mereka tahu pengikut-pengikut taksub tidak akan percaya, jika digunakan juga, ia hanya sia-sia.

Maka, atas sebab itu muncul keanehan apabila seorang pemimpin organisasi mereka sendiri tiba-tiba tampil mengatakan musuh politik mereka ada memiliki video anak pemimpin mereka sedangkan musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang desas-desus mengenainya, ia adalah satu keanehan.

Ia menandakan ‘bom’ yang berbentuk video itu mereka sendiri yang mahu dedahkan dan pada masa sama cuba melakukan frame-job terhadap musuh politik mereka. Ada keanehan di situ, jika kamu memerhatikan keanehan itu, jawapan bagi keanehan itu akan terpacul sendiri ke dalam benak akal kamu.

Mereka mahu menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dengan mempergunakan musuh politik mereka dengan harapan musuh politik mereka itu menggunakan senjata yang telah mereka beri sendiri kepada musuh-musuh mereka. Malangnya, musuh politik mereka tidak sesekali mengikut rentak tarian mereka.

Mereka mahu mencantas semuanya, mereka mahu mencantas orang-orang yang berpengaruh dalam organisasi mereka supaya mereka boleh mengambil alih, mereka juga mahu mencantas musuh politik mereka supaya orang awam berasa benci terhadap musuh-musuh mereka.

Begitu juga dengan banyak kes video yang lain termasuk di dalam tandas dan sebagainya. Mereka merancang semuanya (yang keji-keji) untuk mencantas sesiapa sahaja sesama mereka yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dan kemudian menyalahkan musuh politik mereka untuk menjadikan sebilangan kamu berterusan mempercayai ‘ke-mailakat-an’ mereka. Kita tahu semua ini sejak sekian lama kerana kita juga ada role-players dalam organisasi mereka.

Kalau anda tidak percaya, maka itu hak anda tetapi jangan pula buat-buat lupa untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin anda mengenai perkara-perkara aneh yang mereka lakukan sebagaimana yang kita sebutkan di atas tadi. Setiap keanehan memerlukan jawapan, maka menjadi tugas anda semua untuk mendapatkan jawapan jika anda adalah orang-orang yang memihak kepada kebenaran melebihi memihak kepada pihak-pihak yang anda suka.

Kebenaran itu tidak pernah memilih sesiapa yang disukainya, tetapi jika kamu semua menyukai kebenaran maka kamu harus berusaha memihak kepada kebenaran meskipun kenyataan-kenyataan terselindung yang timbul daripada jawapan-jawapan yang meragukan itu sangat anda tidak sukai, maka ada kebenaran yang disembunyikan di sebaliknya, kebenaran itu tidak pernah selalu datang dalam bentuk manisan. Kamu harus memahami kepalsuan (dalam jawapan yang diterima) sebelum mengenal kebenaran (yang cuba diselindungkan di sebalik jawapan palsu).

Hakikatnya, mereka tahu akan berlaku perpecahan dalam organisasi mereka disebabkan mereka masing-masing tahu akan taktik jahat termasuk taktik video itu. Sekarang ini, kalau kamu sedar mengenai apa yang berlaku di luar sana (lihatlah apa yang sedang berlaku di luar sana, jangan hanya menilai politik dengan hanya membaca perkhabaran di internet), kamu akan melihat bahawa berlaku perpecahan di peringkat akar umbi dalam organisasi mereka.

Masalah berebut kawasan dan berebut mahu jadi calon tercetus disebabkan timbul perasaan tidak percaya kepada sesama mereka. Mereka mahu kumpulan mereka menjadi dominan dalam organisasi mereka dengan menyingkirkan sekumpulan lagi satu. Apabila tercalon, mereka akan mempunyai kuasa membuat keputusan dalam organisasi selepas diberi jawatan (peluang merebut jawatan dalaman organisasi), kuasa itu pula akan menyingkirkan orang-orang yang tidak mereka sukai dalam organisasi mereka sendiri.

Mereka juga sedar akan berlaku kejadian lompat ke organisasi musuh politik mereka sekiranya mereka menang tipis akibat kekalahan. Mengapa kita kata mereka berisiko menang tipis? Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tercalon oleh organisasi memilih untuk mencalonkan diri sendiri dan menjadi calon bebas. Ia membuka kepada risiko pecah undi kerana undi dalam kalangan pengundi mereka telah terpecah, manakala undi daripada pengundi musuh politik mereka tidak terpecah kerana semua undi itu masuk kepada calon musuh mereka.

Jadi, mereka tahu mereka akan berdepan dengan risiko perit akibat masalah yang ada dalam organisasi mereka. Namun, masalah ini tidak dipertonton kepada pengikut bawahan mereka dan sebaiknya berterusan meyakinkan pengikut mereka bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka. Malah mereka kata pula, kalau mereka kalah itu adalah disebabkan proses pengundian yang tidak bersih dan tidak telus. Kalau mereka kalah sekalipun, pengikut mereka akan memberontak mengatakan mereka kalah disebabkan ada penipuan dalam proses pengundian.

Semuanya (stage/pentas) telah siap terpasang sejak sekian lama. Walau apa pun yang berlaku, mereka akan tetap melakukan manipulasi terhadap kejadian-kejadian yang dijangka berlaku (expected scenes).

Namun, bagi mengelak kejadian lompat ke dalam organisasi musuh, mereka telah membuat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat keluar (dikatakan) perlu membayar $3 juta kepada organisasi mereka. Kalau kamu sekali lagi tidak yakin dengan maklumat kita ini, maka kamu tidak perlu memaki hamun terhadap kita, sebaliknya bertanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu mengenai perkara ini semasa mereka mengadakan ceramah nanti.

Apabila ada yang mahu juga melompat keluar, mereka perlu membayar. Kalau tiada wang untuk membayar, maka mereka perlu meminta wang daripada organisasi yang mereka mahu masuk, jika organisasi yang mahu dimasuki itu memberikan wang, maka mereka akan kata orang yang melompat keluar itu telah ‘dibeli’ dan dibayar supaya berbuat demikian. Walhal, mereka menetapkan bayaran kalau mahu lompat keluar. Bolehkah anda melihat permainan ini?

Itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang mereka tidak mahu kamu tahu. Kamu hanya diberitahu mengenai yang sedap didengar dan diberitahu mengenai kemenangan yang bakal menanti, dan diberitahu mengenai apa sebenarnya yang konon berlaku sekiranya mengalami kekalahan dan diberitahu mengenai apa yang perlu dilakukan jika kalah.
--

Kita tidak pernah menulis sebegini dalam Umat Terakhir. Kamu yang selalu membaca di sini juga pasti tahu bahawa kita tidak pernah menulis seperti ini, tetapi ini adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan ia hanya sekadar yang anda wajar tahu sahaja, selebihnya anda tidak perlu tahu dan biarlah kita di sini yang menanggung beban menanggung rahsia.

New World Order (NWO) sedang menunggu di hadapan pintu rumah kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menghalang gelombang kedua NWO itu daripada menerjah rumah kamu. Namun, menjadi cepat atau lambat ia menerjah adalah terletak di tangan kamu.

Sebelum ini (dalam dua edisi sebelum ini bermula edisi pertama pada tahun 2006), kita hanya bercerita mengenai konspirasi di peringkat global dan telah kita senaraikan keterangan-keterangan dan pembuktian-pembuktian yang bersangkut paut dengan konspirasi yang digerakkan konspirator di serata dunia. Semua itu didedahkan secara beriringan dengan artikel-artikel pembuka minda dalam siri Mind Game, ia supaya kamu semua dapat pengetahuan yang secukupnya untuk berfikir setelah diberitahu cara-cara mengenal taktik jahat konspirator untuk menguasai minda kamu daripada berfikir dengan sewajarnya. Kamu semua telah diberi panduan.

Kita telah membuka pekung Adolf Hitler, kita juga telah membuka pekung George Bush, kita telah beritahu siapa yang mengilhamkan komunism dan atas tujuan apa ia dicipta, kita telah terangkan apa kaitan liberalism sehingga membawa kepada sekularism kepada kehidupan manusia sebelum kamu semua dipaksa menjejak ke NWO, kita telah terangkan apa maksud jahat di sebalik setiap slogan kemanusiaan yang dicipta di dunia ini, kita telah beritahu banyak perkara yang anda berasa tidak jelas mengenainya selama ini. Kamu juga dapat menerima semua penjelasan itu dengan akal yang waras.

Tetapi untuk kali ini, kita tahu ia amat pedih untuk ditelan oleh sebilangan daripada kamu. Kita juga tahu ada yang masih tidak mahu berfikir dengan sewajarnya meskipun telah banyak panduan diberikan selama ini.

Jika kamu amat malas untuk berfikir, maka memadai jika kamu memikirkan pendirian pakatan tiga ideologi politik berhubung isu kalimah suci Allah. Isu kalimah Allah tidak wajar dipandang sebagai isu kecil di kaca mata umat Islam. Pakatan tiga ideologi itu pernah berkata bahawa misi untuk menawan Putrajaya adalah jauh lebih besar daripada isu kalimah Allah. Kata-kata beracun mereka itu membuatkan pengikut-pengikut mereka terlupa bahawa Putrajaya tidak lebih besar daripada Allah kerana Allah itu Maha Besar. Tiada yang lebih besar daripada-Nya.

Con-job yang dilakukan di persekitaran anda adalah untuk menjadikan anda lemah. Ia adalah seni untuk menjadikan bilangan yang nampak ramai itu menjadi sedikit. Memang benar, umat Islam itu ramai di Malaysia, tetapi mereka (umat Islam di Malaysia) ini sebenarnya amat sedikit.

Mengapa kita berkata umat Islam di Malaysia ini adalah sangat sedikit sedangkan jika dilihat secara bancian menunjukkan bilangan umat Islam itu adalah majoriti di negara ini? Bagaimana dikatakan umat Islam di Malaysia itu amat sedikit sedangkan mereka adalah majoriti?

Perpecahan dalam kalangan umat Islam itu menyebabkan bilangan mereka menjadi sedikit. Umat Islam terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil yang tidak bersatu padu, saling bercakaran. Akibat berpecah, bilangan yang ramai akan menjadi sedikit dan akhirnya lemah. Faham?

Mengapa keadaan ini berlaku dan siapa yang melakukannya dan bagaimana mereka melakukannya?

Ia tercetus apabila umat Islam meletakkan perjuangan politik lebih tinggi daripada agama. Lebih parah, mereka mendendami dan memusuhi saudara seagama yang tidak sehaluan dengan perjuangan politik mereka. Permusuhan itu membuka peluang untuk pihak yang dengki terhadap umat Islam. Musuh tidak akan mara ke hadapan jika tiada peluang untuk berbuat demikian.

Kita tidak mengatakan mereka itu con-artist, tetapi cara mereka bekerja adalah seperti yang dilakukan oleh con-artist dengan menggunakan seni-seni pembohongan (con-art) yang halus dan terselindung daripada pandangan sebilangan orang Islam di negara ini. Maka, cara untuk menggagalkan mereka juga adalah menggunakan cara yang sama untuk menggagalkan con-jobyang dilakukan oleh con-artist.

Jika 10 tahun lalu, aktiviti politik deseptif  tidak berlaku di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini (lima tahun terakhir ini), begitu banyak pihak dari luar seperti pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) mengadakan kerjasama dengan beberapa parti politik di Malaysia.

Beberapa siri ‘bengkel’ diadakan bagi mengajar strategi kepada parti-parti politik terlibat. Sejak bengkel-bengkel itu diadakan, baharu kita dapat melihat bahawa sudah wujud tipudaya-tipudaya halus yang semakin banyak dilakukan dan ia dilakukan sebagaimana con-jobs yang dibuat oleh con-artist. Mungkin ada con-artist yang mengajar mereka melakukan con-jobs.

Ia (kerja licik yang selicik con-artist) hanya terjadi selepas NGO-NGO dari luar negara mula masuk ke negara ini untuk mengadakan bengkel tertutup dengan parti-parti politik tempatan. Sejak itu juga, pentas-pentas (con-stage) mula dipersiap yang menampakkan seolah-olah sistem pengundian yang ada di negara ini tidak adil.

Ia bagi mencipta persepsi awal supaya pihak yang menyokong mereka beranggapan bahawa kekalahan mereka nanti (sekiranya kalah) adalah disebabkan oleh sistem yang tidak adil. Pentas quail drop dan replika con-job Arab Spring yang klasik dipersiapkan dengan sebaik-baiknya. Semua persiapan ini hanya terjadi selepas NGO-NGO luar negara masuk ke negara ini.

Pemikiran para penyokong pula dipujuk supaya menerima fahaman liberal yang menyokong atau sekadar tidak kisah dengan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Lebih parah, dipujuk supaya membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ia membuatkan para penyokong (di peringkat kepimpinan) menjadi kelu untuk bertanya mengenai apa perlunya Bible versi Melayu sedangkan orang Melayu di negara ini adalah beragama Islam? Untuk siapa Bible versi Melayu itu? Orang Cina yang Nasrani sudah tentu membaca Bible dalam versi bahasa Cina atau Inggeris, mereka tidak baca dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan orang India yang beragama Nasrani, mereka juga pasti membaca Bible dalam bahasa Tamil atau Inggeris, mereka tidak akan membaca Bible dalam bahasa Melayu.

Jadi, untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam? Kita mungkin tidak akan keliru dalam mengenal Allah, tetapi bagaimana dengan anak-anak dan cucu-cicit kita nanti? Mereka (generasi keturunan kita) tidak akan terlepas daripada ujian keimanan sebagaimana yang kita diuji pada hari ini, tetapi adakah kita tahu berapa hebatkah ujian yang akan anak cucu cicit kita akan diuji nanti? Kalau kita tidak berusaha mempersiapkan persekitaran yang selamat untuk mereka mempertahankan akidah mereka bermula hari ini, maka kitalah yang akan dipersalahkan.

Jadi, untuk mempersiapkan persekitaran yang dapat menjamin mereka dalam mempertahankan akidah di masa hadapan, maka adakah perlu ada orang Islam yang bertindak membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu? Untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam.

Malangnya, ada pemimpin dalam kalangan pertubuhan Islam yang membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu. Selepas menerima tekanan hebat daripada sebilangan besar umat Islam, baharu mereka bermesyuarat dan tampil dengan keputusan untuk tidak membenarkan.

Seorang pemimpin pertubuhan itu kemudian memberikan kenyataan kepada media dan disiarkan di saluran berita di televisyen. Mungkin anda tidak menyedari perkara ini, kenyataan pemimpin itu menampakkan seolah-olah dia baharu sahaja faham dengan pengertian akidah triniti agama Nasrani dan menampakkan bahawa dia selama ini tidak pernah memahami pengertian triniti dan langsung tidak ada pengetahuan mengenai selok-belok akidah Nasrani, dia juga seperti baharu sahaja difahamkan mengenai perkara itu selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi pertubuhan itu. Dia selama ini tidak mengenali musuhnya. Dia selama ini tidak mengenali akidah agama musuh sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Mengapa kita berkata begitu? Kita di Umat Terakhir bekerja menemui dan berkomunikasi dengan beratus orang setiap minggu dan beribu orang setiap bulan sepanjang kami melakukan pekerjaan hakiki kami selama berpuluh tahun.

Kita di Umat Terakhir ini berurusan dengan begitu ramai orang yang berbeza dan kita amat mengenali bahasa badan yang dihasilkan seseorang semasa berkomunikasi melalui percakapan atau perbuatan. Melihat kepada raut wajah, kita sudah kenal isi hati orang-orang yang walaupun baru seminit bertemu. Kita juga tahu kalau seseorang itu menipu semasa berbicara.

Sampai begitu sekali betapa halusnya mereka mempengaruhi pemimpin-pemimpin Islam supaya mengikut kehendak hawa nafsu agama mereka. Begitu sekali persona yang dimainkan sehingga pemimpin-pemimpin Islam boleh terpedaya dalam isu kalimah Allah. Ia berjaya disebabkan racun pluralism sudah mula membaham kecekalan iman pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Selepas pihak tertinggi parti itu menukar pendirian berhubung isu kalimah suci Allah, pengikut-pengikut yang selama ini mengulangi kata-kata pemimpin mereka yang membenarkan kalimah Allah disekutukan agama lain dan menuduh orang yang tidak bersetuju dengan pendirian sebelum ini, tiba-tiba terdiam.

Sebelum ini pengikut mereka mengeji menghina orang-orang lain yang tidak setuju kalimah Allah disekutukan dalam kitab agama lain, mereka menghina dan menuduh orang yang tidak bersetuju itu sebagai jahil ilmu agama, tidak pandai seperti mereka; tetapi apabila pemimpin dalam majlis syura mereka menukar pendirian, pengikut mereka terus terdiam dan tidak lagi berani mengulangi tuduhan yang sama. Jelas menunjukkan mereka itu lebih jahil daripada orang yang mereka tuduh sebagai jahil sebelum ini.

Pemimpin tertinggi parti mereka juga masih belum tampil dengan pendirian yang selari dengan majlis syura mereka. Ia ditambah lagi dengan blame-game yang dimainkan ketua besar mereka yang mengatakan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan kitab agama lain itu adalah selepas pemimpin parti jenama Islam itu memebri kebenaran mengikut syarak. Ada tuduh menuduh sesama mereka pula selepas masing-masing tersepit dengan isu kalimah Allah.

Mereka terlupa, Allah Maha Besar. Allah akan membalas jika perintah mentauhidkan Dia diperkotak-katikkan. Kita percaya kepada Allah yang Maha Adil, pasti ada balasan pedih yang sedang menanti untuk mereka akibat membenarkan kalimah suci-Nya disekutukan oleh penganut agama sesat yang Dia cela dalam kitab-Nya.

Ini semua berlaku akibat mereka sudah termakan racun pluralism. Lebih parah, pluralism itu pula mereka mahu semai dalam akal pengikut mereka yang telah lama didungukan.

Kalau kamu benar-benar sayang kepada Allah, kamu pasti tidak akan bersama-sama dengan golongan yang membenarkan kalimah suci Allah disekutukan oleh kitab agama lain. Umat Islam yang sekecil-kecil iman tidak akan sesekali membenarkan kalimah suci Allah disekutukan dalam apa keadaan sekali pun. Allah memerintahkan supaya kita mentauhidkan Dia, dan memerintahkan supaya kita berdakwah untuk mengajarkan tauhid kepada seluruh manusia, maka apa persetannya ada manusia mengaku Islam mahu membenarkan kalimah suci Allah yang Wahdaniyah itu disekutukan dalam kitab agama lain? Bukankah ia bermakna telah melanggar perintah Dia? Di mana kedudukan kita kalau membenarkan semua itu berlaku?

Sehingga hari ini, mereka masih membisu berhubung isu kalimah suci Allah setelah menukar pendirian. Bagi mereka, isu itu telah selesai sebaik sahaja mereka menukar pendirian kepada tidak membenarkan. Isu itu belum selesai selagi rakan-rakan politik mereka masih berpegang kepada persetujuan yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Walau apa pun sebilangan daripada kamu akan menghambur tohmah kepada kita di sini akibat kami menegur keterlanjuran parti kesayangan kamu dalam hal beragama, ia tetap tidak dapat menolak kenyataan bahawa Putrajaya itu tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Jangan sesekali berlebih-lebihan dalam hal beragama sehingga meletakkan Allah di tempat yang lebih kecil daripada Putrajaya.

Kita yakin, ramai dalam kalangan kita tidak sanggup melihat kalimah Allah digunakan dalam kitab ajaran agama lain sehingga menyekutukan Allah. Jika kamu tidak mampu untuk berfikir mengenai ekonomi atau lain-lain isu dalam hal bernegara, cukuplah sekiranya kamu memikirkan soal kebesaran Allah dalam percaturan mereka dalam berpolitik.

Ingat, Allah Maha Besar.


Kaum Nabi Musa kerap meminta Musa memohon doa kepada Allah supaya diturunkan segala kebenaran, namun selepas kebenaran demi kebenaran diturunkan, mereka tetap menafikan dan mendustakan segala kebenaran. Mereka menafikan kebenaran, walhal merekalah yang meminta ditunjukkan kebenaran.
Kebenaran itu tidak datang bergolek, ia datang dalam bentuk yang kita perlu berfikir mengenainya. Ia kerana kebenaran itu hanya untuk orang-orang yang mahu berfikir.

Dalam politik negara ini, kebenaran demi kebenaran telah diturunkan sebagaimana yang mereka minta, kebenaran paling besar ialah isu kalimah suci Allah sehingga ia tidak dapat dijawab dengan cukup meyakinkan oleh orang-orang yang mengaku berjuang menggunakan nama Islam. Untuk kali ini, berilah pengajaran kepada mereka untuk mengingatkan mereka bahawa Allah Maha Besar.

Kita tidak menulis artikel ini atas dasar politik. Kita menulis ini adalah kerana mahu mengajak kamu semua mengakui bahawa Allah itu Maha Besar, dan mengajak kamu semua menyedari bahawa misi parti politik itu untuk ke Putrajaya adalah tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Meletakkan Allah di tempat yang tidak lebih besar daripada Putrajaya adalah satu kepahitan yang tidak dapat kita terima.

Jika mereka benar-benar menjiwai takbir (Allahu-akbar) yang mereka laungkan, sudah tentu mereka tidak akan tergamak mengatakan misi menawan Putrajaya itu lebih besar daripada Allah.

Jika kamu tidak mahu melibatkan diri dalam proses demokrasi kali ini, tidak dapat tidak, kamu tidak boleh lari daripada menggunakan jalan ini untuk memberi pengajaran kepada mereka yang curang itu untuk mengingatkan mereka bahawa Allah itu Maha Besar.

Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk. Tetapi, gunakanlah peluang ini untuk sekurang-kurangnya memilih yang paling bersih dalam kalangan yang kotor-kotor sementara menunggu kekhalifahan suci murni yang dinanti-nantikan.


Untuk kali ini, buatlah kerana Allah.

Bukan kerana mana-mana parti politik
Hanya kerana Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa


-DRIFTER-

ARTIKEL PENUH DIPERMULAAN SILA KE BLOG UMAT TERAKHIR DISINI. TERIMA KASIH KEPADA UMAT TERAKHIR.

#savekedah : Pas GADAI kalimah Allah demi POLITIK ..!!

Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, yang mencabar Kerajaan Malaysia di mahkamah semata-mata kerana mahu menggunakan kalimah ‘Allah’, merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007 di kediaman rasmi beliau. (Gambar daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com)



Isu ini bukan baru tetapi setiap rakyat perlu sedar bahawa PAS sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa termasuklah menggadaikan kalimah Allah.

"Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, Memohon Semakan Kehakiman No: R1-25-73-2008 Kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan kerajaan pada 12 Februari 2008 yang melarang Herald The Chatolic Weekly daripada menggunakan kalimah Allah"

Pakteh sengaja besarkan ayat di atas supaya boleh difahami dengan mudah. Kalau tak faham juga...Pakteh ringkaskan bagi faham.

1. Kerajaan larang Herald The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah
2. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Pakiam mohon semakan mahkamah

Isuini ialah antara kerajaan dan pemimpin kristian. Menteri agama pada waktu itu Zahid hamidi berkata.

 “Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain"

Apa yang dikesalkan ialah:


Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan:

“Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. “Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam,” katanya.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, berkata di dalam Sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, bahawa persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam Al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Dzulkefly dikatakan merupakan ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengunjungi sebuah gereja di Malaysia. Beliau mengakui bahawa beliau mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang 2 minggu selepas PRU ke-12.

Khalid Abdul Samad kemudiannya mengunjungi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah

LEBIH TERUK LAGI, ANWAR MENGGUNAKAN HAJI HADI IAITU PRESIDEN PAS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT BERSETUJU KALIMAH ALLAH BOLEH DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM pada 2013.

HANYA SATU PERKARA SAHAJA YANG BOLEH MENGHALANG KALIMAH ALLAH DARI DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM IAITU......PAKATAN RAKYAT MESTI DIHALANG DARI MENDUDUKI PUTRAJAYA

TUGAS PERTAMA UNTUK MENGHALANG PAKATAN RAKYAT IALAH DENGAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BARISAN NASIONAL. SAMADA ANDA AHLI UMNO, AHLI PAS, AHLI DAP (ISLAM), AHLI PKR, AHLI APA SAHAJA PARTI POLITIK DI MALAYSIA...ASALKAN ANDA BERHASRAT MENJAGA KESUCIAN NAMA ALLAH DAN AGAMA ISLAM....TUGAS PERTAMA ANDA IALAH UNDILAH BARISAN NASIONAL


lihat disini untuk rujukan 

Wednesday, April 17, 2013

UMNO SIk: Ketua dan Timbalan: ADUN dan PARLIMEN

#savekedah: PUAK PAS DAH KEPANASAN..!! Sifat jahat dan jahil dipamerkan

Inilah natijahnya apabila bertuankan seorang peliwat dan penzina. Jika dulu masih ada sedikit kebaikan dikalangan puak Pas, kini selepas agak lama bertuankan Anwar Ibrahim, segalanya terbuang entah kemana.

Sejak selepas Sik tewas 2-1 ditangan Pas, Pemuda UMNO menggerakkan jenteranya untuk memastikan Sik sentiasa berkibar bendera BN. Sesiapa pernah bertandang ke Sik, pasti akan mengakui hal ini malah DS Shahidan Kassim yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat Pemuda 2012 juga berpendapat sedemikian.

Apa yang ingin Pakteh bangkitkan, Puak Pas sangat tidak senang dengan jumlah bendera BN yang gah berkibar di seluruh pelusuk Sik. Kekuatan jentera Pas tidak mampu menyaingi jentera BN yang tersusun kemas. Ditambah pergolakan dalaman Pas yang galak berebut jawatan, jentera Pemuda Pas boleh dikatakan gagal di Sik.

Apabila gagal bersaing secara sihat, Puak Pas mula mengepak, mematah, mencabut, membuang dan menghilangkan bendera BN. Kejahatan ini berterusan dan Pakteh amat terkejut apabila ianya turut merebak ke kg Pakteh. Sejak dulu penduduk kampung saling mengait persefahaman walau berlainan politik tetapi kali ini amat pelik. Malam pertama bendera dipasang sudah kedengaran "bodoh" dan sebagainya. Apakah ini ajaran Mat Sabu Syiah atau Haji Hadi?. Keesokan paginya ada buluh bendera yang sudah dipatah-patahkan. Tempat Pakteh bukannya seperti tempat lain yang terpaksa menggunakan buluh gred rendah dan muda. Tempat Pakteh adalah antara kawasan yang mempunyai hutan buluh paling banyak di Malaysia. Gred yang digunakan adalah gred super yang panjang, tahan, lurus tidak bengkok malah mencanak naik ke atas apabila dipacak kedalam tanah.

hari kedua dan hari2 berikutnya, episod malang kejahatan Pas sudah tidak ada kesudahan. bendera di pondok panas dibuang, dan pelbagai lagi kerosakan yang sukar dimengertikan.

Pakteh faham...jentera Pemuda PAS kampung Pakteh lumpuh terus. ketua Pemudanya dibuang daerah kerana mengedar dan menagih dadah. Sejak kecil itulah sifatnya..rakan pakteh juga. Dulu ganja dihulur untuk setiap aktiviti pemuda Pas. Pemuda UMNO huluq rokok cap john ja tapi Pemuda Pas huluq ganja...wow. tahun ni...sunyi sepi...harapkan PeTUA ja yang dok pasang bendera...semuanya punca....dadah. Jadi jalan terbaik ialah..sebotaj segala apa yang UMNO buat.

*Pemuda PAS di kampung Pakteh kurang tahun ni....bukan p Lahad Datu tapi kena buang daerah dan di Pusat Serenti. (salah UMNO ka?)

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih