Tuesday, April 27, 2010

Pas HINA Sultan Kedah



Wabak gila dari Perak dah berjangkit ke Kedah. Mungkin kerana takut menjadi pembangkang semula, Adun Pas Kubang Rotan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mengemukakan soalan yang mempertikaikan kuasa Sultan. Itulah natijahnya bila mabuk kuasa dan rasa bongkak sehingga segala-galanya nak tunjuk pandai. Soalan bertulis iaitu Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh berkenaan mengundang persoalan APAKAH PAKATAN RAKYAT ANTI SULTAN?. Lihat sahaja di Perak, Selangor dan kini Kedah, semuanya engkar dan derhaka secara terang-terangan.
Mungkin masanya dah semakin hampir untuk Ustaz Azizan surrender dengan elok. Pakteh faham, Azizan bukannya nak pun kerusi MB tapi terpaksa, itulah natijahnya sehingga soalan yang begitu besar kesannya boleh terlepas pandang oleh speaker.

kata pakteh: Selepas hang jebat, hang Nizar, kini Hang Azizan plak nak derhaka....

Monday, April 26, 2010

Tahniah BN menang di HS - JOM Rampas KEDAH Pula!!!

Hulu selangor dah Menang...
Kini jom ramai2 tumpukan segenap usaha untuk tumbangkan Pakatan Rakyat di Kedah. Ustaz Azizan dah hampir mengalah dan strateginya kini hanya bertahan. Dikhabarkan banyak fail2 sulit dan penting telah dibawa keluar dari pejabat MB. Semangat Hulu Selangor perlu diteruskan di Kedah. Pakteh percaya tiada ulasan besar dari kepimpinan BN terhadap kesanggupan Ustaz Azizan untuk menjadi pembangkang adalah kerana menumpukan 100% isu kepada Hulu Selangor. Mungkin juga Ustaz Azizan cuba mengalihkan sejenak serangan di Hulu Selangor kepada Kedah dengan memberi gula-gula yang boleh menyebabkan ramai Pemimpian BN terutama dari Kedah dibuai mimpi indah. Mujurlah tiada yang termakan umpan Azizan. Kini masanya yang paling sesuai...
Jom tawan Kedah kembali..

Friday, April 23, 2010

GEMPAR : Zaid Ibrahim Akan Bersumpah Muhabalah Malam Esok (24hb April 2010).


Ehsan Blog Dr Novandri Hasan Basri

Penulis mendapat perkhabaran bahawa Zaid Ibrahim akan bersumpah muhabalah di Masjid Jamek AR-Rahman, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor selepas sembahyang Isyak (23hb April 2010) di depan tok imam. Oleh kerana kenyataan beliau di sepanjang kempen pilihanraya ini menyalahkan UMNO dan ketika beliau berada di dalam perti tersebut, beliau telah bersetuju untuk :-

1. Beliau akan bersumpah muhabalah menyatakan bahawa beliau telah bertaubat tidak minum arak lagi sejak beliau keluar daripada parti UMNO walau pun setitis.

2. Beliau juga akan bersumpah muhabalah menyatakan bahawa rumah beliau tidak lagi menyimpan arak sejak beliau keluar daripada UMNO.

3. Beliau juga bersumpah muhabalah menyatakan bahawa beliau sudah tidak lagi memiliki apa-apa lagi yang berkaitan dengan lumba kuda sejak keluar daripada UMNO.

Marilah kita beramai-ramai memenuhi masjid Kuala Kubu Bahru malam esok dan dengar sendiri pengakuan Zaid Ibrahim.

Sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain, tidak kira anda penyokomg Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional.

Dan jangan pula Zaid Ibrahim menafikan atau melengah-lengahkan sumpah beliau itu. Penulis percaya beliau mempunyai masa untuk bersembahyang di sana dan bersumpah muhabalah.

Tak lama pun!

Dan jika beliau menarik diri atau tidak berani untuk melakukannya, beliau memang sah pembohong besar!!

Anwar menipu lagi - spin bangang

Jangan biarkan anda diselubungi misteriii...

Gila...!!!Anwar spin kononnya 2 surat yang ditunjukkan kepada pengundi di Padang Perumahan Taman Teratai,semalam adalah bukti beliau mempunyai cukup kuota untuk tubuh kerajaan pada 16 September ___
pakteh ingatkan surat dari 30 YB BN yang setuju lompat katak.....rupa2nya
surat tentang mintak paklah buat sidang tergempar parlimen kerana KONONNYA PR cukup kuota utk tubuh kerajaan dan surat kedua utk mengadap YDP Agong utk kes yg sama. Dasar tak tahu malu kerana orang dah tahu hal sebenar. YB Zahrain dah bongkarkan dah tapi Anwar macam masih bermimpi lagi.....
Dua2 surat ni sapa pun boleh buat. strategi bom bum bang...maksudnya gempar...gempar dan gempar...sehingga Fuad Zarkashi pun hampir goyah kerana kononnya ramai dah berpaling kpd Anwar. Sebenarnya habuk pun takdak, yang ada cuma bunyi tin kosong dan 2 surat tu ja.
Kalau betul2 hebat tunjukkan senarai nama 30 ahli parlimen BN yang dah beri komitmen bertulis, itu baru betul dan anak jantan (bukan main jantan).
Dalam riuh rendah orang dok pertikai Anwar kuat menipu pun, dia dan lagi pusing2 cerita. Cuma kali ni, cara pusing tu dah kurang bersemangat sebab Anwar faham, ramai orang Hulu Selangor adalah bijak dan cerdik dan tak dapat dispin dengan mudah.

PRK Hulu Selangor - Ramai lagi akan keluar


PRK hulu selangor memperlihatkan protes terbesar terhadap DS Anwar Ibrahim. Bermula dengan pengumuman keluar parti oleh Adun Bakar Arang, Diikuti oleh Pakar saraf, Dr. Halili yang juga Bendahari PKR Hulu Selangor, seterusnya merebak kepada ramai dari kalangan AMK yang berjawatan dari segenap pelusuk negara. Begitu juga dengan sayap wanitanya yang lebih berani untuk keluar sebagai tanda protes. Terbaru selepas kelantan ialah AMK perlis dan pakteh percaya, gelombang ini akan berterusan.
Jika gelombang lompat pagar ini berterusan, tidak mustahil Anwar takkan memiliki kuda lagi untuk digunakan kerana semua kuda sudah lompat pagar.
Mungkin "Kelantan" sahaja yang tinggal utk diperkudakan.

Thursday, April 22, 2010

Anwar kena londeh habis…Zul Nordin dan Zahrain bongkar semua rahsia pada PM



Oleh: ROSLI ISMAIL (Agendadaily)

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.

Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.

Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.

Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.

“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.

“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.

Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.

“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.

Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau tidak menyebut nama sesiapa.

Namun Zahrain yang keluar dari parti itu sebelum ini dalam ceramahnya di Kepala Batas baru-baru ini mendakwa Anwar yang mengatrah Zulkifli memfitnah Najin dan isterinya.-21/4/2010

Wednesday, April 21, 2010

Betoika Ustaz Azizan dah sedia utk mengadap Kebawah DYMM Sultan Kedah?


Kalau ikutkan berita dari blog Gunung Mat Cincang seperti memang sudah wujud plan segera untuk membubarkan DUN Kedah.
Cadangan pakteh, jika PR jatuh sekalipun, lebih baik adakan pilihanraya dari tengok sarkis sprt d perak.

Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim


Dr Halili dipeluk bapanya ketika umum tinggalkan Anwar


Oleh Jebatmustdie

Saudara saudari sekalian,

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

Saya ingin bertanya kepada saudara saudari sekalian,

Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengahari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?

Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?

Tidak pernah kan?

Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?

Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau?

Ilmu apa yang anda semua pakai?

Sila beritahu kami semua.

Jebatmustdie

Gempar!!!! Pas turut tendang Zaid


PKR kini bukan sahaja berdepan dengan Calon BN tetapi dari segenap penjuru
1. 2 bekas calon bebas
2. Bekas bendahari PKR Hulu Selangor
3. 2 wanita bekas ahli PKR
4. TERBARU.....AHLI PAS

Minum pun Ya, Kuda pun Ya- betul2 world!



Tahniah untuk rakan2 blogger pro BN
setiap kali di asak, Zaid hanya ada satu pilihan iaitu Mengaku. Memang dia berani namun keberanian itu membuktikan moralnya tidak sesuai untuk diangkat sebagai ahli parlimen.
Dituduh sebagai kaki botol, Zaid mengaku
Dituduh kaki kuda, Zaid mengaku
Tak kisah la minum tu zaman dulu atau kuda tu utk apa tapi kenyataan bahawa dia bangga dengan kehebatan kudanya membuatkan pakteh terfikir...kuda tu hebat dalam bidang apa??
Ini tak termasuk dalam NKRA tapi untuk menjayakan NKRA, seorang ahli parlimen perlukan KPI yang tinggi.

Tuesday, April 20, 2010

Government Transformation Programme (GTP)



Saranan rakan blogger supaya semua blogger pro BN menumpukan kepada 18 topik utama. Oleh itu sebagai permulaan, pakteh berminat untuk memaparkan Pelan Tranformasi Kerajaan dimana 6 NKRA ditetapkan dibawah beberapa menteri.
Pengundi Hulu Selangor perlu mengambil peluang ini untuk sama-sama menikmati apa yang ingin dicapai dalam NKRA seperti peluang pendidikan. Kerajaan BN telah berjanji UiTM akan dikembalikan ke Serendah sekiranya BN menang dan Selangor dapat dirampas kembali. Inilah masanya penduduk Hulu Selangor menghukum Khalis Ibrahim yang tamak dan zalim kerana sanggup merosakkan imje YBK. Rujukan tentang NKRA/KPI dan GTP boleh dilihat disini.

Anwar si Tukang Karut - giliran wanita PKR keluar parti

Roshanita berbaju merah jambu dan Suraya berbaju koko (ehsan blog Taipingmali).

Jika setiap hari ada saja ahli yang keluar parti, akhirnya yang tinggal cuma Anwar dan Azizah. Tengahari tadi ketika pakteh menonton siaran TV3 jam 12.30 tgh, berita melaporkan kedua2 pejuang PKR ini telah keluar dari PKR dan pengumumannya dibuat di Hulu Selangor. Mengapa dikatakan pejuang? kerana mereka ini sejak 1998 lagi merupakan mengikut setia Anwar.
Tidak sukar untuk menilai mengapa kini Anwar mula kehilangan rakan2 yang puluhan tahun bersamanya.

Zaid mengaku!!!


Xpenting real pic atau superimpose...yang penting inilah calon pilihan PKR/PAS/DAP
yang telah mengaku kaki minum. Tahniah GAP n PISAU.net yang membuatkan akhirnya Zaid mengaku. Misi anda berjaya.

Anwar si Tukang Karut



Peraduan teka gambar: Apakah pekerjaan Anwar?
a. Tukang karut
b. Tukang tilik
c. Tok Bomoh
d. Tok Dalang
e. Tok Pawang
f. Semua di atas

Pasti jawapannya (f) kerana melihat kepada betapa dasyatnya Anwar beraksi seolah-olah Hulu Selangor sudah dalam gengaman melalui kuasa lubang ajaibnya.

kata pakteh: lagi tinggi tangan tu dia angkat, lagi dasyat temberangnnya. Wow...

Tuesday, April 6, 2010

Gempar! Suara-Keadilan : Resolusi Antara bangsa Anwar Ibrahim.

Kupasan menarik d blog Dr Novandri Hasan Basri diSINI

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih